Quartararo Mahu Pomen Yamaha ‘Adjust’ Top Speed

Juara MotoGP Sepanyol dan MotoGP Andalusia 2020, Fabio Quartararo daripada pasukan Yamaha SRT Petronas gembira dengan kejayannya dalam dua perlumbaan tersebut.

Yamaha menamatkan penantian enam tahun untuk memastikan podium milik kesemua Yamaha.

Namun Quaratararo tetap merasakan bahawa motosikal Yamaha ditunggangnya ada masalah sedikit.

Menurut Quartararo, motosikal Yamaha yang ditunggangnya serba serbi selesa, kecuali masalah dengan top speed.

Quaratararo menunggang M1, dan beliau berdepan dengan kesukaran apabila di bahagian litar yang lurus yang memerlukan motosikal mencapai top speed terbaik.

Beliau merasakan setiap kali berada di kedudukan tersebut, beliau akan membenarkan lawannya untuk mengurangkan jarak,

“Ini adalah hujung minggu yang tepat untuk kami,” kata Fabio Quartararo.

Yamaha sangat kuat dalam dua kali dalam perlumbaan Jerez.

Di mana kuasa enjin yang maksimum hampir tidak memainkan peranan dalam kemenangan tersebut yang menyaksikan mereka menakluki lima dari enam podium dalam dua perlumbaan.

Masalah yang sama diutarakan Valentino Rossi berkaitan dengan enjin dan juga tayar.

Bintang Ducati Andrea Dovizioso menduduki tempat ketiga pada perlumbaan pertama, sementara juara dunia Marc Marquez jatuh dan cedera.

“Kami hanya kekurangan top speed, itu satu-satunya kritikan saya,” kata Quartararo.

“Motosikal yang dikendalikan sangat best, dan terasa sangat baik, casisnya sangat mudah digunakan dan pemandu dapat menyesuaikan diri dengan pantas dengan jentera ini.”

“Pada masa yang sama, saya mesti menekankan bahawa motosikal tidak semudah seperti yang semua orang katakan.”

“Lebih sukar untuk memandu daripada enjin tahun lalu. Ia mesra, tetapi tidak mudah menunggang motosikal ini,” katanya.

Mujur Quartararo menjuarai 2 perlumbaan awal. Kerana Yamaha mungkin akan mendengar pandangannya.

Ini kerana menurut Rossi, di dalam kem Yamaha ni ada kuat politik. Ni bukan politik yang menteri tu ye. Sebab ada hari tu orang cakap saya cerita Rossi main politik, hmmm…

Politik dimaksudkan di sini adalah politik tempat kerja.

Di mana Rossi menyatakan, nak meluahkan pandangan akan memerlukan korang berdepan banyak birokrasi dan kesulitan kerana banyak prosedur.

Sampai satu ketika Rossi mengugut tak nak berlumba, baru mereka ni ambil berat kritikan daripada pelumba.

 

Baca yang lain