Qatar Umum Tiada Air Beralkohol Di Stadium Tetapi FIFA Buat Kelakar Pergi Iklankannya

Qatar sudah mengumumkan secara rasmi bahawa, minuman berakohol tidak akan dijual di dalam stadium. Tapi burger stadium dan makanan lain tu ada.

Venue untuk Piala Dunia FIFA di Qatar bakal menjadi zon bebas alkohol.

Piala Dunia edisi tahun ini akan menjadi yang pertama diadakan di negara Islam dan akan ada kawalan ketat ke atas pengambilan alkohol.

Namun menurut Reuters, penganjur akan membenarkan penjualan bir beralkohol di luar venue sebelum dan selepas perlawanan, tetapi akan ada larangan sepenuhnya ke atas penjualan di perkarangan stadium dan di dalam stadium.

Memandangkan negara ini mempunyai undang-undang yang melarang mabuk di khalayak ramai, ia bukanlah perkara yang mengejutkan. Walaupun sudah ada yang menganggap ianya larangan yang tidak perlu semasa Piala Dunia 2022 ini.

Negara Qatar bukanlah sepenuhnya melarang penjualan alkohol, seperti Arab Saudi. Ini bermakna peminat akan dibenarkan membeli bir pada waktu terhad dan di tempat tertentu di Doha.

Alkohol akan disediakan untuk peminat tertentu di Kelab Golf Doha, bagaimanapun, jaraknya agak jauh dari stadium dan zon peminat.

Selain itu, terdapat juga perbincangan untuk mebina zon khas bagi peminat yang mahu berparti dan mabuk berkapasiti 10,000 yang ada muzik tekno dan alkohol.

Laman web FIFA pula dengan buat kelakar mengiklankan ‘bir, champagne, wain pilihan sommelier dan minuman beralkohol premium’ ditawarkan dalam pakej suite hospitaliti VIP stadium.

Tetapi difahamkan bahawa layanan seperti itu dijangka tidak ada. Dan FIFA mungkin perlu menurunkan iklan tersebut. Kerana ianya jelas melanggar peraturan untuk FIFA menjualnya kepada peminat VIP mereka

Peminat yang terbang ke negara ini dilarang membeli alkohol bebas cukai lapangan terbang dan membawanya melalui kastam.

Bir hanya boleh didapati di segelintir hotel dan kelab berlesen, yang didakwa berharga lebih daripada $26 (£15) untuk satu cawan / pint.

Peminat juga sudah diberitahu bahawa mereka yang cuba menyeludup dadah ke negara ini boleh berdepan hukuman mati.

Menurut Undang-undang No. 9 Tahun 1987 tentang Kawalan dan Pengawalseliaan Kawalan dan Pengawalseliaan Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik Berbahaya, orang yang menyeludup dadah ke negara Qatar akan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda dari 100,000 sehingg 300,000 riyal (RM121,560.00 – RM364,680.00).

Pesalah berulang, bagaimanapun, boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Kerajaan UK juga telah memberi amaran kepada pelancong tentang undang-undang ketat di Qatar dan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan semasa masuk.

Di laman web kerajaan, ia menyatakan: “Adalah toleransi sifar untuk kesalahan berkaitan dadah. Penalti bagi penggunaan, pengedaran, penyeludupan dan pemilikan dadah (walaupun jumlah sedikit) adalah berat.

“Hukuman boleh termasuk hukuman penjara yang panjang, denda yang berat dan pengusiran. Ramai orang transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad dalam perjalanan ke destinasi lain.”

“Lapangan terbang menggunakan teknologi keselamatan terkini, semua beg diimbas dan penumpang transit yang membawa walaupun jumlah sisa dadah mungkin ditangkap.”

Seterusnya Qatar juga sudah memberikan amaran agar para penyokong tidak mengibarkan bendera pelangi. Qatar bukan melarang memandangkan FIFA ni memang geng pelangi, namun ianya adalah saranan dan nasihat, risau ianya akan menyinggung perasaan masyarakat setempat dan menimbulkan kemarahan mereka.

Walaupun ramai yang tidak berpuas hati. Namun ramai juga yang mempertahankan tindakan Qatar. Kerana menurut mereka setiap negara itu ada undang undang tersendiri. Takkanlah hanya kerana 1 penganjuran Piala Dunia sekitar sebulan, sesebuah negara itu menjual semua prinsip dan dasar mereka.

Baca yang lain