Quartararo Tak Setuju Yamaha Pertimbang Langgar Kontrak Jadikan VR46 Pasukan Satelit

Yamaha sedang dalam risiko akan tanpa pasukan satelit pada musim hadaoan. Ini selepas RNF yang semakin  hampir menjadi pasukan satelit Aprilia pada musim MotoGP 2023.

RNF merupakan pecahan daripada Yamaha SRT sebelum ini.

Seperti yang kita pernah maklum sebelum ini bahawa, tiada lagi pasukan Petronas Yamaha SRT bermula musim ini.

Tahun lalu, Dorna mengumumkan bahawa pasukan Petronas Yamaha SRT akan dijenamakan semula menjadi RNF Racing bermula pada musim 2022 dalam kalendar MotoGP.

Ia adalah pengganti kepada SRT dan pasukan tersebut tidak akan ditaja oleh Petronas lagi.

Selain itu, RNF Racing juga tidak akan menjadikan Sepang sebagai markas utama ataupun rumah mereka. Salah satu sebab kenapa SRT dibubar adalah kegagalan mendapatkan kontrak dengan litar Sepang.

Ketika mengumumkan perkara itu Prinsipal SRT pada masa itu, Datuk Razlan Razali berkata:

“Dalam beberapa bulan terakhir, kami telah mengerahkan semua upaya kami untuk menyusun atur, mengubah, dan meluncur kembali sebagai pasukan MotoGP yang segar dan lebih kuat.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Carmelo (Ezpeleta, CEO Dorna) atas kepercayaan dan keyakinann yang berterusan kepada saya untuk memulakan babak kedua ini dengan pasukan yang baru dibangun kembali bersaing di kelas utama MotoGP selama lima tahun mendatang,” tambah beliau.

Dalam pengumuman tersebut, RNF Racing mengesahkan mereka akan beraksi sehingga MotoGP musim 2026.

Razlan yakin bahawa RNF akan tampil cemerlang pada musim debutnya, kerana mereka sudah ada blue print yang kukuh daripada SRT sebelum ini.

“Untuk musim akan datang, entiti baru RNF MotoGP Racing, pasukan yang dijenamakan semula ini akan meneruskan blueprint yang terbukti berjaya sebelum ini.”

“Harapan pastinya tinggi dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi aspirasi tersebut.”

“Berbekalkan pengalaman yang kami ada dan beberapa kejayaan yang kami sudah kecapi di masa lalu, kami sudah tak sabar untuk memulakan musim 2022 sebagai pasukan lebih kuat.”

RNF lebih ke arah Aprilia

Usaha Yamaha mahu menjadikan RNF sebagai pasukan satelit mereka pada musim hadapan dilihat semakin menemui jalan buntu.

Pelumba andalan Yamaha, Fabio Quartararo mengakui perkara itu bukan perkembangan yang bagus. Terutama sekali dari sudut teknikal.

Namun beliau merasakan bahawa Yamaha tidak terdesak memerlukan pasukan satelit pada musim hadapan.

Kerjasama Aprilia dan RNF menjadi berita mengejutkan yang hadir di luar siri perlumbaan kelapan MotoGP Itali di Litar Mugello, Itali, 27-29 Mei 2022.

Aprilia akhirnya mendapat pasukan satelit pertama mereka sejak mereka kembali ke kelas premium pada 2015 dan menjadi pasukan kilang penuh tahun ini.

Sebaliknya, Yamaha berada dalam bahaya kerana tidak mempunyai pasukan satelit buat kali pertama dalam era MotoGP.

Hal ini kerana, lima lagi pasukan bebas telah mengikat kontrak dengan pengeluar lain sekurang-kurangnya sehingga akhir musim depan.

Seterusnya, pasukan mili Valentino Rossi, VR46, mulai dikaitkan sebagai calon  pasukan satelit baharu Yamaha.

Pasukan yang dibentuk oleh Valentino Rossi itu masih mempunyai kontrak sehingga 2024 bersama Ducati jadi mereka akan berdepan penalti jika menarik diri di separuh jalan.

Perjanjian Aprilia dengan RNF berlangsung selama dua tahun pada 2023 dan 2024 dengan pilihan lanjutan dua tahun.

Ketiadaan pasukan satelit dianggap satu kerugian buat pengeluar memandangkan persaingan yang semakin sengit dalam MotoGP.

Sebabnya, dua pemandu tambahan dalam pasukan satelit itu menawarkan maklumat tambahan yang boleh digunakan dalam membantu pengumpulan data dalam pembangunan motosikal.

Yamaha sendiri akan menjadi satu-satunya pengeluar yang tidak mempunyai pasukan satelit sekiranya keadaan tidak berubah sehingga musim depan.

Namun Quartararo meminta Yamaha jangan panik dan tergesa gesa sehingga perlu melanggar peraturan perundangan jika mereka mahukan VR46 pada musim hadapan.

RNF bukan satu kehilangan

Selain itu dia juga menegaskan bahawa, RNF bukanlah satu kehilangan besar buat Yamaha berbanding dengan SRT sebelum ini. Walaupun dua pasukan itu boleh dikatakan pasukan yang sama, namun sumbangan mereka kepada data pasukan sangat berbeza.

RNF langsung tidak menyumbang apa apa kepada Yamaha musim ini.”

Quartararo berkata: “Sejak awal tahun kami tidak melihat data pasukan RNF, namun kami baik baik sahaja” kata Quartararo merujuk kepada prestasi semasa Yamaha yang bergantung sepenuhnya kepada maklumat pelumba pasukan kilang.

Quartararo menggesa Yamaha mencari pasukan satelit yang benar benar memberikan manfaat dua hala kepada mereka. Berbanding RNF yang disifatkan Quartararo sebagai tak berguna atau tak boleh pakai langsung untuk Yamaha.

“Saya tidak tahu rancangan Yamaha. Bagaimanapun, jika kami hanya mempunyai dua motosikal tahun depan, ia tidak menjadi masalah kepada Yamaha,” tambahnya lagi.

Berikut adalah senarai pasukan satelit ataupun pasukan bebas dan kontrak semasa mereka:

LCR – Honda (sehingga 2024)

Pramac – Ducati (sehingga 2024)

VR46 – Ducati (sehingga 2024)

Gresini – Ducati (sehingga 2023)

Tech3 – KTM (sehingga 2026)

RNF – Aprilia (sehingga 2024)

 

 

Baca yang lain