Rabai Israel Tuduh Vaksin Membuatkan Manusia Jadi G A Y, Agenda New World Order

Seorang rabai (pemimpin agama Yahudi) dari mazhab ultra-ortodoks Israel membuat pernyataan yang mengejutkan mengenai vaksin c0v-19.

Di mnana dia  memperingatkan pengikutnya agar tidak menerima vaksin itu kerana dapat membuat orang menjadi g a y.

Menurut laporan News18.com, Rabbi Danel Asor bahkan mengatakan bahawa vaksinasi adalah kerja jahat pemerintah global yang berusaha membina new world order.

“Setiap vaksin yang dibuat menggunakan substrat embrio, dan kami mempunyai bukti tentang ini, menyebabkan kecenderungan seksual yang berlawanan dengan lumrah.”

“Ini semua cubaan mereka untuk mengurangkan populasi manusia.”

Lalu dia meneyeru semua orang Israel terutama sekali pengikutnya untuk menolak vaksin. Rabbi Danel menyatakan demikian menerusi satu khutbah secara atas talian.

Rabbi Dannel turut menyatakan bahawa WHO dan pembangun vaksin dari seluruh dunia termasuk Pfizer / BioNTech merupakan satuorganisasi jenayah yang telah memberikan data palsu mengenai keberkesanan.

Israel antara negara terawal yang mengambil vaksin selepas kes di negara mereka melepasi angka lebih setengah juta.

Asor juga berpendapat bahwa virus tersebut disebarkan oleh New World Order untuk “mematikan populasi global” dan vaksin hanyalah cara untuk “memajukan lagi agenda ini”.

Lalu dia mengingatkan para pengikutnya bahawa, mengambil vaksin bermakna anda bersekongkol dengan agenda penuh dosa ini.