Quique Setien Dipecat Kerana Sikapnya Yang Teruk Dan Selalu Lupa Nama Pemain Serta Pegawai

Quique Setién telah dipecat oleh Villarreal hanya beberapa minggu liga bermula. Ini kerana ‘bilik persalinan’ sudah tak mengalu alukannya dan dia pun dan menyampah dengan bilik persalinan pasukan.

Sejak dari awal lagi Quique Setien kurang disenangi pemain pemain dan pegawai yang lain di dalam pasukan itu.

10 hari pertama dia menyertai pasukan itu dia sudah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemain. Dia memanggil Yeremy Pino dengan nama Yeray kerana sering terlupa nama pemain itu.

Kemudian memanggil Pepe Reina sebagai Miguel Reina. Dia menegaskan Pepe Reina mengingatkannya kepada ayahnya.

Masalah mengenali nama itu berlarutan. Terbaru penganalisis David Fuster dia panggil Raul Fuster.

Dia tidak pernah ada kemesraan dengan pemain pemain yang ada di Villarreal dan berterusan mendesak BOD mendapatkan dia pemain dia suka.

BOD kelab bersabar dengan karenahnya.

Ketika pengakhiran musim, Setien telah mengambil cuti ketika kelab itu mahu memberikan penghormatan kepada legenda, Joaquin dan menyatakan dia tidak pasti lagi bila dia akan kembali.

Dia pergi ke Satander dan terus tak angkat call atau balas mesej daripada kelab.

Sepanjang tempoh dia menghilang, kelab telah melantik beberapa staf dan pegawai sokongan. Kelab cuba mendapatkan pandangannya namun gagal kerana dia terus menutup telefonnya untuk urusan kerja.

Kelab akhirnya mendapatkan pandangan daripada pembantu Setien iaitu Ramiro Amarelle. Dan salah seorang daripada staf baharu itu adalah cadangan daripada Amarlle sendiri.

Setien akhirnya kembali dan bertemu dengan pagawai baharu itu yang kebetulan melapor diri pada hari yang sama.

Villarreal melalui pra musim seperti biasa. Walaupun di atas padang nampak segalanya antara Setien dan pemain. Namun di belakang tadbir sangat toksik.

Setien sudah tak suka dnegan pemain pemainnya sendiri. Pemain pemain pula semakin tak tahan dengan sikapnya.

Setien kemudian menukar jadual latihan tanpa berunding dengan pemain. Jadual baharu menyaksikan pemain wajib melapor diri 9.15 pagi untuk sarapan di dewan makan pasukan dan 10.30 pagi mula berlatih.

Perubahan jadual mengejut ini membuatkan beberapa pemain yang sudah berkeluarga bermasalah. Mereka terpaksa memaklumkan kepada isteri mereka pada saat akhir. Dan ada kesukaran untuk pemain pemain ini yang selama ini menghanar anak mereka ke sekolah.

Mereka terpaksa menukar rutin harian dengan mengejut kerana jadual latihan itu terus dikuatkuasakan.

Pemain pemain senior seperti Pepe Reina, Parejo serta Capoue cuba mengutarakan masalah itu kepada Setien.

Capoue mendedahkan, pengurus itu memberitahu mereka: “Saya bukanlah kuku besi, tapi jika semua setuju, maka perubahan itu sah.”

Setien memaksudkan hanya 3 pemain itu yang membantah menurut pandangannya. Sedangkan yang lain tidak berbunyi itu tanda setuju.

Pemain pemain lain sebenarnya ramai tidak setuju dan mereka mengutarakan masalah itu kepada 3 pemain senior itu. Ini untuk mengelak konflik dengan Setien.

Tindakan Setien itu benar benar ibarat memasang bom jangka pada dirinya sendiri. Dia tidak mahu mencari solusi terbaik dengan pemainnya.

Capoue yang bengang telah memutuskan untuk datang lewat hari berikutnya tanda protes kepada Setien yang tidak boleh dibawa berunding.

Musim lalu Capoue sudah tidak selesa dengan Setien yang suka menurunkan dia di posisi yang dia tak suka.

Kemudian telah dibocorkan satu transkrip kepada wartawan di mana Setien dikatakan sudah sedia pada bila bila masa akan mengutuk kelab itu jika dia dipecat.

Situasi itu membuatkan keadaan lebih panas. Dalam transkrip itu Setien menyatakan bahawa segalanya di Villarreal adalah teruk. Semua orang suka mengeluh dan beperangai buruk. Dia jua seringkali berdepan dengan tuduhan liar dan menerapkan kaedah pengurusan yang statik.

Kekalahan di tangan Cadiz sebelum ini meningkatkan lagi tekanan dalam pasukan. Setien telah mengadakan sesi latihan mengejut pada pagi Sabtu. Pemain masih letih kerana baru tiba hari sebelumnya.

Biasanya latihan dibuat pada sebelah petang, Setien menukar waktu latihan itu kerana dia mahu menghadiri perlawanan persahabatan amal melibatkan legenda Sepanyol di Santander. Di mana perlawanan itu ditunda.

Setien kembali pada Rabu dan menyediakan perancangan sepanjang minggu itu. Namun kelab sudah memutuskan untuk memecatnya.

Dia terus keluar dan tidak berminat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sesiapa di Villarreal.

Raúl, Pacheta, Javi Gracia, Lopetegui, Gallardo, Arruabarrena, Graham Potter antara nama yang dalam senarai untuk menggantikannya.