Rage Against The Machine Sah Buat Konsert Reunion Tahun Depan

Selepas Exist dan kemudian Butterfinger – semalam My Chemical Romance mengumumkan reunion mereka – kini giliran sebuah lagi kumpulan rock, Rage Against The Machine mengesahkan konsert reunion mereka.

Ketika semua orang memikirkan tentang kereta terbang pada 2020, Rage Against The Machine mengalihkan perhatian dunia kepada pengumuman tarikh reunion.

Race Against The Machine semalam menyatakan mereka akan mengumumkan tarikh persembahan mereka dalam beberapa siri konsert.

Ia berbeza dengan MCR yang hanya membuat persembahan satu malam sahaja.

Race Against The Machine sudah merancang untuk beraksi di beberapa bandar termasuk, Indio, California dan Cochella (10 dan 17 April 2020).

Forbes melaporkan Wayne Kanemoto mengumumkan perkara itu menerusi media sosial. Dan beliau menyatakan kepada Forbes bahawa kenyataan itu adalah tepat.

Namun ketika aku tengah syok tulis artikel ini, kumpulan Melepaskan Kemarahan Ke Atas Mesin ini telah mengumumkan terus tarikh mereka.

Mereka akan beraksi di El Paso pada 26 Mac 2020, Los Cruces, 28 Mac 2020, Phoenix, 30 Mac 2020 diikuti persembahan di Cochella pada April 2020.

Race Against The Machine merupakan band yang ditubuhkan pada 1991. Dan mereka berpecah pada 2011. Kali terakhir mereka beraksi bersama di atas pentas adalah pada 2011 di L.A Rising Show bertempat di Los Angeles Coliseum.

Pada Mei 2016, gitaris Tom Morello dan drummer, Brad Wilk serta bassist Tim Commerford bergabung dengan Chuck D (Public Enemy) dengan B Real untuk membantuk Prophets Of Rage.

Penyanyi utama Race Against The Machine Zack De La Rocha melepaskan single beliau pada 2016.

Pastinya ramai gembira dengan perkahbaran ini.  Rage Against The Machine terkenal dengan lagu-lagu seperti Freedom, Testify, People of The Sun, Know Your Enemy dan banyak lagi.

 

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil