Seorang jurucakap Piala Dunia Qatar 2022 mengeluarkan kenyataan bahawa bendera pelangi mungkin akan dirampas oleh pihak keselamatan untuk “melindungi” mereka yang mengibarkannya daripada persepsi mereka dituduh “menghina” masyarakat tempatan.
Kenyataan itu dianggap bercanggah dengan kenyataan oleh Nasser al-Khater, ketua eksekutif Piala Dunia Qatar. Di mana Nasser menyatakan bahawa mereka tidak akan menghalang bendera pelangi di dalam stadium dan di mana sahaja ketika Piala Dunia berlangsung.
Nasser menjelaskan bahawa: “Qatar adalah negara yang mengalu alukan kedatangan semua orang. Dan tiada seorang pun harus berasa takut atau terancam di sini.”
Qatar malah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin sejenis diminta jangan risau untuk datang ke negara mereka nanti dan tinggal bersama di dalam hotel.
Nasser menambah: “Qatar adalah negara moden. Semua perkara itu perlu kita hormati. Selain itu, setiap orang bebas untuk menjalani kehidupan mereka.”
“Mereka [yang songsang] akan tiba di Qatar sebagai penyokong bola sepak. Mereka boleh melakukan apa sahaja di sini seperti manusia lain.”
“Apa yang saya cuba sampaikan di sini, Qatar, dari sudut pandangan orang ramai adalah negara konservatif.”
Bulan lalu, kapten England, Harry Kane menjelaskan bahawa skuad Gareth Southgate akan berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang isu hak asasi manusia itu.
Kane berkata: “Sebagai sebuah negara, kami mahu peminat kami menikmati kejohanan ini seperti yang kami harapkan menikmati kejohanan itu. Dan kami mahu mereka berasa selamat dan bebas untuk menonton perlawanan dengan cara yang mereka suka dan bertindak seperti yang mereka mahu bertindak.”
Kumpulan peminat LGBT+ England Three Lions Pride memuji komen Kane dan turut menggalakkan ahli skuad lain untuk “mendidik, memperkasa dan melibatkan diri” dalam menyokong penyokong bola sepak LGBT+.
Bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron mendakwa “tiada tempat untuk hom*fobia” semasa ucapan 2011 menggesa Qatar memperbaiki rekod hak asasi manusianya, manakala David Beckham yang dilantik menjadi duta untuk kejohanan itu turut menyuarakan pandangan sama.
Baru baru ini pemain profesional Australia Josh Cavallo – menjadi satu-satunya pemain bola sepak yang masih aktif terbuka mengakui dia adalah g*y. Dia menyatakan kebimbangannya tentang undang-undang di Qatar.
Mejar Jeneral Abdulaziz Abdullah Al Ansari – seorang pemimpin kanan yang menyelia keselamatan untuk kejohanan itu dan pengerusi Jawatankuasa Counterterrorism Kebangsaan Qatar – telah berkata dalam temu bual dengan Associated Press bahawa peminat boleh membawa dan mengibarkan sebarang bendera pelangi, mempromosikan isu LGBT.
Namun Ansari menyatakan, jika tiba tiba ada pegawai keselamatan merampas bendera pelangi itu, dia berharap orang faham bahawa tindakan itu untuk melindungi mereka.
Al Ansari menjelaskan: “Jika dia (seorang peminat) menaikkan bendera pelangi dan saya mengambilnya daripadanya, itu bukan kerana saya benar-benar mahu, sungguh, mengambilnya, untuk benar-benar menghinanya, tetapi untuk melindunginya.”
“Kerana jika bukan saya, orang lain di sekelilingnya mungkin menyerang dia. Saya tidak boleh menjamin kelakuan seluruh rakyat kami. Dan saya akan memberitahunya: ‘Tolong, tidak perlulah bersungguh sungguh nak menaikkan bendera itu pada ketika ini.”
Qatar’s senior security leader has caused uproar among equality groups after warning that rainbow flags could be taken off fans at the World Cup “for their own protection”https://t.co/6HJtRISJ9u
— Times Sport (@TimesSport) April 1, 2022
Abdulaziz kemudian menasihati mereka yang berkunjung ke Qatar untuk fokus kepada menikmati Piala Dunia daripada membawa isus isu berbaur politik seperti kempen pelangi.
“Anda mahu menunjukkan pandangan anda tentang situasi (LGBTQ), tunjukkanlah dalam masyarakat di mana ianya diterima.”
“Kami sedar bahawa mereka ini mendapat tiket, datang ke sini untuk menonton perlawanan, bukan untuk menunjukkan, (perbuatan) politik atau sesuatu yang ada dalam fikirannya.”
“Tonton sahaja permainan bola sepak, itu lagi bagus. Tetapi jangan ada yang masuk dengan semata mata berniat menghina seluruh masyarakat dengan menggunakan perkara sebegini [provokasi].”
Al Ansari menambah bahawa pendirian keselamatan terhadap isu LGBT akan terhad kepada venue perlawanan kejohanan.
“Bagi yang mahu menempah bilik bersama-sama, tidur bersama [walaupun bukan suami isteri] – ini adalah sesuatu yang bukan perkara yang kami ambil kisah. Kami di sini untuk menguruskan kejohanan bola sepak dengan sebaiknya.”
“Jangan kita melampaui batas, perkara peribadi individu yang mungkin berlaku antara mereka ini … ini sebenarnya konsepnya.”
“Di sini kita tidak boleh mengubah undang-undang. Dan anda tidak boleh menukar agama selama 28 hari Piala Dunia.”
BACA JUGA: Premier League Desak BeIN Pecat Aboutrika Kerana Terbuka Kutuk Kempen Pelangi
Pengendali Liga Perdana Inggeris mengkritik kenyataan anti-lesbian, g*y, bis*ksual dan transgender (L G BT) yang dibuat oleh pundit bola sepak beIN Sports Mohamed Aboutrika semasa program televisyen.
Aboutrika secara langsung bercakap selama dua minit tanpa henti tentang kempen gelang berwarna pelangi / rainbow laces yang menjadi sebahagian daripada program tahunan di EPL.
Menurut Aboutrika, h * m * sksualiti adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan dia meminta saluran sukan seperti BeIN yang berasal dari Qatar untuk tidak menyiarkan kandungan berkaitan dengan kempen tersebut.
Legenda Mesir itu dianggap sebagai 50 Muslim paling berpengaruh di dunia. Dan Premier League menuduh Aboutrika sebagai menyalahgunakan pengaruhnya di khalayak ramai.
Aboutrika menganggap ideologi kempen gelang pelangi itu sebagai ideologi bahaya dan semakin ramai yang tidak malu untuk mengakui mereka adalah songsang.
Aboutrika berkata: “L*BT ni merupakan ideologi yang bahaya dan memudaratkan. Dan hari ini semakin ramai yang tak malu mengaku mereka songsang.”
Seterusnya beliau menganggap ideologi tersebut sebagai mencabuli kemanusiaan.
“Ideologi ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam tetapi bertentangan dengan lumrah kejadian manusia.”
“Seorang Muslim harus memainkan peranan untuk melindungi anak anak mereka daripada terjerumus ke dalam ideologi ini.”
“Mereka akan cakap ini adalah hak asasi manusia. Ini bukan isu hak asasi manusia tetapi ini isu yang berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan kemanusiaan.”
Aboutrika bagaimanapun memberikan pujian kepada pemain muslim yang rata rata tidak menyokong kempen ini secara peribadi.
Aboutrika kemudian menambah bahawa ideologi ini adalah perkara yang memalukan.
Ini telah membuatkan berlaku bantahan daripada Liga Perdana, yang secara terbuka menyokong kempen tersebut di dalam dan di luar padang.
“Sangat mengecewakan melihat legenda bola sepak Mesir, Mohamed Aboutrika menolak kempen Liga Perdana Inggeris tentang gelang pelangi yang menggunakan agama menentangnya,” tegas kenyataan penyokong Pride dalam bola sepak Eropah, FARE Network.
“Beliau diberi ruang untuk menafikan hak dan kewujudan sesebuah komuniti.”
Menjawab perkara ini, beIN Sports menyatakan ia terbuka kepada semua latar belakang memandangkan siaran di salurannya mengandungi banyak sukan dari pelbagai negara.
“Sebagai kumpulan media yang berkaliber dunia, kami mewakili semua juara dan penyokong mereka. Kami juga menyediakan ruang untuk setiap latar belakang, bahasa dan budaya di lebih 43 negara di seluruh dunia untuk bersuara. Itulah yang kami pegang setiap hari,” kata beIN Sports dalam satu kenyataan.
Premier League kemudian menyatakan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan BeIN berkaitan dengan kenyataan Aboutrika itu.
#we_support_abotreka
You are talking about freedom all the time and when aboutrika criticized that sh*t – u r calling freedom- you asked BEIN for cancelling his contract , LOL . STOP that sh*t @premierleague cuz that is against our nature ! pic.twitter.com/Tv9o9JmeKB— Khaled Gamal (@KhaledGamalGad1) December 1, 2021
Mereka kemudian memberikan tekanan kepada BeIN agar menamatkan kontrak pundit itu serta merta.
Premier League berkata: “Kami sangat tak setuju dengan pandangan pundit tersebut. Premier League dan kelab kelab kami komited menyokong secara inklusif L**BT. Dan menjelaskan di sini bahawa bola sepak adalah untuk semua orang.”
Kenyataan Aboutrika itu kemudian mendapat perhatian daripada beberapa organisasi yang memperjuangkan hak kesamarataan kebebasan gender.
Mereka mempersoalkan sama adalah Qatar adalah tempat yang selamat untuk pemain pemain yang g * y yang akan bermain di Piala Dunia tahun hadapan.
CEO Piala Dunia Qatar, Nasser Al Khater menyatakan bahawa Qatar kekal dengan pendirian mereka sebelum ini bahawa negara tersebut mengalu alukan mereka yang g * y datang ke negara mereka untuk Piala Dunia. Sama ada pemain ataupun penyokong.