Queiroz Jemput Klinsmann Datang Sendiri Ke Kem Iran: “Kenali Sendir Budaya Orang Iran”

Ketua jurulatih Iran Carlos Queiroz telah mengeluarkan teguran pedas kepada Jurgen Klinsmann berikutan kritikannya terhadap cara pasukannya bermain menentang Wales.

Klinsmann bekerja sebagai pundit untuk BBC ketika liputan mengenai pertembungan Kumpulan B antaran Wales dan Iran – pada Piala Dunia 2022.

Iran menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk meraih kemenangan penting, yang mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan.

Tetapi di sebalik kemenangan mereka ke atas Wales, Klinsmann tidak suka dengan pendekatan fizikal mereka. Iranb melakukan 10 kesalahan dan dua kad amaran. Itu menyebabkan dia mendakwa bahawa pendekatan itu adalah sebahagian daripada “budaya” orang Iran.

Komen itu mengundang kritikan ramai pihak. Mereka mulai mempersoalkan, di mana buktinya budaya orang Iran suka bermain kasar? Ianya adalah bola sepak dan berbeza dengan budaya lain.

“Itu budaya mereka, itulah cara mereka melakukannya. Itulah sebab Carlos Queiroz sangat sesuai dengan pasukan kebangsaan Iran. Dia bergelut di Amerika Selatan, gagal layak bersama Colombia kemudian gagal layak bersama Mesir juga,” kata Klinsmann.

“Sejurus sebelum Piala Dunia dia kembali dan membimbing Iran di mana dia bekerja untuk masa yang lama. Ini bukan secara kebetulan, semuanya sudah dirancang. Ia adalah sebahagian daripada budaya mereka dan cara mereka bermain. Ia mungkin nasib berbeza akan ditanggung mereka apabila diadili pengadil yang lain,” kata Klinsmann yang turut mengecam prestasi pengadil.

“Bangku simpanan mereka sentiasa melompat dan mengganggu penjaga garisan dan pegawai keempat di tepi padang. Mereka sentiasa berada berteriak di telinga dan muka anda. Keiffer Moore mungkin akan memberitahu anda beberapa cerita selepas perlawanan ini, dia mempunyai banyak insiden keci di sana yang kita tidak nampak.”

“Ini adalah budaya mereka, mereka membuatkan anda kehilangan tumpuan dan fokus anda, perkara yang sangat penting bagi anda di atas padang. Ia akan berbeza dengan pengadil lain. Hari ini mereka dapat pengadil Guatemala.”

“Saya bekerja di Amerika Syarikat selama enam tahun dan pergi ke Guatalmala, Honduras, Costa Rica. Ini pada asasnya sesuai dengan budaya mereka. Mereka sampai lima orang pergi mengelilingi pengadi dan pegawai dan bercakap.”

Komen itu pastinya tidak mengejutkan kita, apabila ianya menyebabkan Queiroz berang.

Jurulatih Iran itu kini membalasnya dalam surat terbuka di Twitter. Dalam surat itu dia menjemput Klinsmann untuk melawat kem latihan Iran, tetapi hanya selepas dia meletak jawatan daripada Kumpulan Kajian Teknikal Qatar 2022 FIFA. Kerana menurut Carlos Queiroz, Jurgen Klinsmann sudah tak layak berada di jawatan itu kerana kritikan melampaunya sampai mengaitkan budaya.

Dia menulis: “Ke hadapan Jurgen;

“Kamu mengambil inisiatif untuk memanggil saya Carlos, jadi saya percaya adalah wajar untuk memanggil anda Jurgen. Betul? Walaupun tidak mengenali saya secara peribadi, anda mempersoalkan watak saya dengan pertimbangan tipikal yang berprasangka yang melampau.”

“Tidak kira betapa saya menghormati apa yang anda lakukan di dalam padang, kenyataan itu mengenai Budaya Iran, Pasukan Kebangsaan Iran dan Pemain saya adalah memalukan bola sepak.”

“Tiada siapa yang boleh menjejaskan integriti kami jika ia bukan pada tahap kami, sudah tentu.”

“Walaupun kamu berkata demikian, kami ingin menjemput kamu datang sebagai tetamu kami, untuk datang ke Kem Pasukan Kebangsaan kami, beramah mesra dengan pemain Iran dan belajar daripada mereka tentang Negara, rakyat Iran, syair dan seni, algebra, semua budaya Parsi milenium dan juga mendengar daripada pemain kami betapa mereka suka dan menghormati bola sepak.”

“Sebagai orang Amerika/Jerman, kami memahami kamu tidak akan memberikan sokongan kepada kami. Tiada masalah. Dan walaupun kenyataan keterlaluan anda di BBC cuba melemahkan usaha, pengorbanan dan kemahiran kami, kami berjanji kepada anda bahawa kami tidak akan mengeluarkan sebarang penilaian mengenai budaya, akar dan latar belakang anda dan menegaskan bahawa anda akan sentiasa dialu-alukan ke Keluarga kami.

“Pada masa yang sama, kami hanya ingin mengikuti dengan penuh perhatian apakah keputusan FIFA berhubung kedudukan anda sebagai ahli Kumpulan Kajian Teknikal Qatar 2022. Kerana, jelas sekali, kami mengharapkan anda meletakkan jawatan sebelum anda melawat kem kami.”

“Carlos.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan