Raheem Sterling Bersama Chelsea Akan Berikan Guard Of Honour Untuk Man City

Raheem Sterling meninggalkan Manchester City selepas mendapat tawaran lebih lumayan dari Chelsea.

Pada masa yang sama pemain itu kurang senang dengan polisi penggiliran pemain oleh Pep Guardiola.

Kini Chelsea mengesahkan bahawa mereka akan sedia memberikan perbarisan kawalan hormat ataupun Guard of Honour kepada juara yang baru dinobatkan, Manchester City.

Bermakna Raheem Sterling akan memberikan guard of honour kepada bekas rakan sepasukannya.

Ramai peminat City menyakat Raheem Sterling dengan troll.

Namun ada juga yang meminta agar Etihad tidak mengejek Sterling kerana dia telah menjadi pemain yang memberikan yang terbaik sepanjang di kelab tersebut.

Chelsea pastinya akan memberikan Guard of Honour kepada Man City. Perkara itu disahkan sendiri oleh Frank Lampard yang kini bergelar interim.

Chelsea akan berkunjung ke Etihad pada aksi Ahad ini.

Man City sah bergelar juara selepas Arsenal kalah mengejut di tangan Nottingham Forest. Kekalahan kedua berturut turut Gunners selepas dimalukan Brighton.

Dan kini mereka akan menerima Guard Of Honor pada baki perlawanan mereka.

Namun Guard Of Honor ini bukanlah benda wajib. Tetapi Lampard menganggap ianya tanda semangat kesukanan. Kerana ketika dia bergelar pemain Chelsea dulu, dia turut mendapat layanan yang sama apabila bergelar juara.

“Satu perkara iaitu inspirasi ialah apa yang diperlukan City untuk mencapai kedudukan mereka. Angkat trofi adalah sesuatu yang patut dihormati.”

“Kita memahami mengapa mereka mengangkat satu lagi piala.”

“Semua koridor di tempat latihan ini adalah gambar orang yang mengangkat trofi. Mereka perlu memahami trofi itu adalah kemuncak semua yang anda lakukan pada hujung minggu dan sepanjang minggu.”

Lampard pernah beraksi semusim sebagai pemain City pada 2014-15, selepas 13 musim sarat trofi di Chelsea, akan mengarahkan pemainnya untuk berbaris dan memberi penghormatan kepada Pep Guardiola dan skuadnya.

“Saya masih ingat mendapatnya sebagai pemain dan ia adalah sesuatu yang sangat dihormati jadi saya tidak akan mempunyai masalah dengan itu sama sekali,” tambah pengurus sementara itu.

Lampard akan meninggalkan jawatannya selepas tamat musim ini dan Mauricio Pochettino akan mulai bertugas sebagai pengurus tetap.

Man City pula meraikan kejayaan EPL kelima mereka dalam 6 musim terakhir. Mereka juga menjuarinya 3 kali berturut turut pada kali ini.

Lebih manis lagi, Man City berpeluang menamatkan musim ini dengan treble. Mereka masih ada 2 perlawanan final lagi dalam cup competitions iaitu Piala FA dan Liga Juara Juara Eropah.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi