Jika anda mencari rock band British paling berpengaruh, Radiohead antara nama yang akan keluar dalam carian anda.
Mereka adalah kumpulan rock yang berpegang kepada konsep art-rock.
Apa itu art rock?
Art rock adalah muzik yang awalnya dikategorikan sebagai cabang progressive rock.
Namun selepas itu ianya digelar art rock kerana lirik mereka yang lebih intelektual ataupun bereksperimen. Bahasa lebih canggih dia avant garde.
Ia masih diakui cabang daripada progresif rock tetapi progresif rock lebih menekankan bunyi instrumen berbanding dengan perkara lain.
Art rock adalah satu genre yang cuba mengubah fungsi rock daripada sekadar hiburan remaja menjadi satu wadah lebih intelek, kritikal, artistik dan ada nilai estetik.
Mereka suka bereksperimen secara konseptual dalam musik dan banyak terpengaruh dengan elemen seperti eksperimental rock,avant-garde, klasikal, dan jazz.
Mereka lebih menghormati seni persembahan, budaya dan masyarakat dengan penyampaian mesej yang lebih berat dalam lirik yang lebih estetik dan abstrak.
Antara artis yang memegang doktrin art rock adalah Genesis, King Crimson, Pink Floyd, Laurie Anderson, David Bowie, Brian Eno, The Velvet Underground, Frank Zappa dan Yes.
Biasanya, kumpulan-kumpulan art-rock ini menggemari music yang lebih complicated dan conceptual.
Radiohead menepati ciri-ciri art rock walaupun ada yang berpendapat mereka hanyalah progressive rock macam band rock yang lain dala genre tersebut.
Jadi, dalam generasi abad ke-21, Radiohead dianggap kumpulan art rock paling lengkap. Mereka ibarat satu mesin masa dan kamus pustaka muzik yang menggabungkan seni dari garis masa berbeza.
Lahirnya Radiohead
Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1985 oleh pelajar Abingdon School di Oxford oleh Thom Yorke, Colin Greenwood, Ed O’Brien, Phil Selway, Hemingford Grey, Huntingdon,dan Jonny Greenwood.
Here's a fresh-faced Thom Yorke @radiohead appearing on the Ozone back in 1995. He was born #OnThisDay1968 pic.twitter.com/Gm8g1JGvLq
— BBC Archive (@BBCArchive) October 7, 2019
Semangat persahabatan yang sangat kuat antara mereka antara perkara penting dalam penubuhan kumpulan ini.
Asalnya kumpulan ini digelar On A Friday sebab itu adalah hari mereka biasa bermain muzik bersama dan berlatih di bilik muzik.
Mereka menukar nama kepada Radiohead sebaik sahaja menjadi artis rakaman. Nama diambil daripadah jdul lagu Radio Head nyanyian Talking Heads dalam album True Story.
Namun begitu, pengaruh dominan mereka tidak begitu condong ke ara Talking Heads, sebaliknya lebih kepada Pink Floyd.
Dalam album pertama mereka, ianya lebih dipengaruhi oleh seperti R.E.M, dan Pixies. Mereka banyak bermain di pub serta gigs sekitar kawasan mereka pada awal penubuhan mereka.
Selepas beberapa band members mereka tamat pengajian di Universiti, mereka mulai menandatangani kontrak dengan label Parlophone pada 1991.
Beberapa lagi mereka keluarkan namun kurang mendapat perhatian kerana banyak kekangan terutama sekali publisiti.
Lagu Creep mereka release pada 1992, namun tetap kurang mendapat sambutan.
BBC Radio 1 pula menyenarai hitam lagu ini kerana bunyinya yang terlalu depressing takut buatkan pendengar bunuh diri pulak. Ini mempengaruhi kepada kegagalan populariti lagu tersebut.
Creep Jadi Pemacu Pablo Honey
Pada 1993, mereka menerbitkan album sulung berjudul Pablo Honey. Dalam album pertama sahaja mereka sudah menghasilkan fenomena.
Dengan lagu apa?
Creep!
Lagu yang pernah mereka keluarkan lebih awal namun gagal mendapat sambutan.
Lagu yang telah membawa mereka ke beberapa tingkat lebih tinggi daripada yang mereka jangkakan. Creep ini dirakamkan semula oleh mereka.
Creep adalah pemacu utama kejayaan album sulung mereka. Kualiti mereka membuatkan band yang baru bertapak ini terus dikaitkan dengan Nirvana baru.
The Bends
Pada 1995, mereka memperbaiki kualiti persembahan mereka dalam studio dengan The Bends. Album yang membuatkan ramai terkejut dengan kualiti Radiohead.
Di kala ramai yang masih meratapi pemergian Kurt Cobain, Radiohead tampil dengan genre yang dikatakan ala Nirvana tetapi kualiti artistik yang lebih luar biasa.
Kualiti vokal yang hebat dan kemampuan untuk mempelbagaikan variasi vokal. Keserbabolehan setiap ahli bermain pelbagai alatan muzik juga menjadi kekuatan mereka.
Tak ramai yang berani membandingkan kualiti mereka dengan Nirvana secara terang-terangan kerana menghormati band tersebut.
Namun tetap ada yang berpendapat, Radiohead adalah berada dalam liga mereka sendiri dan lebih baik. Itu pandangan masing masing.
Dengan label art-rock yang mulai melekat pada mereka, maka peminat tidak perlu risau untuk mengangkat mereka sebagai kumpulan band baru yang sangat berpotensi dan berkualti.
Fenomena OK Computer
Pada 1997, mereka menerbitkan salah satu album paling berjaya dalam arena muzik rock iaitu, OK Computer. Ada yang menganggap ini karya agung ataupun masterpiece.
Album ini sangat penting dalam jenama Radiohead.
Ianya banyak membawa peminat seperti menghayati album Pink Floyd – Dark Side of the Moon (1973).
OK Computer adalah album yang berbeza dengan The Bends di mana, ia lebih lirik yang lebih abstrak dan tidak terlalu berorientasikan bunyi gitar.
EMI pada ketika itu tidak meletakkan sasaran tinggi kepada album ini, kerana ianya jelas satu eksperimen yang agak drastik, tiada dalam perancangan sangat.
Namun album ini terus berada di tangga ke-21 dalam Billboard 200 dan no.1 di Britain pada minggu pertama ia dikeluarkan. 5 lagu mereka menguasai carta Britain dan USA iaitu Paranoid Android, Karma Police, Lucky, No Surprises dan Airbag.
Dengan vokal Yorke yang sangat baik membuatkan penghayatan ke atas lagu seperti Lucky oleh peminat, sangat feel. Yorke juga boleh menyanyi dengan teknik vokal yang sukar termasuk falsetto.
Mereka juga sentiasa memberikan persembahan yang memukau ketika live on stage. Membuatkan Radiohead mulai digelar band rock yang berseni sebenar.
Album ini digelar masterpiece oleh peminat mereka. Ianya membuatkan nama mereka naik mendadak di seluruh dunia. Menjadikan mereka lebih sibuk daripada biasa dengan jemputan persembahan dan juga tour.
Dalam beberapa perkongsian oleh produser dan orang yang terlibat dalam album mereka, Radiohead adalah antara kumpulan yang paling cerewet.
Mereka banyak mencari kesempurnaan dalam rakaman mereka walaupun lagu tersebut dianggap sempurna oleh orang lain.
Pasca Ok Computer
Selepas melihat kejayaan OK Computer yang tidak terlalu bergantung kepada bunyi gitar, Kid A dihasilkan dengan pengaruh bunyi gitar yang lebih minimum.
Kid A terus diberikan banyak reviu positif daripada pengkiritik dan ahli muzik. Ianya diikuti Amnesia pada 2001. Mereka mulai meletakkan satu garis masa di mana mereka lebih bergerak ke depan dalam album mereka.
2 album ini adalah gabungan unsur eksperimental, elektronik, post-punk dan jazz.
Ini yang membuatkan Radiohead sentiasa tidak memberikan ruang besar kepada pengkritik untuk menembak mereka dengan perkataan klise, kitar semula dan sebagainya.
Peminat mereka mulai faham yang setiap album akan ada kelainan yang jelas.
Ini bukan jenis kelainan yang sering dicanang artis lain terutama di Malaysia. Contohnya Semalam hasilkan lagu ku rela dimaki. Esok cakap keluarkan lagu baru yang banyak kelainan berjudul, ku hanya sayang pada kucingku.
Radiohead adalah artis yang hanya mencipta pengkritik yang sangat teliti. Dan pengkritik ini yang akan membuatkan mereka lebih baik.
Nampak tak permainan dia. Sebab produk yang berkualiti akan hanya boleh dinilai pengkritik berkualiti.
Tak senang untuk melahirkan pengkritik sebegini jika anda tiada kemampuan menghasilkan karya bermutu. Bukan macam kau, baru jadi dj radio, kena kritik sikit dah gelabah.
Radiohead sentiasa ada jangkaan apa yang pengkritik mereka akan katakan, jika mereka melakukan perkara yang sekian, sekian.
Hail to the Thief dihasilkan pada 2003, mereka kembali kepada album yang lebih berorientasikan gitar, konsep elektronik dan lirik daripada perkara mutakhir.
Album ini sebenarnya sangat baik namun OK Computer meletakkan penanda aras yang sangat tinggi.
Lirik-lirik mereka mulai menjadi suara yang mewakili generasi mereka dan kritikal.
Selepas 2003, kumpulan ini berehat daripada industri kerana masing masing mahu menumpukan kepada keluarga.
Radiohead tampil dengan In Rainbows pada 2007 yang dijual secara online.
The King Of Limbs menemui pendengar pada 2011. Nama album ini adalah diambil daripada nama pokok oak yang berusia 1,000 tahun di Wiltshire, Savernake Forest.
Mereka juga menggunakan album ini untuk berbicara tentang perkembangan teknologi dan kesedaran kepada alam sekitar.
A Moon Shaped Pool pada 2016. Mereka lebih bereksperimen dengan elektronik dalam album ini termasuk drum machines dan synthesisers.
Status legenda diperakui!
Pada Jun 2017, mereka mengeluarkan isu semula (reissue) OK Computer OKNOTKO untuk meraikan ulangtahun ke-20 album tersebut.
Itulah kisah sebuah band yang memiliki pengaruh yang besar dalam industri muzik rock.
Mereka adalah artis yang memainkan peranan penting dalam menyatukan muzik rock dan muzik elektronik.
Radiohead juga menjadi antara artis yang memulakan trend surprise release. In Rainbow dikeluarkan 10 hari lebih awal daripada tarikh yang diwar-warkan.
Mereka juga menjadi inspirasi kepada artis yang mahu bergerak secara independent.
Di mana seseorang artis itu harus lebih bebas bergerak dan tak terikat dengan sistem tradisional yang diletakkan oleh syarikat label mereka.
Radiohead adalah epitomi kepada Progressive rock dengan genre art rock.
Yorke dianggap antara frontman terbaik dalam sejarah rock. Kumpulan Radiohead diangkat sebagai dalam senarai 100 artis terbaik sepanjang zaman oleh Rolling Stones.