Raiola Sahkan Haaland Akan Ambil Langkah Seterusnya, Man City Destinasi Yang Mungkin

Ejen Erling Haaland yang terkenal iaitu Mino Raiola berkata terdapat “peluang besar” penyerang itu akan meninggalkan Borussia Dortmund pada musim panas ini dan telah menyenaraikan Manchester City sebagai destinasi kemungkinan untuk penyerang muda sensasi itu.

Pemain berusia 21 tahun itu telah menjaringkan 74 gol dalam 72 perlawanan untuk Dortmund sejak menyertai kelab itu pada Januari 2020.

Haaland dilaporkan mempunyai klausa pelepasan £64 juta dalam kontraknya musim panas ini dan sebelum ini telah menarik minat dari City, Manchester United dan Chelsea.

Ditanya bila langkah Haaland seterusnya, Raiola memberitahu SPORT1: “Mungkin musim panas ini, mungkin musim panas selepas itu. Tetapi ada peluang besar Erling akan meninggalkan musim panas ini. Kita lihat.”

“Dia boleh dan akan mengambil langkah seterusnya dalam kariernya. Bayern, Real, Barcelona, ​​​​City – ini adalah kelab besar yang dia boleh pergi.”

“City telah memenangi kejuaraan lima kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih banyak daripada United [dalam tempoh yang sama].”

Raiola menegaskan bahawa, Dortmund memang sekadar persinggahan kepada pemain itu sebelum melangkah ke fasa karier bersama dengan kelab yang lebih besar.

Dan Raiola turut menyatakan bahawa Dortmund sendiri tahu akan perkara itu.

“Kami semua tahu apabila kami berpindah ke Dortmund bahawa langkah seperti ini akan menyusul.”

Haaland yang dilahirkan di Leeds, yang merupakan anak kepada bekas pemain Man City, Alf-Inge Haaland, mempunyai kontrak dengan pasukan Jerman itu sehingga musim panas 2024, tetapi Raiola mengesahkan pemain Norway itu akan membincangkan masa depannya dengan kelab musim sejuk ini.

Ejen super dari Itali itu berkata: “Kami akan memberitahu BVB [Borussia Dortmund] apa idea kami dan BVB akan memberitahu kami idea mereka. Tetapi tiada keputusan akan dibuat pada musim sejuk ini [hujung tahun ini].”

“Dia seorang yang ingin terus membangunkan dirinya, dan seorang pemain yang sedang mencari cabaran baru.”

“Dan sudah tentu ia juga berkaitan persoalan alternatif. Anda hanya akan berubah fikiran jika anda mempunyai alternatif yang lebih baik.”

Ditanya sama ada Haaland mempunyai klausa pelepasan antara £55m dan £77m, Raiola menjawab: “Apa sahaja dalam kontrak adalah dalam kontrak [sulit dan persendirian]. Itu kekal antara saya dan pemain.”

“Hanya ada dua pihak yang dibenarkan untuk mengatakan sesuatu kepada dunia luar – kelab dan pemain. Saya tidak pernah bercakap mengenai butiran itu. Kami dan Dortmund tahu apa yang perlu berlaku. Kami telah menstrukturkannya dengan sangat jelas.”

“Kontrak atau tidak, kami sentiasa mempunyai komunikasi yang sangat terbuka dengan [Hans-Joachim] Watzke, [Michael] Zorc dan sekarang [Sebastian] Kehl. Kami berurusan dengan satu sama lain secara jujur. Itu lebih penting daripada apa-apa yang ditulis di atas kertas.”

“Kertas hanya ada jika ada masalah yang timbul, maka anda memerlukannya. Tetapi tidak perlu ‘buka’ jika sebaliknya.”

City terlepas peluang mendapatkan Harry Kane sebagai pengganti kepada penjaring terbanyak sepanjang zaman Sergio Aguero pada musim panas lalu, menyebabkan mereka kekurangan pilihan dalam posisi no.9.

Pep Guardiola pernah bertelagah dengan Raiola pada masa lalu dan memberikan jawapan ringkas dan tajam apabila ditanya mengenai kaitan City dengan pemain antarabangsa Norway itu menjelang pertembungan pasukannya dengan Wolves pada hari Sabtu.

Guardiola menegaskan dia tidak mahu menjawab soalan tersebut. Kerana ianya tidak perlu.

“Soalan seterusnya – jangan tanya saya tentang itu. Saya tidak akan menjawabnya,” katanya.

BACA JUGA: Kelab Perlu Sediakan Pakej €400 Juta Untuk ‘Sign’ Haaland, Termasuk €50 Juta Untuk Raiola Dan Ayah Haaland

Kepada pasukan yang berminat mendapatkan Erling Haaland, pemain itu akan memasuki tahun kontrak untuk tahun 2022 yang menyaksikan klausa pelepasan beliau cuma €75 juta sahaja.

Beberapa pasukan sudah mulai mengintai khidmat Haaland sejak sekian lama.

Ianya dianggap klausa yang sangat murah untuk pemain berbakat seperti Haaland. Alasan utama kenapa Man United sebelum ini enggan menerima syarat pelik itu yang diminta Raiola.

Di mana Solskjaer ketika itu dikatakan tidak gembira dengan adanya kluasa pelepasan yang dianggap berat sebelah kepada pemain dan ejennya sahaja.

Solskjaer malah menyatakan, kenapa kelab perlu menandatangani pemain yang sudah memikirkan bagaimana cara keluar.

Raiola sudah pun dihubungi beberapa kelab tentang klausa pelepasan dianggap mampu milik itu.

Tetapi untuk mendapatkan Haaland, sesebuah pasukan itu perlu menyediakan kontrak dan bayaran ejen yang menelan kos keseluruhan €400 juta. Ini kerana Raiola meminta €70 juta semusim untuk pemain itu selama 5 tahun.

Sebelum memasuki tahun 2022, klausa tersebut tidak aktif. Jadi, Borussia Dortmund memiliki kawalan ke atas harga Haaland. Difahamkan CEO Borussia Dortmund, Hans Joaquim Watzke, pernah meminta sekurang kurangnya €100 juta untuk Haaland.

Itu pun selepas pandemik melanda, dengan mengambil kira kewangan kelab kelab Eropah. Chelsea, Real Madrid dan Manchester City, kesemuanya dikaitkan dengan Haaland.

Tetapi selepas itu, Borussia Dortmund menolak untuk berunding dengan mana mana kelab selepas penjualan Jadon Sancho. Di mana mereka tidak terdesak untuk mendapatkan wang.

Leipzig sebelum ini mendapatkan Haaland dengan harga murah €20 juta. Namun mereka perlu menerima syarat khas daripada Raiola.

Kini Raiola sudah sedia untuk membantu pemain itu mendapatkan kelab baharu. Dikatakan Haaland sangat tertarik untuk beraksi di England.

Raiola menjelaskan beliau hanya akan memilih pasukan yang berpotensi memenangi kejuaraan untuk Haaland. Selain itu pasukan itu juga harus menyediakan draf perancangan karier yang boleh membantu Haaland memenangi Ballon d’Or.

Dari segi gaji, Raiola mahu Haaland dibayar sekurang kurangnya €25 juta semusim selepas cukai. Bermakna, sesebuah kelab itu perlu menyediakan €50 juta gaji kasar kepada Haaland, sebelum cukai. Kali (darab) dengan 5 tahun, gaji Haaland sahaja akan menelan kos €250 juta ditambah dengan yuran perpindahan dalam €100 juta.

Walaupun Haaland ada klausa perpindahan €75 juta, namun Raiola dikatakan sedia untuk membantu Borussia Dortmund mendapatkan €100 juta sebagai tanda terima kasih kepada kelab itu yang telah membantu menaikkan Haaland dan pemain itu sangat selesa sepanjang di sana.

Bermakna gaji setahun ditambah dengan yuran perpindahan Haaland sahaja sudah memakan €350 juta dikeluarkan pada tahun pertama. Purata €70 juta semusim dibayar untuk Haaland sahaja.

Ke mana €50 juta lagi? Ianya akan menjadi milik Raiola dan ayah Haaland. Sebelum ini Raiola mendapat €14 juta dan ayah Haaland mendapat €7 juta. Dengan perpindahan ke kelab yang akan datang, Raiola dijangka akan mendapat €35 juta dan ayah Haaland akan mendapat €15 juta – daripada pecahan tersebut.