Ragbi Dikejutkan Dengan Kad Merah Paling Pelik, Pemain Celebrate Dengan Mengangkat Pengadil

Sukan ragbi digemparkan dengan kad merah yang dianggap paling memalukan dalam sejarah. Ini selepas seorang pemain profesional telah dibuang padang kerana kesilapan menjulang pengadil ketika keraian.

Pemain asal Fiji, Josaia Raisuqe yang bermain untuk kelab Nevers di liga ragbi divisyen dua Perancis melakukan kesalahan pelik itu ketika kelabnya berdepan dengan Bezier.

Nevers ketinggalan dalam perlawanan tersebut. Dan mereka bangkit shingga pada satu ketika mereka mendahului 30-25 menerusi satu try lewat perlawanan.

Kita semua faham tentang keseronokan menjadi pemenang pada saat-saat terakhir dan pemain girang, serta hilang kawalan. Misalnya berlari dengan membuka baju sambil menjerit kegilaan.

Ramai pemain – misalnya dalam bola sepak – yang meraikan detik ikonik dengan keraian yang ikonik walaupun sedar tindakan mereka adalah tindakan kad kuning .

Misalnya detik kejayaan Aguero menjaringkan gol saat akhir yang mewujudkan momen AGUERoOOoooOOO!

Aguero euforia dan berlari sambil membuka bajunya ketika gol itu memberikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris saat akhir buat Man City. Ini selepas Man United di venue satu lagi menang dan City perlu menang.

Tetapi Raisuqe telah memutuskan untuk mengangkat pengadil perlawanan tanda keraian sebaik sahaja pengadil menamatkan perlawanan.

Dan ketika pemain Fiji itu meletakkan semula pengadil ke bawah, pengadil terus melayangkan kad merah kepada beliau.

Raisuqe sangat kecewa namun terpaksa menerima keputusan pengadil tersebut. Kerana jelas sekali pengadil ada hak untuk melayangkan kad disiplin kepada beliau.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa itu adalah tindakan keras, tetapi memandangkan dalam peraturan itu menyatakan bahawa pemain tidak boleh sama sekali menyentuh pengadil dalam sukan terutama sekali kontak berat.

Namun ada juga yang merasakan kad merah itu terlalu keras. Kerana Raisuqe hanya melakukan sentuhan yang tidak ofensif.

 

Baca yang lain