Qatar sebuah negara yang amat kaya oleh perolehan minyak dan petroleum turut dikenali sebagai sebuah negara yang cantik hasil pembangunan bangunan-bangunan dengan struktur arkitek moden dan mewah.
Terbaru, Qatar telah membina sebuah bangunan baharu dengan bentuk menyerupai angka “2022”.
Bangunan sebegitu adalah yang pertama seumpamanya di dunia, direka khas menyerupai angka merujuk kepada tahun.
On Dec 2, 2010, Qatar won the rights to host the FIFA World Cup 2022. To celebrate the date in 2019, the country opened the most unique and iconic complex in the shape of the number 2022. #qatar2022 #Qatar @JoaanBinHamad pic.twitter.com/aA2yixzvoW
— Mariam Khan (@MariamKhan82) December 3, 2019
Terletak di Doha dalam Zon Aspire, perasmian bangunan 2022 itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Qatar dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani semalam.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah kenamaan-kenamaan lain berstatus Sheikh dan pegawai-pegawai sukan.
Tarikh 2 Disember (semalam) sebagai perasmian pembinaan bangunan 2022 itu juga adalah untuk memperingati tarikh Qatar dumumkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 pada 2 Disember 2010 yang lalu.
Bangunan berbentuk 2022 yang akan dibina itu akan mempunyai keluasan 60,000 kaki persegi yang akan mengandungi pejabat urusan, pusat kesihatan, restoran, bilik mesyuarat dan dewan kuliah.
The official #Qatar2022 building. The 1st ever building in the world to be designed on a certain year.
2022 is a very important year for Qatar and it’s great to see that it’ll be engraved in their history & celebrated over the years with such a beautiful monument. 😍♥️ pic.twitter.com/z6wlGYUt4i
— 4LI 🇶🇦🇶🇦🇶🇦🇶🇦 (@alimuhdshahid) December 2, 2019
Bangunan tersebut yang akan memiliki empat bahagian turut akan mempunyai 600 tempat letak kereta selain akan disambungkan kepada Stadium Antarabangsa Khalifa.
Pembinaan bagunan tersebut adalah idea Sheikh Nasser bin Hamad bin Nasser Al Thani, yang mereka bangunan tersebut dengan bantuan arkitek terkenal Qatar, Ibrahim Mohamed Jaidah, bersama rakan kongsi, Antonio Capone.
Sudah banyak pelaburan dilakukan oleh Qatar sepanjang persiapan mereka menuju kepada penganjuran Piala Dunia 2022.
Sebelum ini juga sudah banyak penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di negara tersebut seperti Kejohanan Dunia Olahraga Doha 2019, dan Sukan Pantai Dunia pada awal tahun.
Mereka juga telah berjaya menganjurkan Piala Teluk edisi ke-24 yang kini sedang berlangsung di Doha, dan Piala Kelab Dunia FIFA yang akan menyusul pada Disember tahun ini.
Preparations in full swing as #Qatar gears up for FIFA World Cup 2022#Qatar2022https://t.co/z1J0WPEAJJ
— The Peninsula (@PeninsulaQatar) December 2, 2019
Ia seolah-olah Qatar ingin membuktikan kepada dunia bahawa negara tersebut sudah bersedia menganjurkan kejohanan terbesar dunia seperti Piala Dunia pada 2022.
Selain daripada kemudahan infratruktur moden, Qatar juga berusaha keras memastikan aspek keselamatan turut diusahakan melalui Kementerian Dalam Negeri negara tersebut, demi memastikan kejohanan berprofil tinggi sebegini berjalan dengan lancar.
This is a new video (almost an hour ago) of the very new stadium Education City Stadium which will host the Club FIFA World Cup 2019 in #Qatar#Liverpool pic.twitter.com/wGVVjxT2Oi
— Mohammed Al-Fakhroo (@IamAlFakhroo) November 30, 2019
Lapan stadium yang akan digunakan untuk Piala Dunia 2022 turut berada di landasan tepat untuk disiapkan – walaupun datang dengan pelbagai kontroversi membabitkan keselamatan dan hak pekerja binaan.
Pada 18 Disember hadapan, Qatar terlebih dahulu akan merasmikan Stadium Bandar Pendidikan, iaitu stadium ketiga yang akan disiapkan untuk Piala Dunia 2022.
Qatar 2022 World Cup logo unveiled. The logo was displayed on the front of the Ministry of Interior building.#MOIQatar #WorldCup2022 #Qatar2022 #WorldCupLogo2022 pic.twitter.com/Ch1SXJ2N1r
— Ministry of Interior (@MOI_QatarEn) September 3, 2019
Logo rasmi Piala Dunia turut dilancarkan pada September lalu, menggunakan kempen digital berteknologi tinggi dengan memaparkan ia di bangunan-bangunan utama di Qatar dan di seluruh dunia,
Presiden FIFA, Gianni Infantino turut menyuarakan keyakinan penganjuran Piala Dunia 2022 akan menjadi edisi kejohanan tersebut yang tidak akan dikenang zaman berzaman.
Saksikan video pelancaran pembinaan bangunan 2022 seperti di bawah:
World’s first building in the shape of the number of a year – 2022 – will be opened today at Aspire Zone.#Qatar #Qatar2022 pic.twitter.com/u3190Sbjcu
— The Peninsula (@PeninsulaQatar) December 2, 2019