Raiola: Pogba Bukan Harta Kaulah Ole

Mino Raiola sekali lagi cari geruh dengan Manchester United. Kali ini beliau menembak Ole Gunnar Solskjaer pula.

Raiola dalam luahan beliau di Instagram menyatakan bawah Paul Pogba bukan milik sesiapa termasuk dia (Raiola) ataupun Ole.

Raiola bengang dengan Solskjaer yang menyatakan bahawa masa depan Pogba di tangan Manchester United. Dan mahu ejen itu agar lebih bijak dalam berkata kata

Ole sebelum ini mengeluarkan kenyataan: “Saya belum bercakap dengan Mino. Dan tak, saya juga tak bercakap lagi dengan Pogba lagi, supaya dia beritahu Mino, tentang apa perkara yang dia boleh katakan.”

“Paul pemain kami bukan pemain Mino.”

Ole menyatakan demikian selepas Mino Raiola sebelum ini menyatakan dengan terbuka bahawa Paul Pogba mahu pulang semula ke Itali dan menyertai Juventus.

Sambil Mino Raiola menegaskan bahawa Paul Pogba kini sedang terperangkap dengan situasi yang ada di Manchester United.

Dan Raiola menyatakan masa depan Pogba akan diselesaikan selepas tamat musim ini.

Raiola dengan bengang menulis dengan tangan bergetar dan mengetap bibir di IG:

“Paul tu bukan milik saya. Dan sudah pasti bukan harta Solskjaer. Paul adalah Paul Pogba.”

“Kau tak boleh memiliki manusia lain, dan ianya dasar yang sudah lama diamalkan di UK dan di mana mana tempat di dunia ini.”

“Saya harap Solskjaer tak nak menyatakan bahawa Paul adalah tawanan dia.”

“Tetapi sebelum Solskjaer memberikan komen tentang apa yang saya patut kata, adalah lebih baik dia cakap dengan diri sendiri tentang apa isi benda dia nak katakan.”

Raiola kemudian menyatakan bahawa mungkin selama ini beliau terlalu baik dan berlembut dengan Ole.

“Saya rakyat bebas yang boleh berfikir dan menyatakan pandangan saya. Sehingga ke hari ini, saya [rasa] mungkin terlalu baik dengan dia [Ole].”

“Solskjaer patut ingat balik apa benda yang dia cakap dekat Paul, musim panas lalu.”

“Saya rasa Solskjaer mungkin kecewa atas beberapa alasan dan dia campur adukkan isu.”

“Saya rasa Solskjaer ada benda lain yang dia lebih risaukan. Sekurang kurangnya kalau saya di tempat dia, saya akan berasa begitu.”

Paul Pogba kini masih lagi dalam proses rawatan untuk kembali pulih daripada kecederaan.

Pogba terusan dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Manchester United. Raiola seringkali bercakap sedara terbuka tentang masa depan Paul Pogba.

Manchester United kini dalam persaingan untuk menamatkan liga di empat atau lima teratas bagi mara ke liga juara-juara Eropah musim hadapan.

Kehadiran Paul Pogba sangat ditunggu oleh Ole Gunnar Solskjaer bagi membentuk bahagian tengah yang mantap. Lebih lebih lagi kini mereka sudah memiliki Bruno Fernandes.

Namun adakah Pogba akan kekal komited dengan Man United?

Semalam Roy Keane menyuruh Pogba berambus kerana ejen beliau selaku sangat cari gaduh dengan kelab.

Baca yang lain