Raiola Nafi 3+1 Syarat Tak Masuk Akal Diminta Beliau Dan Bapa Haaland Dari Barca

Erling Braut Haaland kini menjadi perhatian dunia. Kerana ejen beliau, Mino Raiola dan ayahnya Alf Inge Haaland dilaporkan sudah berjumpa dengan Barcelona dan Real Madrid bagi berunding untuk potensi perpindahan.

Selain itu, Raiola dan Alf Haaland turut menyusun pertemuan dengan beberapa kelab lain. Laporan dari Barcelona menyatakan bahawa Raiola dan ayah Haaland meletakkan syarat yang boleh dikatakan tidak masuk akal untuk perpindahan pemain tersebut.

Raiola dan Alf tidak membincangkan hal yuran perpindahan. Tetapi mereka fokus kepada bayaran bonus peribadi yang mereka akan dapat serta gaji Erling Braut Haaland.

RAC1 melaporkan, ada tiga syarat utama dan satu syarat tambahan diletakkan Raiola dan Alf Haaland kepada Barcelona.

1. Mino Raiola dapat €20 juta
2. Alf Inge Haaland dapat €20 juta
3. Gaji Haaland €30 juta setahun

Sementara itu ada satu syarat tambahan diletakkan oleh pihak Haaland iaitu memastikan Lionel Messi terus kekal di Barcelona.

Ini bukanlah perkara baharu Raiola meletakkan syarat tidak masuk akal. Namun ada juga kelab yang setuju. Misalnya sebelum ini, Raiola memaksa mana mana kelab yang mahukan Haaland dan juga De Ligt untuk menerima syarat memasukkan klausa pelepasan €150 juta.

Ianya menjadi sebab kenapa United gagal memuktamadkan perjanjian dengan De Ligt. Namun Juventus setuju dengan syarat tersebut. Sementara Erling Haaland turut dimasukkan klausa serupa dengan nilai lebih rendah iaitu €75 juta. Membuatkan beberapa kelab sebelum ini tak setuju.

Dortmund pula setuju dan yakin pemain itu akan kekal lama di kelab itu. Namun situasinya sekarang Dortmund berpotensi menjual Haaland lebih awal kerana jika masuk tahun 2022, klausa pelepasan itu akan automatik teraktif.

Raiola dikenali dengan sikapnya yang suka memasukkan klausa yang memberikan kelebihan berat sebelah untuk ejen. Misalnya Pogba. Di mana sebelum ini Raiola dilaporkan mendapat €25 juta daripada perpindahan itu sebagai bayaran ejen.

Business Insider melaporkan angka itu bertambah lagi berdasarkan beberapa klausa rahsia di dalam kontrak tersebut.

Ia kekal sebagai bayaran paling tinggi diterima ejen daripada seorang pemain sahaja.

Namun Raiola kemudian tampil menyatakan bahawa laporan itu cuma fake news. Dan beliau menegaskan pertemuan dengan Barcelona dan beberapa kelab lain hanyalah berkaitan dengan projek kelab.

Tiada perbincangan harga ataupun komisyen di antara mereka semua.

Berapa agaknya komisyen Raiola kali ini? Jika benda ni jadi nanti.

Sebagai rekod sebelum ini Borussia Dortmund membayar €15 juta kepada Raiola dan €10 juta kepada ayah Haaland.

Baca yang lain