Quartararo: Tiada Apa Yang Saya Pelajari Daripada Perlumbaan Ini

Fabio Quartararo menyatakan beliau tidak mendapat apa apa pengajaran daripada perlumbaan Aragon 2020 kali ini.

Beliau berkata begitu ketika wartawan bertanya komen beliau tentang prestasinya daripada perlumbaan kali ini.

Quartararo melepaskan tempat teratasnya kepada Joan Mir dalam carta kejuaraan dunia.

“Saya tidak dapat apa apa pengajaran daripada perlumbaan ini. Sukar nak belajar apa apa daripada situasi yang sangat luar biasa di luar kawalan.”

“Saya juga tak dapat apa apa pengajaran kerana masalah teknikal yang melanda. Ada yang tak kena dengan motosikal saya. Ianya menghalang saya untuk pergi lebih laju.”

“Memang pelik. Namun kesimpulannya, kami akan cuba memperbaiki semuanya menjelang perlumbaan seterusnya.”

“Masalah bermula pada pusingan ketiga. Tayar terlalu keras, yang membuatkan saya sangat sukar.”

“Saya tidak ada masalah dengan kondisi fizikal. Saya menunggang dengan baik. Sehinggalah pusingan ketiga. Tekanan tayar sangat tinggi dan segalanya menjadi sukar dikawal.”

“Adalah lebih baik kita cuba memahami, apa sebenarnya berlaku. Dan kami harus berusaha memperbaikinya.”

Quartararo kemudian mengamburkan pujian kepada Alex Marquez yang menurutnya sudah melonjak jauh musim ini.

Selain itu Quartararo juga menyatakan kekagumannya kepada pasukan Suzuki. Di mana ada dua pelumba mereka di atas podium.

“Tidak hanya pasukanSuzuki yang membuatkan saya kagum hari ini, pelumba Alex Marquez juga membuatkan saya sangat kagum.”

“Saya tidak sangka ini akan menjadi langkah ke hadapan, ianya satu lonjakan ke hadapan daripada Alex.”

Quartararo menepis pandangan menyatakan Yamaha mungkin sambil lewa dengan motosikal pasukan satelit. Kerana menurut beliau Yamaha bekerjasama sebagai pasukan.

“Kami tidak pernah bersaing sesama sendiri untuk podium. Kami juga harus memahami permasalahan teknikal kami dan segala perubahan yang dilakukan.”

Sebelum perlumbaan, Quartararo sudah memberikan amaran kepada Yamaha, di mana, amat mudah untuk kehilangan kejuaraan kerana kesilapan bodoh.

Berikut adalah keputusan GP Aragon:

1 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
2 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)
3 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
4 Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)
5 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)
6 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)
7 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)
8 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)
9 Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)
10 Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)
11 Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)
12 Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)
13 Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
14 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)
15 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)
16 Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)
17 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)
18 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)
19 Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
20 Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)

Manakala ini kedudukan keseluruhan para pelumba:

Baca yang lain