UiTM 0 Kedah 1: Rabih Ataya Dengan Permainan Enforcer Dan Semangat UiTM

Kedah diberikan saingan sangat sengit oleh UiTM dalam aksi di tempat lawan. Dan Kedah berjaya menang dengan penuh cemas 1-0.

Secara taktikal, pertaruangan lebih taktikal adalah pada separuh masa kedua. Pada separuh masa pertama kedua dua pasukan banyak bergantung kepada crossing play dan set pieces.

Kedah bermain direct football

Sifir taktikal Kedah sejak di bawah Aidil Sharin adalah mudah, pergi ke wing, dan supply bola kepada target man. Kedah bergelut dengan permainan bola rendah namun mereka sentiasa lebih bagus dengan permainan yang berasaskan bola di sayap.

Kedah mencipta banyak peluang daripada crossing tapi tak ada penyudah. Mereka gagal connect dengan bola dengan lebih baik.

Kedah weakest link dan Rabih Ataya

Ingat lagi tak satu ketika dahulu, di bawah Cheng Hoe Ball, setiap kali Kedah bermasalah di tengah, link korup, maka Liridon akan bertukar menjadi super saiya.

Rabih Ataya adalah Liridon peak yang Kedah ada dahulu. Dia sangat bagus dalam transisi, reaksi kepada permainan lawan dan rakannya.

Dia menggerakkan bola ke depan dengan baik dan boleh mencipta ancaman, sama ada menerusi hantaran ataupun sepakan terus.

Kredit kepada keeper UiTM yang menafikan 2 percubaan sesedap rasa dia bagi. Dan gol kemenangan Kedah adalah daripada sepakan percuma cantik dia yang radar.

Kedah ada isu dengan bahagian tengah sekali lagi. Jarak antara pemain terlalu jauh. Sehingga no.6 mereka cuma ada satu pilihan iaitu lambung terus bypass midfield area.

Rabih jelas seorang enforcer yang sangat baik. Bergerak box to box.

Kpah Sherman tumpul

Kedah memiliki fasa yang baik pada akhir separuh masa pertama dan awal separuh masa kedua. Namun Kpah Sherman hari ini tumpul. Kipre lebih bertindak sebagai auxiliary striker / penyerang kedua. Dan banyak bola Kpah persiakan.

Ini bukan isyarat yang bagus daripada Kpah. Kerana sistem Aidil ini dibina memang berasaskan target man, iaitu dia.

Tak ada orang suka suka main cross banyak banyak kalau attacking spear utama adalah Kipre.

Idea dia, Kipre bergerak di belakang Kpah untuk memenangi bola kedua. Tapi Kpah menghampakan.

Separuh babak separuh masa kedua, Kedah shut down

UiTM tiba tiba mendapat semangat baharu. Mereka dibenarkan oleh Kedah bergerak sesuka hati di kawasan Kedah. Rabih Ataya hilang sumber.

Kedah shut down teruk. Mujur penjaga gol dan pemain pertahanan mereka banyak menafikan percubaan lawan.

Serangan balas tak nampak, dan tiada pelan yang jelas. Untuk mempertahankan hanya 1 gol pendahuluan bukan idea yang bijak dengan UiTM ternyata ada kualiti tersendiri.

Penjaga gol cemerlang nak mampus

Muhammad Azfar dan Shahril Saari memang dalam form terbaik. Mereka menafikan banyak sekali percubaan berkualiti daripada lawan masing masing.

Tertarik dengan Azfar. Dia sangat vokal dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Dia adalah punca kenapa Rabih Ataya tidak menjadi pemilik mutlak perlawanan ini.

Ketika Kedah shut down, Shahril Saari muncul membuktikan kenapa dia berhak berada di depan gawang Kedah.

Dia menafikan beberapa percubaan, terutama daripada Nana Poku.

Rumusan

Ini adalah definisi perlawanan sengit untuk Kedah. Ianya 3 mata yang sukar. Jelas sekali UiTM membuktikan kenapa mereka berhak bermain di Liga Super dengan kemampuan mereka melawan pasukan seperti Kedah.

Dari segi taktikal, Kedah dalam perlawanan ini lebih bergantung kepada kehebatan individu seperti Rabih Ataya dan juga kualiti permainan direct, sama ada daripada wing play terus cross ataupun situasi bola mati.

UiTM awalnya cuba mengimbangi Kedah dengan menyerap asakan mereka. Namun selepas melihat sebenarnya mereka mampu menyakitkan Kedah pada separuh masa kedua, mereka pasti akan sedikit kesal tidak bermain lebih ofensif dari awal.