Raiola Mahu Keluarkan Donnarumma Dan Ibrahimovic Dari AC Milan

Ejen kepada Zlatan Ibrahimovic dan Gianluigi Donnarumma mungkin akan meninggalkan AC Milan selepas tamat musim ini.

Perubahan pada pucuk pimpinan di AC Milan yang mengejut dikatakan antara puncanya. AC Milan memecat Zvonimir Boban selepa komen kontroversi beliau ke atas CEO AC Milan, Ivan Gazidis.

Zvonimir Boban tidak gembira dengan berita Ivan Gazidis ada menghubungi Ralf Ragnick. Boban merasakan beliau dan Ivan Gazidis perlu bertemu dengan pemilik kelab untuk isu mahu melantik Ralf Ragnick sebagai Chief Football Officer di AC Milan.

Malang sekali, baru je keluar kenyataan, Ivan Gazidis sudah memecat Boban.

Fired Wwe GIF - Find & Share on GIPHY

Paolo Maldini dan Frederic Massara juga dijangka akan ditamatkan perkhimdmatan pada akhir musim ini.

Situasi semasa di AC Milan membuatkan Mino Raiola merasakan para pemainnya akan terkena impak.

Lalu beliau mahu berbincang dengan 2 pemainnya iaitu Zlantan Ibrahmovic dan Gianluigi Donnarumma tentang masa depan mereka.

Zlatan Ibrahimovic ada klausa khas yang membolehkan beliau melanjutkan kontraknya di AC Milan selepas tamat musim ini.

Raiola mungkin akan menasihatkan pemain itu tidak menegaktifkan klausa itu. Giangluigi Donnarumma pula masih ada kontrak yang cuma berbaki kurang setahun. Akan tamat pada 2021.

Donnarumma merupakan penjaga gol yang menjadi perhatian banyak kelab di dunia. Ini termasuk Juventus dan juga PSG.

Zlatan Ibrahimovic mungkin tidak sebanyak Donnarumma – kelab yang mahukan beliau – tetapi pemain itu tetap masih mampu menarik perhatian kelab di liga utama Eropah.

Mino Raiola melihat dua kliennya itu masih ada nilai pada pasaran perpindahan. Dan beliau akan cuba memaksimumkan keuntungan daripada perpindahan kedua dua pemain. Serta berjanji akan mendapatkan pakej kontrak terbaik untuk mereka.

Mino Raiola menghadapi bulan yang sibuk sebelum musim tamat. Beliau kini juga dikatakan sedang cuba membantu Paul Pogba untuk keluar dari Man Utd.

Raiola sudah terbuka menyatakan beliau akan bertemu dengan pengurusan Man Utd membincangkan masa depan Pogba pada akhir musim ini.

Dengan menegaskan bahawa Paul Pogba berminat untuk kembali semula ke pasukan lamanya Juventus.

AC Milan kini berhadapan dengan isu kontrak pemain yang kritikal. Mereka sukar untuk meyakinkan pemain untuk kekal di AC Milan berdasarkan situasi semasa.

Ini ditambah krisis pengurusan melanda mereka. Kapten Alessio Romagnoli dan Giacomo Bonaventura antara pemain yang sedang diintai oleh Barcelona dan Atletico Madrid.

Bagaimanakah masa depan dua pemain AC Milan dan beberapa pemain lain?

AC Milan masih terasa impak dilarang untuk bermain di kejohanan antara kelab Eropah. Di mana mereka terpaksa melepaskan beberapa pemain untuk menstruktur semula gaji para pemain mereka.

Raiola pula dilihat boleh menggunakan peluang ini untuk mengeluarkan Donnarumma dari AC Milan. Selepas gagal melakukannya sebelum ini.