Raheem Sterling telah menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana disisihkan pada aksi Chelsea menentang Manchester City. Pemain antarabangsa England itu dilaporkan meminta penjelasan daripada pengurusnya, Enzo Maresca tentang perkara itu.
Raheem Sterling cergas untuk beraksi pada perlawanan pembukaan aksi Liga Perdana Inggeris 2024/25. Malangnya namanya tidak tersenarai di dalam pasukan. Sedangkan Sterling sebelum ini menjangkakan bahawa dia akan menjadi pemain utama Maresca dan terlibat dalam perlawanan pembukaan.
Wakil kepada pemain tersebut telah memberitahu Daily Mail bahawa mereka benar benar terkejut kerana tiada nama Raheem Sterling menentang Man City. Sedangkan dalam temuramah dengan wartawan sebelum aksi Chelsea vs Man City, Sterling ada bercakap tentang pentingnya peranan pemain berpengalaman sepertinya membantu skuad muda Chelsea di bawah pengurus baharu.
Chelsea kalah 0-2 di tangan Man City pada perlawanan pertama EPL musim ini. Todd Boehly telah meninggalkan tempat duduknya lebih awal setelah pasukan Chelsea bolos gol kedua dalam perlawanan ini.
Dan kini Enzo Maresca berdepan pula dengan tekanan daripada kem Raheem Sterling. Maresca sudah menjelaskan bahawa keputusan untuk menyisihkan Raheem Sterling adalah perkara berkaitan teknikal.
Walaupun sebelum ini Maresca sudah menurunkan Sterling dalam kesemuan 6 aksi pra musim dan menganggap pemain itu sebagai pemain penting untuk pasukannya.
Kem Raheem Sterling pula dengan eksklusif memberitahu Daily Mail: “Raheem Sterling adalah pemain yang masih ada kontrak 3 tahun dengan Chelsea. Dia kembali semula ke England, dua minggu lebih awal untuk mengadakan latihan individu serta menikmati pra musim yang cemerlang di bawah kendalian pengurus baharu, di mana Sterling telah membina hubungan kerja yang sangat baik dengannya.
“Dia pemain yang sentiasa komited seperti biasa, sedia untuk memberikan aksi terbaik untuk Chelsea dan peminat Chelsea yang dia sangat hormati. Jangkaan kami bahawa Sterling akan terlibat dalam perlawanan pembukaan minggu ini.
“Sebagai satu kem, kami sentiasa ada perbincangan yang positif, dan jaminan daripada Chelsea FC berkenaan dengan masa depan Raheem Sterling, jadi penyerang tersebut mahukan penjelasan daripada kelab tentang situasi ini.
🚨 Raheem Sterling’s camp statement as he’s been left out of Chelsea squad, via @MailSport.
“Raheem Sterling is contracted to Chelsea for the next three years”
“He returned to England two weeks early to conduct individual training, and has had a positive pre-season under the… pic.twitter.com/oRh5HyfPR5
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 18, 2024
“Buat masa ini, kami akan terus menyokong keinginan Raheem Sterling untuk memulakan musim ini dengan positif sekali.”
Sterling dikaitkan dengan beberapa kelab pada jendela perpindahan kali ini termasuk Juventus. Sterling menyertai Chelsea dari Man City pada 2022 dengan nilai perpindahan £47.5 juta sahaja.
Kini Chelsea memiliki sangat ramai pemain serangan termasuk Cole Palmer, Pedro Neto, Christophe Nkunku, Noni Madueke, Nicolas Jackson, Mykhailo Mudryk dan Sterling sendiri kesemuanya berebut tempat.
Enzo Maresca sudah menjelaskan tentang sebab kenapa dia sisihkan Sterling semalam.
Maresca menyatakan: “Keputusan untuk tidak menyertakan Sterling adalah teknikal, tiada komen lagi untuk perkara itu. Pengurus dibayar untuk membuat keputusan seperti ini, dan kadangkala pemain tidak sukannya” tegas pengendali Chelsea itu yang meminta semua pihak menghormati kuasa pengurus yang ada padanya.
🚨🔵 Enzo Maresca on Sterling out: “It’s just a technical decision, nothing else to say”.
“Managers are paid to make decisions and sometimes players don’t like it”. pic.twitter.com/WzpiMYh8kH
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 18, 2024
“Saya kalau boleh mahukan kesemua 30 pemain ini di dalam skuad. Namun tidak ada ruang untuk semua orang, jadi beberapa pemain harus pergi,” kata pengurus itu ketika ditanya tentang saiz skuadnya yang terlalu besar.
🚨🔵 “Do you want Sterling in the squad or not?”.
Enzo Maresca: “I want all 30 players… but there is no space for all of them so some have to leave”, says via @NizaarKinsella. pic.twitter.com/5ESfWN2zB4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 18, 2024
Chelsea memang berusaha menjual beberapa pemain mereka untuk menjimatkan perbelanjaan kelab. Minggu lalu, Maresca sudah memberitahu pemain seperti Ben Chilwell untuk mencari kelab baharu.
“Saya rasa, adalah lebih baik untuk Ben Chilwell berpindah ke kelab lain pada masa ini,” tegas Enzo Maresca yang tidak memberikan jaminan kepada pemain pertahanan itu bahawa dia akan menjadi regular di dalam skuad.