R. Madrid 3 Man City 3: Aksi Sarat Dengan Gol Bertaraf Puskas

Aksi Real Madrid dan Manchester City dilimpahi dengan gol gol yang cantik dalam aksi yang menarik di Santiago Bernabeu.

Manchester City di hadapan seawal minit kedua menerusi sepakan percuma oleh Bernardo Silva dari jarak jauh dengan lencongan rendah menewaskan Lunin.

Ianya gol yang sangat tidak disangka sangka akan berlaku.

Ketika Man City berkira kira menambah gol kedua, mereka dikejutkan dengan balasan 2 gol oleh Real Madrid.

Pada minit ke-12, Camavinga melakukan rembatan dari jarak jauh yang terbias pada Ruben Dias dan terus masuk.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-14, Real Madrid di hadapan menerusi gol cantik oleh Rodrygo yang menggunakan kepantasan dan skilnya untuk berdepan dengan Ortega dan merembat masuk.

Separuh masa pertama berakhir 2-1 memihak Madrid.

Pada separuh masa kedua, 3 lagi gol cantik dihasilkan oleh kedua dua pasukan.

Foden menyamakan kedudukan pada minit ke-66 menerusi satu screamer dari luar kotak penalti.

Lima minit kemudian Josko Gvardiol melakukan jaringan pada kualiti yang sama dengan melencongkan bola masuk menewaskan Lunin. Bola sangat deras dan memang tidak mampu diselamatkan.

Real Madrid kemudian mencari ikhtiar untuk menyamakan kedudukan.

Juara 14 kali, Real Madrid membalas gol City dengan gol luar biasa daripada Fede Valverde yang menyambar bola dengan satu rembatan peluru dan masuk pada minit ke-79.

Perlawanan berakhir dengan 3-3 untuk aksi pertama kedua dua pasukan.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

 

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang