Raiola: Kisah Budak Piza Yang Menjadi Super Agent

Anda mesti pernah menonton filem Jerry Maguire lakonan Tom Cruise yang popular dengan tagline “Show Me The Money!”

Jerry Maguire bersusah payah untuk mendaki ke puncak dengan cara kerja beliau sendiri. Itulah yang berlaku kepada Mino Raiola yang kini dikatakan lebih kaya daripada Jorge Mendes dalam dunia agensi sukan pada hari ini.

Selepas Mino Raiola menerima imbuhan sekitar £25 juta hasil daripada penjualan Paul Pogba. Raiola cuma berseluar jeans dan berbaju-t sahaja berjalan keluar di sekitar bandar.

Ianya memang gaya Raiola. Walaupun duit berkepuk namun dia selesa dengan imej seorang lelaki biasa. Berbeza dulu masa muda muda dia suka juga mengenakan sut penuh.

Latar Belakang Mino Raiola

Raiola dilahirkan di Naples Itali pada 1967 oleh keluarga berketurunan Belanda. Pada usia beliau setahun, keluarga beliau behijrah ke Harleem di Belanda.

Ketika di bangku sekolah beliau banyak membantu keluarganya di restoran pizza di Harleem termasuk menjadi budak penghantar pizza untuk kedai ayahnya.

Raiola memang seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan aktif bersukan. Beliau dikenali sebagai atlit pingpong yang hebat ketika di sekolah dan juga kolej.

Raiola kemudiannya memasuki sekolah perundangan. Selepas tamat pengajiannya, Raiola meyertai ahli lembaga kelab Harleem HFC di Belanda.

Beliau kecewa selepas banyak kertas kerja yang beliau hasilkan dipandang remeh oleh pengurusan kelab. Raiola orang yang lantang bersuara mencadangkan perubahan dalam pengurusan kelab.

Ia membuatkan beliau tidak digemari ramai pihak yang sudah lama dalam pengurusan kelab tersebut. Beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pengurusan kelab tersebut.

Menerokai Dunia Ejen Pemain Bolasepak

Raiola kemudiannya menyertai syarikat agensi pemain Sports Promotion. Ketika di sana, Raiola cemerlang apabila berjaya melakukan transaksi besar beliau yang pertama apabila membantu Wink Jonk dan Bergkamp berhijrah ke Inter Milan pada 1993. Transaksi Jonk dan Bergkamp bernilai £7.1.

Sebelum itu beliau dikatakan sudah berjaya melakukan transaksi Frank Riijkaard ke AC Milan dengan yuran yang tidak didedahkan.

Bergerak Solo

Beliau akhinya memutuskan untuk bekerja sendiri setelah berpengalaman mengendalikan kertas kerja dan kertas kontrak pemain. Beliau semakin mahir dalam selok belok dunia ejen bolasepak.

Beliau telah mendekati Pavel Nedved dan berjaya menjadikan pemain itu sebagai klien pertama beliau secara persendirian pada 1996. Raiola membantu Nedved untuk ke Itali menyertai Lazio.

Kemampuan Raiola untuk bertutur bahasa Itali telah membantu memudahkan perpindahan Nevded ke Lazio. Nedved berjaya bermain di Serie A selepas cemerlang dalam Euro atas bantuan Raiola.

Nevded juga mendapat gaji lebih lumayan dan karier lebih baik.

Bertemu Ibrahimovic

Pada 2003, pemain muda Ajax Amsterdam, Zlatan Ibrahimovic telah mencari ejen baru. Rakan Raiola yang merupakan journalist di Belanda, Thijs Sleger telah mengatur pertemuan kedua dua mereka.

Ibrahimovic pada awalnya terkejut dengan Raiola yang selekeh.

“Mulanya saya menjangkakan saya akan bertemu dengan orang yang berpin-pin dan berjam tangan emas besar”

“Sebaliknya, yang datang adalah lelaki yang memakai jeans dan t-shirt Nike dengan perut besar, tak ubah seperti lelaki dalam persembahan soprano.”

“Kami terus memesan blok piza besar untuk 5 orang dan dia terus makan” – Ibrahimovic

Walaubagaimanapun, Ibrahimovic kagum dengan sikap Raiola yang serius dalam kerja. Raiola juga menasihati Ibrahimovic untuk menjual kereta dan jam mewah dan tumpukan perhatian kepada usaha untuk menjadi pemain terbaik di Eropah.

Sikap Raiola itu yang membuatkan Ibrahimovic berubah hati, walaupun pada awalnya, beliau menganggap Raiola seperti orang tidak siuman. Ibrahimovic akhirnya bernaung di bawah beliau sehingga ke akhir hayat Raiola.

Pada 2004, Raiola telah membantu Ibrahimovic berhijrah dari Ajax ke Juventus. Selepas itu, sepanjang karier Raiola, Ibrahimovic adalah klien yang banyak memberikan duit kepadanya dengan perpindahan ke Barcelona (2009), AC Milan (2011), Paris Saint-Germain (2012) dan terbaru Manchester United (2016).

Seterusnya perpindahan ke LA Galaxy. Sempat juga Ibrahamovic berseloroh menyatakan: “Apabila ejen kamu cuba memerah setiap sen dari kamu.”

Selepas meninggalkan LA Galaxy, Raiola tetap berjaya membantu Ibrahimovic kembali ke Itali menyertai AC Milan.

Transaksi Mkhitaryan Dan Balotelli

Pada 2013, Raiola berjaya membantu seorang lagi klien baru beliau, Henrik Mkhitaryan yang menyertai Borussia Dortmund dalam perjanjian bernilai £23.6 juta.

Pada 2014 pula, Raiola membawa kembali Balotelli kembali ke England untuk perpindahan £16juta.

Mengikat Paul Pogba

Tidak ramai ejen yang mengesan potensi nilai pada Paul Pogba. Menurut Sir Alex Ferguson, Raiola bekerjasama dengan Paul Pogba ketika tahun terakhir kontrak beliau di Manchester United dahulu.

United cuba untuk mengaktifkan klausa pembaharuan selama setahun dalam kontrak Pogba, namun Raiola muncul untuk memberitahu Pogba bahawa beliau ada idea lain, jika Pogba sanggup menggunakan khidmat beliau.

Pogba bersetuju dan Raiola dilantik menjadi agent baru beliau. Apa yang berlaku, Raiola mencadangkan agar Paul Pogba meninggalkan United dan beliau ada hubungan yang baik dengan Juventus.

Kelab yang pernah membeli klien beliau seperti Nevded dan Ibrahimovic. Pogba tidak menandatangani kontrak baru di United dan menyertai Juventus secara percuma pada 2012.

Sir Alex Ferguson menuduh Raiola telah menjadi batu api menghasut Pogba dan keluarganya untuk tidak melanjutkan kontrak.

Ironinya, 4 tahun selepas itu, Raiola adalah orang yang menerima imbuhan besar daripada perpindahan kembali Pogba dari Juventus ke United. Beliau dikatakan menerima £25 juta bayaran khidmat ejen hasil daripada penjualan £89 juta Pogba ke United.

Tidak cukup dengan itu, Raiola seakan-akan memperoleh durian runtuh sejak Mourinho menyertai United. 3 klien beliau, Ibrahimovic, Mkhirtaryan dan Pogba berjaya memeterai perjanjian kontrak mewah dengan United.

Bintang bek tengah Ajax, Matthijs De Ligt kemudian menyertai Juventus atas nasihat Raiola. Ini selepas kelab seperti Man United enggan memasukkan klausa pelepasan pada kontraknya.

Sama kes dengan Haaland. Di mana Borussia Dortmund sendiri mengesahkan Ed Woodward menarik diri daripada rundingan walaupun Haaland sudah hampir pasti ke United kerana pengaruh Solskjaer.

Solskjaer sudah bercakap sendiri dengan Haaland. Tetapi Raiola mahu memasukkan klausa pelepasan £75 juta untuk kontrak yang memasuki tahun ketiga. Ianya ditentang Man United.

Raiola terus berjaya meraih durian runtuh menerusi perpindahan Erling Haaland ke Borussia Dortmund dan kemudian penjaga gol muda AC Milan ke- Gianluigi Donnarumma ke PSG.

Sebelum itu dia membawa masuk beberapa pemainnya yang lain kei PSG iaitu Maxwell, Gregory van der Wiel, dan Vladimir Weiss. Walaupun ketiga tiga bintang itu kini sudah tidak bersama PSG.

Selain itu, seorang lagi klien, Lukaku turut meninggalkan Everton ke Man United dengan nilai £75 juta. Selepas itu Lukaku memecat Raiola kerana gagal menyelesaikan perpindahannya ke INter Milan.

Itulah sebabnya Lukaku tidak lagi di bawah Raiola.

Sebelum meninggal dunia, Raiola sedang dalam proses menyelesaikan kontrak Erling Haaland yang dijangka akan memberikan Raiola bayaran ejen terbesar dalam sejarah. Dengan pakej total boleh mencecah £50 juta.

Raiola juga sedang berkira kira untuk mendapatkan bayaran agensi yang baharu untuk Paul Pogba sama ada daripada Man United ataupun kelab lain. Ini kerana pemain itu sudah menuju ke minggu minggu terakhir kontraknya.

Kuasa Super Agent Raiola

Itulah kuasa Super Agent Mino Raiola yang juga menjadi mimpi ngeri kepada banyak kelab di Eropah kerana beliau boleh mempengaruhi pemain untuk meninggalkan kelab

Sir Alex Ferguson antara yang lantang mengkritik kuasa Super Agent seperti Raiola.

“Ada seorang dua ejen bolasepak yang saya memang tidak suka, Mino Raiola dalah salah seorang daripadanya.”- Sir Alex Ferguson

Raiola juga bukan individu yang digemari oleh penyokong seperti Dortmund dan Juventus kerana peranan beliau dalam membantu transaksi keluar bintang berkelas dunia mereka.

Ada berberapa ketika juga, peminat mungkin menggemari Raiola kerana berjaya mendesak bayaran yang tinggi untuk pemain-pemain mereka.

Raiola akan mendapat bayaran khidmat ejen dan ia antara sebab kenapa kerja Raiola adalah bermotifkan wang. Tapi itulah hakikat dalam dunia bolasepak. Apa yang pasti Mino Raiola adalah pemain besar dalam bidang beliau.

Tidak semua orang ada bakat seperti beliau. Latar belakang beliau telah menjadikan Raiola seorang yang bijak berkata-kata dan teliti di dalam kerja.

Apa yang pasti Raiola adalah Jerry Maguire versi dunia nyata.