Quartararo Sindir FIM Selepas Dikenakan Penalti: “Lepas Ni Saya Tak Nak ‘Overtake’ Sebab Satu Kesalahan’

Pendahulu carta MotoGP, Fabio Quartararo telah membidas petugas FIM kerana mengenakannya penalti pusingan panjang selepas terlibat dalam kemalangan sesama pencabar kejuaraan Aleix Espargaro di Assen.

Quartararo terbabas ketika cuba memintas Espargaro di pusingan kelima. Dengan kedua dua pelumba hilang kawalan.

Pegawai litar kemudian mengumumkan akan menyiasat insiden itu. Dan memutuskan untuk mengenakan penalti pusingan panjang di British Grand Prix yang akan dilangsungkan di litar Silverstone selepas rehat musim panas.

Panel penilai melabel Quatararo terlalu ambitious (teruja) untuk memintas lawannya dan gagal dalam usahanya. Espargaro bangkit daripada kedudukan ke-15 ke kedudukan keempat. Dan sangat terkesan dengan situasi ini dalam usahanya mahu mencabar Quartararo untuk kejuaraan musim ini.

Quartararo meminta maaf kepada Espagaro selepas perlumbaan. Dan dia mengakui telah melakukan kesilapan rookie pada ketika itu.

Dia berkata selepas perlumbaan: “Saya melakukan kesilapan bodoh pada pusingan ketiga. Sepatutnya saya tak perlu melakukan aksi itu. Dan saya akan belajar daripada kesilpanan saya. Pecco berada di hadapan dengan baik sekali pada pusingan pertama. Kemudian saya dan Aleix [Espargaro] berjaya mengejarnya.”

“Dalam pusingan sebelumnya, saya melihat peluang untuk memintas. Dan kemudian saya berada di kedudukan agak jauh lalu saya membrek kuat dan jauh.”

“Saya fikir saya boleh memintasnya namun ternyata gagal. Saya membrek terlalu kuat pada selekoh itu.”

Media mulai mengecam Quarataro sebagai perosak kepada momentum Espagaro untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik selepas pelumba itu cuba bangkit daripada kesilapan sebelum ini, di mana dia terlepas podiun kerana mengingatkan perlumbaan sudah tamat.

Espargaro musim ini dianggap pelumba yang sangat cemerlang. Dan dia konsisten berada di kedudukan yang baik.

Selepas mendengar hukuman tersebut, Quartararo kecewa dan menyindir pegawai FIM bahawa selepas ini dia tak akan cuba memotong lawannya lagi. Kerana ianya ternyata satu kesalahan yang melebih lebih di mata mereka.

“Sekarang ini, kamu tak boleh cuba memotong lawan kamu kerana mereka fikir kamu terlalu bercita cita tinggi.”

“Dari awal tahun ini, pelumba pelumba mencetuskan beberapa insiden perlumbaan, tetapi dengan saya pula dianggap paling bahaya,” sindir Quartararo.

“Tahniah kepada pegawai pegawai litar di atas hasil kerja cemerlang kamu lakukan.”

“Lain kali saya tak akan cuba cuba untuk memintas pelumba lain kerana risau dikenakan penalti,” tambah beliau lagi.

Quartaro mungkin merujuk ‘beberapa insiden perlumbaan’ melibatkan pelumbaan LCR Honda, Takaaki Nakagami yang terlepas penalti walaupun mengakibatkan Bagnaia dan Alex Rins kemalangan.

Di mana ramai pelumba tidak setuju dengan keputusan FIM ketika itu.

Yamaha turut membantah keputusan panel FIM yang menghukum Quartararo penalti pusingan panjang. Ini kerana menurut mereka hukuman itu tak adil.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.