Bukan senang nak jumpa analisis taktikal yang ada tatician dan pemain dia sekali. Semalam Monday Night Football telah melakuakannya.
Di mana ayahanda Benitez dijemput untuk bersama-sama dengan Datuk Wira Carragher untuk menganalisis balik benda yang mereka buat pada 2005.
Liverpool bangkit pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 3 gol pada separuh masa pertama.
Lawan mereka ketika itu adalah AC Milan. Pasukan yang paling kuat di kalangan pasukan di Eropah.
Kebangkitan itu diberikan nama Miracle of Istanbul ataupun Keajaiban Istanbul.
Rafael Benitez dan Jamie Carragher memperincikan bagaimana mereka melakukan kebangkitan itu.
“Saya sangat yakin dengan kemampuan Harry Kewell. Ramai yang menjangkakan saya menandatangani beliau sebab dia cedera. Tetapi Harry pemain yang memiliki kaki kiri luar biasa dan bagus ketika di udara, memiliki pace yang bagus, shoot yang bagus.”
“Sebab itu saya letakkan Harry di sini (no.10) kerana dia boleh buat banyak perkara di sini. Harry boleh ‘hold’ bola, dan boleh membukan permainan kepada pemain sayap. Saya berpendapat Harry adalah key player.”
“Idea dia adalah untuk menggabungkan Xabi dan Gerrard di sini (sebagai pivot) dengan kemampuan pemain ini – Harry Kewell – untuk memecahkan zon 14.”
“Selepas itu Didi Hammann telah menjadi pengubah perlawanan untuk kita. Tetapi idea asalnya nak gunakan 2 pemain ini.”
Ketika Carragher bertanya, kenapa ketika itu Rafa tidak menggunakan Gerrard di posisi no.10 seperti mana perlawanan sebelum ini. Adakah kerana Rafa memang agak gerun dengan kualiti pasukan lawan di final?
Rafa menegaskan sekali lagi, ianya kerana beliau yakin dengan kemampuan Harry Kewell di no.10 dan menggunakan Gerrard di peranan yang lebih defensif.
Rafa kemudian menjelaskan kesukaran mereka berhadapan dengan Kaka pada separuh masa pertama.
“Rumusanya, itu satu kesilapan, tetapi bukan kerana Harry Kewell, sebaliknya kerana posisi Kaka. Beliau membunuh kami kerana Stevie perlu naik ke atas. Saya awalnya mahu mengawal Kaka dengan 2 pemain tengah kami.”
“Namun setiap kali kami naik ke atas, ada ruang di belakang. Stevie adalah box to box dan Xavi bukan pemain yang laju nak kekang Kaka.”
Rafa kemudian memutuskan untuk menukar Djimi Traore dan memasukkan Didi Hammann yang lebih defensif.
“Saya nak bermain dengan 3 pemain di pertahanan. Apabila saya membuat pertukaran, saya dimaklumkan bahawa Finnan tidak boleh meneruskan permainan dan kami sudah kehilangan Harry Kewell.”
“Saya nak jelaskan bagaimana kami bermain, agar lebih kawalan ke atas Kaka menerusi Hamann.”
“Kemudian saya memikirkan untuk meletakkan Cisses di kanan menggantikan Luis Garcia. Dan ada orang menyedarkan saya, sebenarnya sudah 12 pemain yang saya senaraikan. Ianya sangat rumit.”
Carragher kemudian berkata: “Saya ingat lagi, ketika itu bahasa Inggeris kamu (Rafa) tidak begitu bagus. Kamu arahkan ‘Traore shower (bersihkan diri untuk ditukar).”
An absolute masterclass from Rafa. 😍
Click below to match the full 20 minute chat between the former Liverpool boss and @Carra23 on how Liverpool performed one of the greatest comebacks of all-time against AC Milan in Istanbul…🇹🇷🏆
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 10, 2019
Shower mereka ni mandi ais sekali korang tahu untuk conditioning.
Traore pergi ke bilik mandi namun tiba-tiba daia melihat fisio membawa Steve Finnan kerana pemain itu tak dapat meneruskan permainan.”
“Rafa kemudian berkata: ‘Finna pergi shower, Traore keluar daripada bilik shower’.”
“Kami cuma ada 15 minit dan Didi Hamann sudah di luar memanaskan badan untuk dimasukkan.”
Perubahan taktikal pada separuh masa kedua membolehkan Gerrard lebih bebas untuk naik kerana ada Hamann di belakangnya.
Liverpool bangkit dengan 3 gol menerusi Gerrard, Vladimir Smicer dan Alonso. Liverpool bertahan dengan baik untuk membawa perlawanan sehingga ke penentuan penalti. Liverpool menang dalam pertarungan penentuan penalti.
Rafa Benitez menyatakan, untuk malam itu, ianya bukan kemenangan penalti yang bergantung kepada nasib.
Ini kerana beliau melihat pasukannya mengawal segalanya ketika penentuan penalti itu termasuk keyakinan dan juga memberikan AC Milan tekanan.”
Itulah antara sedikit rumusan Mircale of Istanbul. Korang boleh layan di sini:
🏆 ISTANBUL ANALYSED! 🧐
Rafa and @Carra23 break down the famous 2005 Champions League triumph where @LFC came from three goals down to AC Milan in one of the most glorious nights in their history 👇#MNF on Sky Sports Premier League – reaction here: https://t.co/FomxuLWsHy pic.twitter.com/X9VWVduU8F
— Sky Sports MNF (@SkySportsMNF) December 9, 2019