Jika ada anugerah pemain paling mempersia siakan diri dalam hidup, ia dimenangi Quincy Promes.
Sebelum ini Telegraaf melaporkan bahawa polis Dubai meminta waran daripada interpol untuk menahan Promes di sempadan.
Dan kemudian kerajaan Belanda menghantar surat agar pemain itu diekstradisi ke Belanda serta merta.
Ini kerana dia masih ada kes jenayah berat di negaranya. Yang mana dia sebenarnya sudah dijatuhi hukuman penjara 6 tahun.
Ianya selepas dia terlibat dalah penyeludupan dadah kira kira 1.3 tan ke Belandan dan Belgium sebelum ini.
Sindiket mereka menggunakan 2 buah kapal untuk mengangkut dadah itu.
Promes tidak dapat ditahan di negaranya kerana dia berada di Rusia, bermain untuk Spartak Moscow. Selain kes dadah, dia turut terlibat dalam kes serangan senjata tajam ke atas sepupu sendiri atas niat mencederakan dan cubaan membunuh.
Dia ketika itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan diminta membayar pampasan €7,000 kepada mangsa.
Promes menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Dan mengelak untuk pulang ke Belanda kerana itu akan membuatkan dia dipenjara.
Dia sebelum ini mengelak tugasan UEL menentang Leicester pada 2021 kerana takut diektradisi ke Belanda dari England.
Ketika di Rusia kelab dia tak bermain di Eropah memandangkan FA Rusia dan Liga Rusia masih digantung oleh UEFA.
Namun dia ditahan di Dubai ketika bersama rakan rakannya di kem latihan khas di Dubai.
Lebih mengejutkan, polis Dubai mencarinya kerana dia terlibat dalam kes langgar lari. Dan kemudian menyedari namanya dikehendaki kerajaan Belanda.
Kerana dia sudah dijatuhi hukuman penjara 6 tahun. Dia dibenarkan membuat rayuan untuk hukuman tersebut.
🚨 Quincy Promes has been arrested in Dubai, where Spartak Moscow was training, as he was preparing to return to Russia with his teammates! 🛫❌🇳🇱
The Dutch player was served with an international arrest warrant as he has been recently sentenced to 6 years in prison for drug… pic.twitter.com/vLSjrqJWfv
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) March 1, 2024
Lalu polis UAE menghubungi Belanda tentang perkara itu. Difahamkan, Rusia tidak ada perjanjian ektradisi dengan Belanda. Namun UAE ada.
Kerajaan Belanda sudah menghantar surat khas meminta agar pemain itu dihantar ke Belanda.
Promes yang berjanji kepada kelabnya dia akan menyelesaikan perkara itu di UAE dan balik ke Rusia menaiki pesawat seterusnya.
Malangnya dia teru terlibat dalam perkara bodoh. Di mana dia melanggar lari seseorang di UAE.
Dutch fugitive footballer Promes jailed in Dubai hit-and-run; Extradition talks to start https://t.co/DnNZWlyEGS
— NL Times (@NL_Times) March 1, 2024
Quincy Promes sebelum ini dianggap prospek masa depan bola sepak Belanda ketika dia bermain di liga utama Belanda terutama sekali dengan Ajax.
Dia turut menjadi wakil negaranya di peringkat antarabangsa. Namun dia terlibat banyak kontroversi di luar padang kerana bergelumang dalam dunia kongsi gelap.