R9 Buat IG Live Bersama Geng Galaticos, Konten Yang Korang Perlukan Ketika PKP

Ronaldo ‘R9’ Nazario berjaya mengumpulkan legenda galaticos dalam Instagram live beliau pada Rabu. Dan ianya antara live IG paling legend.

Dalam live tersebut menampilkan Roberto Carlos, David Beckham, Luis Figo dan Iker Casillas.

Salah satu chat yang paling menarik adalah ketika Ronaldo menganggap Beckham sebagai CM yang terbaik.

R9 iktiraf Beck sebagai CM terbaik

Memang Beckham dikenali dengan posisi sayap kanan. Namun ketika di Real Madrid beliau banyak bermain di posisi tengah ataupun CM.

Ronaldo berkata: “Kalaulah Brazil boleh mengambil pemain import untuk bermain dalam pasukan kami dahulu, siapa saya nak ambik? Dah tentu Beckham.”

“Dia salah seorang CM terbaik sepajang zaman.”

“Bagi aku ann ann, kamulah yang terbaik sepanjang zaman di tengah tu. Cara kamu menyentuh bola, serta kamu boleh meletakkan bola di mana sahaja sesuka hati kami tanpa perlu melihat di mana aku, bola itu boleh tiba kat aku.”

“Aku kena berterima kasih kat kamu Beckham di atas banyak bola yang kamu hantar. Kamu hebat.”

Beckham turut berkongsi detik pertama beliau masuk ke bilik persalinan Real Madrid. Beliau menyifatkan ianya satu penghormatan dapat berkongsi bilik persalinan dengan ramai bintang Los Blancos.

“Ketika aku pindah dari Manchester, bandar itu telah menjadi tempat aku hidup sepanjang hidupku. Pindah ke Madrid membuatkan aku sangat selesa berada di kelab.”

“Antara orang pertama aku jumpa adalah kamu (Ronaldo). Kamu masuk ke dalam bilik persalinan dan membuatkan aku rasa sangat selesa berada di sana.”

“Aku ingat lagi ayat kamu tu, dulu lagi kau pernah cakap. Kau berpaling kepada aku dan cakap: ‘Kalaulah Brazil boleh rembat mana-mana pemain Inggeris, ianya pasti kamu’. Tapi masa tu aku anggap kau bermain je.”

“Kerana pemain pemain Brazil adalah pemain terbaik. Kau pun tau kan.”

Bintang dulu semuanya humble

Selain itu Figo juga mengambil kesempatan untuk memuji ramai bintang yang sangat humble orangnya. Walaupun ketika itu kebanyakannya nama besar, namun masing-masing bekerja demi pasukan dan tidak besar kepala.

Figo berkata: “Kita masa tu ada peluang membawa masuk bakat lain untuk bersama sama. Dan beberapa orang yang sangat merendah diri.”

“Masa tu kita banyak berkongsi masa yang istimewa. Itu yang membantu kita menang. Walaupun ada ramai pemain nama besar, namun semua orang fokus kepada kerja masing masing.”

“Itu membolehkan kita semua mencipta lebih banyak momen yang tak dapat dilupakan.”

Ronaldo mencelah menyatakan beliau sangat gembira setiap kali berlatih dengan rakan-rakannya dahulu di Real Madrid.

“Aku gembira sekali dapat berlatih dengan korang semua. Ya, kita tak dapat menang semua piala, tetapi itulah keindahan bola sepak.”

Selain itu, perbualan Ronaldo dengan Roberto Carlos turut mencuri  tumpuan.

Roberto Carlos berkata: “Saya ingat lagi detik tu memang banyak sekali kenangan indah. Ianya hebat sekali kerana kita semua dapat menjadi gabungan yang ideal.”

Ronaldo turut berkongsi rasa cemas beliau mendengar Iker Casillas yang diserang sakit jantung.

Casillas memberitahu R9:

“Serangan jantung tu memang sangat mengejutkan saya. Saya bernasib baik sebab ia berlaku di padang latihan dan ada yang membantu menyelamatkan nyawa saya.”

“Saya tak akan pernah lupa jasa doktor yang menyelamatkan saya.”

“Jika benda tu berlaku pada masa dan tempat lain, saya pasti, saya tak ada di sini bercakap dengan kamu semua seperti sekarang.”

Nah video penuh ada di sini gratis gais:

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.