Mino Raiola yakin bahawa Paul Pogba sedia untuk kekal di Man United. Namun beliau mahu memastikan Pogba akan menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi di Old Trafford.
Atau dalam erti kata lain, lebih tinggi daripada gaji Ronaldo.
Ronaldo ketika ini menerima £480,000 seminggu di Old Trafford. Dan Raiola meminta United menawarkan gaji sekurang kurangnya £500k seminggu untuk Pogba.
Raiola sebelum ini pernah mendesak United merombak semula kontrak semasa Pogba selepas mendapat tahu kelab membayar £550k kepada Alexis Sanchez. Kerana menurut Raiola, pemain terbaik di United dan berkelas dunia adalah Pogba. Maka Pogba berhak mendapat gaji, paling tidak, jumlah sama dengan Sanchez.
Situasi itu kemudian reda apabila Sanchez dilepaskan oleh United. Seterusnya kehadiran Bruno Fernandes mungkin menyedarkan Raiola bahawa Pogba bukan pemain terbaik di United walaupun dia sangat cemerlang di Perancis.
Dan kemudian Raiola menangguhkan rundingan lanjutan kontrak Pogba kerana mahu melihat tawaran kepada pemain lain. Dengan hierarki Man United menawarkan £350k kepada De Gea dan kemudian Sancho. Pogba awalnya dijangka akan meminta £400k seminggu.
Namun kemasukan Ronaldo mengubah situasi itu. Kerana Raiola kini mahu kliennya itu dibayar lebih besar daripada Ronaldo. Dan menjadi pemain bergaji tertinggi di United.
Paul Pogba will only stay at United if he's made the highest earner at the club, replacing Christiano Ronaldo. pic.twitter.com/9zEiFZ12wO
— Daily Short (@DailyShort1) November 11, 2021
Raiola mempertimbangkan, Pogba masih berada di usia peak beliau. Pada masa yang sama, Pogba juga menarik kelab kelab besar yang lain seperti Juventus.
Paul Pogba will extend his contract with #mufc but only if he is made the highest-earner at the club following the arrival of Cristiano Ronaldo. [@lequipe]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) November 11, 2021
Beberapa minggu lalu Pogba sendiri sudah membayangkan bahawa beliau mahu terus kekal di United. Lebih lebih lagi beraksi bersama dengan Cristiano Ronaldo.
Raiola memang kerap menimbulkan ketegangan dengan United. Sehinggakan Ole meminta Pogba untuk memberitahu ejennya agar tidak membuat kenyataan media sesuka hati.
Ini selepas Raiola menyatakan bahawa Man United menjadi perosak kepada karier Pogba.
🗣 "As soon as Paul's agent realises this is a team sport, the better."
Ole Gunnar Solskjaer hit back at Mino Raiola in his post-match press conference last night, after Manchester United got knocked out of the Champions League.
More: https://t.co/gZ2uh1Fk3H pic.twitter.com/U0ohz1fmwV
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 9, 2020
Ketika itu Raiola menyatakan: “Letakkan Maradona, Pele atau Maldini di sana, mereka akan rosakkan sesiapa sahaja. Maka mulai hari ini, aku dan serik dah bawa pemain ke United. Paul Pogba perlukan pasukan seperti mana musim pertama dia di Juventus.”
Mino Raiola: "Today, I wouldn't bring anyone there [#mufc], they would ruin Maradona, Pele and Maldini. Paul [Pogba] needs a team and a club like the first season at Juventus." [la repubblica]
— utdreport (@utdreport) December 31, 2019
Mungkinkah United perlu berunding dengan Pogba secara terus tanpa melalui Raiola?
AC Milan membelakangi Raiola
Ini kerana AC Milan baru sahaja berunding dengan kapten mereka. Menurut La Gazzetta dello Sport, Milan sedang berunding lanjutan kontrak Alessio Romagnoli tanpa bercakap dengan ejennya Mino Raiola kerana hubungan mereka selepas pemergian Gigio Donnarumma masih tegang.
Kapten Rossoneri itu, kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini. Dan masih belum ada persetujuan yang dicapai.
Milan tidak dapat memuktamadkan perjanjian €6 juta setahun dan cuba mencapai persetujuan mengenai gaji yang lebih rendah dengan Romagnoli. Ini kerana situasi kewangan Milan menghalang mereka.
Diavoli akan menawarkan Romagnoli kontrak baharu €3.5 juta setahun, tetapi pemain itu mahukan sekurang-kurangnya €4.5 juta.
Rundingan antara kedua-dua pihak sedang berjalan dan La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa gergasi Serie A itu tidak melibatkan Raiola dalam rundingan dan bercakap dengan kapten mereka sahaja.
Bagaimanapun, Raiola mengambil bahagian dalam mesyuarat pada September untuk membincangkan syarat lanjutan Romagnoli.
Hubungan antara ejen dan gergasi Serie A itu masih tegang selepas Gigio Donnarumma keluar pada musim panas.
Il Milan "espelle" Raiola: Romagnoli tratta il rinnovo da solo. Si lavora su Theo, Leao e Bennacer https://t.co/MvbqDwCC21
— La Gazzetta dello Sport (@Gazzetta_it) November 9, 2021
Raiola permainkan AC Milan
Pemain berusia 22 tahun itu tidak menyambung kontraknya dengan Milan dan menyertai PSG secara percuma selepas Euro. Raiola dikatakan antara punca Donnarumma meninggalkan Milan.
Raiola beberapa kali bermain tarik tali dengan Milan. Mujur dia ke PSG. Kalau ke Juventus, kesedihan itu akan bercampur dengan kemarahan.
Donnarumma telah menjadi starter regular Milan sejak debutnya, ketika itu dia baru berusia 16 tahun. Zizang Itali itu telah membuat lebih dari 250 penampilan sejak itu.
Persembahan mengagumkan musim lalu membantu Milan menduduki tempat kedua dalam Serie A, membuatkan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kalinya sejak 2013-14.
Pemain muda itu juga memperoleh penghargaan Penjaga Gol Terbaik liga atas prestasi dan usaha kerasnya.
Super Gigio berkesempatan menjadi legenda di kelab untuk sebaris dengan nama seperti Franco Baresi dan Paulo Maldini tetapi sebaliknya, dia akan meninggalkan kelab itu dengan segera setelah gagal mencapai kesepakatan mengenai lanjutan kontrak.
PSG bersedia menandatanganinya dan pemain berusia 22 tahun dijangka akan diumumkan secara rasmi selepas Euro 2020.
Laporan menunjukkan bahawa kelab Paris itu menyamai permintaan Raiola dengan kontrak €12 juta setahun untuk Donnarumma.
Sesuatu yang tidak sanggup atau tak mampu dilakukan oleh Milan. Rossoneri telah menawarkan Gigio kenaikan gaji €2 juta, dari kontrak €6 juta setahun, kontrak bernilai €8 juta setiap musim.
Sebenarnya Raiola pada awalnya meminta €8.5 juta. Milan menawarkan €8 juta dengan harapan rundingan itu dapat dimuktamadkan. Tetapi Raiola mengejutkan Milan dengan meminta €12 juta selepas itu.
Raiola dapat RM 100 juta
PSG jelas telah memainkan peranan mereka dalam menambah lagi gajinya dan Raiola dilaporkan mendapat komisen €20 juta ataupun sekitar RM100 juta. Angka yang hampir sama dia dapat ketika perpindahan Paul Pogba ke United, yang lebih sedikit daripada angka ini.
Pasti ramai yang akan menyalahkan penjaga gol itu kerana mencari kekayaan melebihi kesetiaan. Sementara ini bukan kali pertama Raiola berjaya menjanjikan tawaran terbaik untuk kliennya. Raiola beberapa kali memainkan sentimen wang bukan segalanya, yang penting kliennya gembira.
Kembali pada tahun 2017, Donnarumma dijangka meninggalkan perpindahan percuma ke Juventus setelah menolak cadangan lanjutan kontrak.
Sebulan kemudian Donnarumma menandatangani kontrak dengan cara kontroversi termasuk meminta Milan memberikan kontrak kepada abangnya.
Raiola juga meminta bayaran agensi sebagai balasan dia telah meyakinkan kliennya untuk terus kekal selain daripada gaji €6 juta semusim untuk pemain berusia 18 tahun itu.
Sementara Raiola memainkan peranan penting dalam memastikan Milan membayar abang Donnarumma iaitu Luca dengan kontrak €1 juta semusim.
Romagnoli sedia kekal
Menurut laporan itu, Romagnoli bersedia untuk kekal di Milan dengan syarat Milan menuruti gaji yang dimintanya.
Namun Raiola masih tetap akan menjadi ejen beliau. Ini yang membuatkan situasi Romagnoli sangat sukar. Raiola sebelum ini dikatakan cuba meyakinkan pemain itu agar menyertai Juventus.
Kelab Turin itu juga cuba menyusun semula struktur gaji. Jika mereka dapat Romagnoli, Juventus boleh melepaskan De Ligt ke kelab lain. Selain daripada dapat mengurangkan gaji, Juve turut mendapat wang perpindahan masuk.
Chelsea antara pasukan yang berminat dengan De Ligt.
Milan sangat terdesak mahukan Romagnoli untuk terus kekal. Ini kerana Milan sudah pastinya tidak dapat berbelanja besar untuk membeli pemain pada kualiti yang sama, dengan harga yang tinggi.
Namun tidak pasti sama ada Raiola akan gembira dengan cubaan Milan berurusan secara terus dengan kliennya itu tanpa melalui dia sebagai ejen.