Penyanyi AS R. Kelly telah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana menggunakan status selebritinya untuk mendera kanak-kanak dan wanita secara seksual.
Artis R&B, 55, telah disabitkan pada September lalu di New York atas tuduhan mengugut dan jenayah pemerdagangan seksual.
Dia telah menghadapi dakwaan selama bertahun-tahun dan hakim pada hari Rabu berkata dia mempunyai “rasa tidak ambil peduli terhadap penderitaan manusia”.
Peguam untuk penyanyi itu, Robert Sylvester Kelly, berkata dia akan membuat rayuan.
Selepas hukumannnya dibacakan, adda segelintir wanita mahu bersemuka dan berhadapan dengan Kelly.
Seorang mangsanya hanya dikenali sebagai Angela menggelar penyanyi itu sebagai Pied Piper yang “berkembang dalam kejahatan” dengan setiap mangsa baru, manakala yang lain yang tidak dinamakan memberi keterangan dia telah mematahkan semangat mereka.
“Saya benar-benar berharap saya akan mati setelah apa yang kamu lakukan ke atas saya,” kata seorang lagi mangsanya.
Kelly enggan membuat kenyataan sendiri dan tidak memberikan sebarang respon apabila keputusan itu dijatuhkan.
Hakim Daerah AS Ann Donnelly berkata, selebriti itu telah menggunakan statusnya sebagai orang popular dengan menjadikan seks sebagai senjata, memaksa mangsanya melakukan perkara yang tidak terkata dan menyebabkan beberapa mangsanya terbeban dengan penyakit kelamin.
“Anda mengajar mereka bahawa cinta adalah perhambaan dan keganasan,” katanya.
Mahkamah mendengar bagaimana Kelly – terkenal dengan lagu hit seperti I Believe I Can Fly dan Ignition – menggunakan pengaruhnya untuk memikat wanita dan kanak-kanak ke dalam kecenderungannya untuk melakukan penderaan seksual selama dua dekad.
BREAKING: R. Kelly has been sentenced to 30 years in prison‼️‼️ pic.twitter.com/viwQu3hHEq
— RapTV (@Rap) June 29, 2022
Juri dalam perbicaraan selama enam minggu di Brooklyn mendengar bagaimana dia memperdagangkan wanita ke beberapa buah negeri di AS yang berbeza, dibantu oleh pengurus, pengawal keselamatan dan ahli rombongannya yang lain.
Mahkamah juga mendengar bagaimana Kelly telah mendapatkan kertas kerja secara haram untuk berkahwin dengan penyanyi Aaliyah yang ketika itu berusia 15 tahun pada 1994, tujuh tahun sebelum penyanyi itu meninggal dunia dalam nahas pesawat.
Sijil permohonan itu bocor pada masa itu, di mana dia cuba memalsukan umur Aaliyah sebagai 18. Perkahwinan itu dibatalkan beberapa bulan kemudian.
Jovante Cunningham, bekas penyanyi sandaran untuk Kelly, berkata dia tidak pernah percaya hari ini akan tiba juga. Selepas dia sendiri melihat ramai mangsa R. Kelly.
“Tiada hari dalam hidup saya sehingga saat ini saya benar-benar percaya bahawa sistem kehakiman akan berlaku adil untuk gadis kulit hitam dan coklat,” katanya kepada pemberita.
“Saya berdiri di sini sangat berbangga dengan sistem kehakiman negara saya, sangat berbangga dengan rakan-rakan saya yang terselamat dan sangat gembira dengan keputusan mahkamah.”
Pendakwaraya persekutuan telah mengesyorkan Kelly dijatuhkan hukuman penjara lebih 25 tahun, memandangkan keseriusan jenayahnya dan “keperluan untuk melindungi orang ramai daripada jenayah selanjutnya”, lalu dia dijatuhi hukuman penjara 30 tahun.
Tetapi peguamnya meminta hukuman 10 tahun – hukuman minimum mandatori untuk sabitan kesalahannya – atau kurang.
Peguam dia menyatakan R Kelly kecewa dengan hukuman itu yang dianggap tak adil.
Ini kerana peguamnya menggambarkan Kelly sebagai membesar sebagai kanak kanak miskin dalam rumah tangga yang penuh dengan keganasan rumah tangga dan mengalami penderaan seksual sejak usia muda.
Mereka berkata dia “hancur” dengan hukuman itu dan merancang untuk membuat rayuan. Kerana dia pun bekas mangsa keganasan. Itu pandangannya.
Lizzette Martinez, yang bertemu Kelly ketika dia berumur 17 tahun, berkata bahawa terdapat “banyak perkara yang dia boleh lakukan untuk menghalang dirinya.”
“Dia mempunyai semua sumber; kami tidak mempunyai sumber seperti itu. Dia boleh mendapat bantuan,” katanya kepada BBC News.
Dia berkata R. Kelly berjaya mengelak keadilan selama bertahun-tahun kerana “kuasa selebriti” yang ada padda Kelly.
“Saya percaya bahawa dia memberikan banyak wang kepada pihak berkuasa sehingga mereka melindunginya.”
Kelly telah berada dalam tahanan sejak dia didakwa oleh pendakwa raya persekutuan di New York dan Chicago pada Julai 2019.
Tiga tahun dia di penjara adalah penuh peristiwa, termasuk dipukul oleh seorang banduan pada 2020 dan pertarungan dengan wabak Covid-19 awal tahun ini.
Penyanyi itu menghadapi tindakan undang-undang selanjutnya pada bulan Ogos, apabila dia dibicarakan semula, kali ini di Chicago atas imej seks kanak-kanak dan tuduhan menghalang tugasan penguatkuasa awam.
Dia juga akan menghadapi tuduhan penderaan seks di mahkamah di Illinois dan Minnesota.