Raheem Sterling menegaskan dia diberi penalti yang sepatutnya diberikan.
Sterling mempamerkan aksi cemerlang sepanjang permainan dijatuhkan oleh Joakim Maehle pada babak pertama masa tambahan.
England menewaskan Denmark 2-1 untuk mara ke final melalui jaringan penalti pada masa tambahan.
Harry Kane mengambil sepakan penalti tersebut, sepakannya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel namun Kane sempat mernerkam dan menolak masuk bola lantunan.
Kekasaran Maehle keatas Sterling kelihatan agak soft sehinggakan VAR mengambil masa yang agak lama untuk memastikan ia penalti atau tidak.
Sementara itu selepas perlawanan, Sterling tetap menegaskan ia adalah kekasaran penalti.
England akan bertemu Itali pada final yang akan dilangsungkan di Wembley. Ia merupakan perlawanan ke-6 dari 7 perlawanan England di Wembley.
“Saya masuk ke dalam kotak penalti dan dia (Maehle) menghulurkan kakinya menyentuh kaki saya, jadi ia jelas penalti.”
“Ia merupakan top performance, kami telah bolos buat kali pertama tetapi kami menang dalam perlawanan ini.”
“Kami sedar kami perlu sabar, kami percaya dengan kekuatan kami dapat menyelesaikannya dan pada akhirnya kami dapat penalti.”
“Kami berada dalam landasan yang betul dan perlu fokus pada hujung minggu (final lawan Itali).”
Apa yang berlaku dalam perlawanan tersebut
Dalam perlawanan tersebut Mikkel Damsgaard terlebih dahulu memberi pendahuluan kepada Denmark apabila sepakan percuma pada minit ke-30 berjaya menewaskan Jordan Pickford.
Ia merupakan gol pertama yang dilepaskan oleh Pickford sepanjang kejohanan ini -6 perlawanan.
Walaupun ketinggalan buat kali pertama dalam kejohanan ini, England memberi respon pantas apabila Sterling menjaringkan gol penyamaan.
Jaringan berpunca dari Kane yang melepaskan bola kepada Bukayo Saka. Hantaran tersebut berlaku pada masa yang tepat, Saka berjaya menembusi pertahanan lawan dan tidak terjerat dengan perangkap offside.
Pemain Arsenal itu kemudiannya melakukan hantaran silang ke dalam kotak 6 ela yang kemudiannya tertampan oleh Simon Kjaer dalam usahanya menghalang bola tersebut singgah ke kaki Sterling.
England mempunyai peluang mendahului perlawanan namun tandukan padu dari Harry Maguire pada minit ke-55 berjaya dikuis keluar oleh Schmeichel.
England terus mengancam sehingga tamat perlawanan tetapi gagal mencari gol kemenangan untuk menghantar Denmark pulang lebih awal.
Pada babak pertama masa tambahan Sterling dijatuhkan di dalam kotak penalti dan England mendapat penalti.
Sepakan Kane ditampan oleh Schmeichel namun penyerang itu berjaya menerkam bola rebound untuk menjaringkan gol kemenangan dan membawa England mara ke final.
Penantian 55 tahun England berakhir
England berada di final pertamanya dalam kejohanan major sejak mereka menang Piala Dunia 1966. Titik kebangkitan bola sepak England sudah dapat dilihat pada Piala Dunia 2018.
Pada ketika itu England mara ke semi final namun ditewaskan Croatia 1-2, juga dalam perlawanan yang memerlukan 30 minit masa tambahan.
England banyak belajar dari kesilapan itu. Skuad England kali ini lebih cepat memberi respon. Malah England mempunyai squad depth yang lebih berimpak.
Jack Grealish, Jadon Sancho dan Phil Foden boleh masuk dari bangku simpanan dan mempunyai kemampuan mengubah perlawanan.