Wartawan RAI Sports, Ciro Venerato membuat satu keyataan yang mengejutkan tentang Pengarah Urusan Chelsea, Marina Granovskaia.
Di mana menurut beliau, ketika lembaga pengarah berbincang tentang pemecatan Lampard, kak Rina cuba meyakinkan pengurusan Roman Abramovic untuk melantik semula Maurizio Sarri.
Ini kerana Marina merasakan bahawa perlantikan Sarri sebelum ini adalah paling tepat untuk mereka. Cuma kelab tidak memberikan lebih banyak sokongan kepada pengurus tersebut.
Sarri meninggalkan Chelsea selepas mendesak kelab itu melepaskannya ke Juventus. Chelsea menuntut bayaran perpindahan untuk pengurus tersebut.
Maurizio Sarri | Bold claim Granovskaia ‘fought’ for shock Chelsea managerial return after Lampard sacking – Abramovich ‘stopped everything’https://t.co/z1OusWG8rD #cfc
— Sport Witness (@Sport_Witness) February 25, 2021
Lantas Marina Granovskaia yang menjadi ketua delegasi Chelsea ketika meminang Sarri sebelum ini meminta kelab untuk mempertimbangkan semula perlantikan Sarri.
Kerana berpendapat Sarri adalah pengurus yang tepat menggantikan Lampard. Marina pada masa sama dilaporkan sangat sukakan Mauricio Pochettino, namun pengurus itu sudah menerima tawaran PSG.
Ciro membincangkan kemungkinan Sarri akan kembali semula ke Napoli untuk musim hadapan. Beliau menyatakan bahawa Aurelio De Laurentiis sudah menghubungi Sarri untuk mendapatkannya semula.
“Aurelio De Laurentiis sudah menghubungi Maurizio Sarri. Yang saya tahu coach [Sarri] masih belum membuat sebarang keputusan.”
“Sarri mahukan 3 perkara ini sebagai jaminan; Pertama, transparensi. Sarri tiada masalah walaupun terpaksa mengecilkan skuad, cuma dia mahukan sikap berterus terang.”
“Keduanya adalah Sarri mahu tahu situasi sebenar ekonomi kelab. Dan dia mahukan gaji yang memuaskan juga.”
“Yang ketiga, Sarri mahukan jaminan msa depan Giuntoli dan Pampilio, dua individu yang dia sangat percayai.”
“Dan saya nak berterus terang di sini, kemungkinan besar dia akan dilantik semula menjadi pengurus Napoli pada musim hadapan.”
Marina fight untuk Sarri
Seterusnya, agak menarik apabila Sarri sebenarnya sudah bersetuju dengan tawaran daripada Chelsea sebelum ini.
“Chelsea selepas memecat Lampard, mereka pun mahuka coach masa tu. Secara spesifik saya nyatakan, Marina Granovskaia, berjuang untuk membawa balik coach ke sana.”
“Sarri dah setuju, namunRoman Abramovič campur tangan dan menghentikan semuaya.”
“Anak dan isteri Sarri mahukan dia kembali ke Napoli.”
Marina Granovskaia wanted Maurizio Sarri back at #Chelsea after sacking Frank Lampard. He said 'yes' to returning to the club. Roman Abramovich 'stopped everything'.
[@RaiSport via @Sport_Witness]
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) February 25, 2021
Matt Law: Karut ni semua
Beberapa jam kemudian, Matt Law menafikan laporan itu yang menurutnya sebagai tidak berasas.
Law berkata: “Langsung tidak ada kebenarannya laporan dari Itali yang menyatakan pengarah Chelsea, Marina Granovskaia mahukan Maurizzio Sarri kembali, berbanding dengan perlantikan Tuchel.”
“Ianya tak pernah dipertimbangkan atau dibincangkan langsung.
Absolutely no truth in the reports from Italy that Chelsea director Marina Granovskaia wanted Maurizio Sarri to return to Chelsea ahead of the Thomas Tuchel appointment. Never considered or discussed.
— Matt Law (@Matt_Law_DT) February 25, 2021