Quincy Promes Kutuk Penjara Di Dubai: “Makanan Tak Sedap, Tidur Atas Lantai, Dan Tak Seorang Pun Kenal Pemain Popular Macam Saya”

Bintang kontroversi dari Belanda, Quincy Promes mengkritik kehidupan dalam penjara yang menurutnya sangat tidak selesa.

Quincy Promes kini dipenjarakan di Dubai. Telah menulis satu surat kepada wartawan Telegraaf, John Van Den Heuvel.

Antara rungutan Promes adalah dia terpaksa tinggal bersesak sesak dalam satu bilik bersama banduan lain dan kemudian kepalanya dibotakkan tanpa kerelaannnya.

Dia turut merungut kerana terpaksa tidur di atas lantai kerana hanya seorang bertuah sahaja yang boleh tidur di atas katil.

Dia menulis: “Kehidupan di sini sangat sukar. Kepala saya dicukur. Saya tidur dalam satu bilik yang ada kira kira 20 banduan dalam bilik yang sepatutnya khas untuk enam orang. Dan hanya seorang sahaja yang bertuah ada katil. Sementara 10 ke 20 yang lain tidur di lantai.”

Penjara tempat Promes adalah sangat ketat. Penyerang Spartak Moscow itu hanya dibenarkan keluar dari bilik untuk menonton televisyen pada masa rehat untuk rekreasi bersama banduan banduan lain.

“Warden membenarkan kami bersenam selama 3 kali seminggu namun tiada sukan lain yang sesuai untuk pemain profesional macam saya. Tiada kelengkapan atau fasiliti untuknya,” tambah Quincy Promes yang kecewa kerana penjara tidak menyediakan lebih banyak aktiviti sukan untuk atlet profesional sepertinya.

Bukan itu sahaja dia juga mengutuk makanan yang disediakan sebagai tiada sayuran dan tiada buah buahan. Hanya satu lauk disediakan untuk satu set makanan.

“Saya tinggal di dalam tempat yang terlalu sejuk dan bising kerana bunyik penghawa dingin yang kuat. Lelaki muda dicabul dan diperkosa setiap hari, dengan warden malas meronda.”

“Majoriti banduan di sini adalah orang Pakistan, Mesir atau India yang ada masalah ketagihan dadah,” tegas dia lagi.

Selain itu Quincy Promes turut kecewa keran tiada seorang pun banduan di sana yang kenal dia seorang pemain bola sepak dari Eropah yang popular.

Dia menambah: “Lebih pelik, semua mereka ini tidak kenal saya seorang pemain bola sepak terkenal dari Eropah.”

“Kepala saya dicukur dan itu adalah mandatori ketika saya mulai tiba. Undang undang di sini sangat ketat. Banduan yang cuba menyimpan rambut mereka akan dihukum. Di mana kamu tidak akan dibenarkan menonton tv atau membuat panggilan telefon buat sementara waktu.”

Pemain Belanda itu juga menyatakan bahawa dia tidak dibenarkan untuk dilawat oleh pelawat. Ini kerana dia masih dalam tempoh menunggu sebutan kes di Dubai.

Akhir sekali dia berharap dia tidak akan dihantar pulang / diekstradisi ke Belanda sebaliknya dipulangkan semula ke Rusia untuk kembali ke kelabnya.

Hal ini kerana jika dia pulang ke Belanda, dia secara automatik akan dipenjara oleh kerajaan Belanda. Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selama 7 setengah tahun kerana kes penyeludupan 1.3 tan dadah menggunakan 2 kontena. Seterusnya dia juga disabitkan dengan kesalahan menyerang sepupunya dengan pisau.

Dia tidak hadir ke perbicaraan dan menafikan penglibatannya. Namun mahkamah mendakwa mereka ada bukti perbualan telefon yang dipintas oleh polis untuk mengesahkan penglibatan pemain itu.

Selama ini dia berada di Rusia dan tiada peraturan diplomatik di antara kedua dua negara Rusia dan Belanda tentang ektradisi.

Dia ditahan di Dubai ketika menyertai pasukannya untuk latihan di sana. Dia telah ditahan dan disumbat ke penjara. Polis UAE meminta waran daripada Interpol untuk menahan Promes yang sedang berdepan hukuman penjara 6 tahun kerana menyeludup dadah. Dan setahun lagi hukuman penjara untuk jenayah kekerasan menggunakan pisau.

UAE sangat tidak berkompromi dengan mana mana pesalah dadah. Dia bergelut dengan polis namun akhirnya dia dibawa ke penjara.

Promes dilaporkan memberitahu pegawai kelab dia akan menaiki pesawat lain dan yakin akan dibebaskan. Malangnya itu tidak berlaku.

Satu lagi laporan menyebut, polis Dubai menangkapnya kerana dia terlibat dalam langgar lari di negara itu. Namun kerajaan Belanda meminta UAE untuk menghantar Promes ke negara mereka untuk diekstradisi.

Kedua dua negara ada peraturan tersebut melibatkan mereka.

Sebelum ini, mahkamah Belanda meminta dia menyerah diri dan menawarkan untuk meringankan hukuman penjara kurang 6 bulan daripada 18 bulan.

Namun dia enggan berbuat demikian kerana itu akan membuatkan dia dibicarakan atas kesalahan penyeludupan dadah pula.

Dia memutuskan untuk terus kekal di Rusia. Kerana tiada perjanjian ektradisi di antara Rusia dan Belanda.

Pada 2021, ketika aksi menentang Leicester di England. Dia meminta untuk dikecualikan daripada tugasan UEL itu kerana dia tahu England ada hubungan diplomatik yang baik dengan Belanda dan ada perjanjian ekstradisi.

Jika dia menjejakkan kaki di mana mana negara eropah lain dia akan terus diektradisi ke Belanda. Oleh kerana bola sepak Rusia digantung oleh UEFA sejak beberapa tahun, maka dia tak risau dengan sebarang perjalanan aksi eropah.

Namun malangnya, dia terjerat di Dubai. Promes telah ditahan di sempadan Dubai ketika dia mahu balik ke Rusia bersama rakan rakan satu kelab Spartak Moscow.

Promes merupakan salah seorang pemain berbakat besar pada usia mudanya dia menjadi sasaran banyak kelab elit.

Baca yang lain