Rafael Dedahkan Anderson Boleh Jadi World Class Kalau Tak Kuat Melantak Mekdi Dan Lebih Profesional

Bekas pertahanan Manchester United, Rafael percaya rakan sepasukan lamanya Anderson boleh menjadi ‘yang terbaik di dunia’ jika dia tidak menjadi hantu burger McDonald (mekdi).

Anderson tiba di Old Trafford dari Porto pada 2007 dan dilihat sebagai salah satu bakat prospek dengan potensi cerah.

Dia kemudian menghabiskan lapan tahun di England dan memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggers dan Liga Juara-Juara, walaupun terdapat banyak masalah dengan kecergasannya.

Rafael telah mendedahkan dalam autobiografi bersama dengan saudara kembarnya Fabio dengan tepat mengapa rakan sesama negaranya, Anderson sebenarnya tidak pernah mencapai potensi terbaiknya.

“Jika dia lebih profesional dalam karier bola sepaknya, dia sudah pasti menjadi pemain terbaik di dunia.”

“Namun dia akan makan apa sahaja yang ada di hadapannya.”

“Jika kami berada dalam bas pasukan, kemudian ada perkhidmatan makanan lalu, dia akan menjerit dengan impulsif seperti kanak kanak riang dan menjerit Mekdi, Mekdi woi.”

“Lelaki itu gila, tetapi saya sayangkan dia. Beri dia bola sepak dan dia akan bermain dengan bebas dan kadangkala, jika dia mendapat permainan yang baik, dia boleh bermain seperti mana-mana pemain terbaik dalam liga.”

“Dia mengalami banyak kecederaan besar dan kemudian masalahnya dengan cara makan mula memberi kesan kepadanya.”

“Bukan kebetulan prestasi terbaiknya datang ketika dia mempunyai banyak perlawanan kerana ketika itu dia tidak boleh makan terlalu banyak.”

“Saya akan katakan sesuatu tentang Anderson – jika dia seorang pemain bola sepak yang lebih profesional [lebih serius menjaga prestasi] dia boleh menjadi yang terbaik di dunia.”

“Saya katakan ini semua adalah kebenaran. Saya tidak tahu sama ada dia pernah mengambil sesuatu yang serius. Dia hanya menyukai kehidupan dengan cara yang mudah dan santai.”

Anderson meninggalkan United pada 2015 untuk kelab Brazil, Internacional sebelum pergi ke Adana Demirspor pada 2018.

Dia bersara tiga tahun lalu dan menyertai pasukan Turki tersebut sebagai penolong pengurus mereka.

Bekas rakan sepasukannya du Red Devils, Michael Owen nampaknya bersetuju dengan analisis Rafael dan sebelum ini menyifatkan Anderson sebagai ‘terlalu santai’ dan tidak serius.

“Tanpa berkata secara umum, dia ada mempunyai sikap Brazil itu. Dia seorang lelaki yang agak santai. Mungkin kadang-kadang terlalu santai.”

“Dia suka berada di luar sana dengan bola di kakinya tetapi dia tidak peduli tentang bebanan, atau apa pun sebenarnya.”

“Dia kembali daripada kecederaan selalunya proses pemulihannya adalah perlahan.”

“Dia seorang pemain yang sangat bagus tetapi jika dia mempunyai mentaliti seperti itu, dia boleh menjadi hebat.”