Raiola: Bayern Destinasi Sesuai Pogba, Tapi Mereka Tak Akan Bayar Gaji Macam Ni

Mino Raiola merasakan bahawa Bayern Munich adalah kelab yang sangat sesuai dengan Paul Pogba dan beliau melihat potensi kelab itu untuk mendapatkan Paul Pogba.

Kenyataan terbaru daripada Raiola itu mengundang rasa tidak selesa pada Ralf Rangnick.

Raiola mengesahkan bahawa Manchester United sudah menawarkan kontrak baharu kepada Pogba. Di mana pemain itu akan tamat kontrak pada akhir musim ini.

Pogba tidak beraksi sejak Oktober selepas aksi terakhirnya adalah ketika kad merah berdepan Liverpool.

Pogba kemudian mengalami kecederaan ketika minggu antarabangsa. Rangnick pada Jumaat mengesahkan bahawa dia sudah bercakap dengan Pogba yang kini menjalani pemulihan di Dubai.

Dijangka akan kembali semula ke United Kingdom pada hujung minggu ini.

Raiola yang baru sahaja mengadakan sesi wawancara dengan Sport 1. Menyatakan bahawa, kontrak ditawarkan United bukan satu satunya pertimbangan mereka ketika ini.

Kerana ada banyak kelab lain yang berminat mendapatkan Paul Pogba. Sebagai ejen Raiola menyatakan bahawa dia sentiasa memberikan nasihat berguna kepada pemain tentang karier mereka.

Dan Bayern Munich adalah kelab yang sesuai dengan Pogba dari segi kesukanan. Namun Raiola menegaskan bahawa perkara itu sukar direalisasikan kerana Bayern Munich tak akan sanggup membayar gaji Pogba yang tinggi.

“Kami mempunyai banyak tawaran untuknya, termasuk lanjutan kontrak. Kami akan lihat apa yang terbaik untuknya,” kata Raiola.

Apabila ditanya sama ada pasukan Bundesliga akan menarik minat Pogba, Raiola menjawab:

“Mentaliti Jerman berbeza. Mereka tidak boleh dan tidak mahu membayar gaji tinggi ini.”

“Satu-satunya kelab Jerman yang boleh melakukannya ialah Bayern Munich. Tetapi mereka juga tidak boleh menunaikan permintaan gaji Paul Jerman berada di piramid paling bawah dalam gaji antarabangsa.”

Ditanya adakah kenyataan itu bermakna ada minat daripada Bayern, Raiola menambah:

“Belum, tetapi mungkin ia akan berlaku nanti. Anda perlu bertanya kepada Bayern. Kami menangani segala-galanya, tetapi Bayern adalah satu-satunya [di Jerman] yang mampu membelinya.”

“Saya fikir kita akan mengetahui lebih lanjut dalam masa dua bulan.”

Masih bercakap tentang Bayern, Raiola juga mendedahkan bahawa salah seorang pelanggan bintangnya yang lain – Matthijs de Ligt – hampir menyertai pasukan Bavaria itu pada 2019.\

Bagaimanapun, langkah itu tidak menjadi, dengan De Ligt sebaliknya meninggalkan Ajax untuk menyertai Juventus.

“Adakah anda sebenarnya tahu bahawa kami hampir membawa Matthijs de Ligt ke Munich?” dia menambah.

“Kami mengadakan perbincangan positif dan agak memalukan ia tidak berjaya akhirnya.”

Rangnick yang terpaksa berdepan dengan dua berita pemainnya yang tidak komited dengan kelab ketika ini nampak tidak gembira dengan apa yang berlaku.

Ini kerana pada masa yang sama Anthony Martial menerusi ejennya mengesahkan bahawa pemain itu mahu meninggalkan Manchester United pada Januari ini.

Seterusnya berita tentang Pogba yang tidak memberikan jaminan bahawa dia akan kekal di United. Menurut Rangnick, Manchester United tidak perlu sampai merayu untuk memujuk pemain yang mahu pergi kekal.

Dipetik dari sumber Fabrizio Romano, Rangnick berkata: “Saya tak kata bahawa tidak berbaloi untuk mengekalkannya, sudah tentu, pemain pemain pastinya mahu bermain dan kekaln bersama kelab besar seperti Manchester United.”

“Jadi, saya tak rasa, ada orang dalam kelab ini harus cuba memujuk pemain untuk kekal. Namun sebaliknya, kita tunggu dan lihat.”

Mino Raiola memang ejen yang seringkali menimbulkan masalah dengan Manchester United. Selain isu Pogba, Raiola juga membuat kenyataan mengejutkan apabila mengesahkan bahawa Dortmund sememangnya hanya persinggahan Erling Haaland sebelum pergi ke kelab besar lain.