TERKINI: Raiola Sahkan Pogba Mahu Berambus Dari United Dan Pulang Ke Juventus Selepas Euro

Ini bukanlah pertama kali sebenarnya, Mino Raiola memberitahu bahawa klien utama beliau – Paul Pogba – mahu meninggalkan United.

Sedangkan beberapa bulan lalu, beliau menyatakan Paul Pogba hanya fokus untuk kariernya di United walaupun ada minat daripada kelab lain.

Dan benda ni biasanya berlaku, lebih-lebih pada bulan bulan begini. Bulan 3 atau bulan 10, sebelum jendela perpindahan dibuka.

Pogba nak balik

Terbaru Mino Raiola memberitahu wartawan bahawa, Paul Pogba mahu kembali ke Itali dan meninggalkan United.

Pogba sudah menganggap Itali sebagai rumahnya. Dan beliau mahu pulang semula ke Juventus, selepas pulang semula ke Man United.

Pogba ni, pusing-pusing dua kelab ni je ke?

Paul Pogba dikehendaki banyak pasukan termasuk Real Madrid. Namun beliau sudah menegaskan bahawa, beliau hanya mahu pulang ke Juventus.

Raiola menjangkakan Paul Pogba akan meninggalkan Man United selepas tamat Euro.

Dan juga, super agent itu mendedahkan bahawa Paul Pogba kini terperangkap / stuck dengan Manchester United.

Juventus pilihan Pogba

Kenyataan itu dibuat beberapa bulan selepas Raiola menuduh Man United perosak karier Pogba. Raiola merasakan Pogba mahu ke Juventus kerana tidak yakin dengan pembangunan karier di Man United.

Dipetik daripada sumber Fabrizio Romano, Mino Raiola menyatakan: “Pogba ke Juventus? Itali ni dah macam rumah Paul.”

“Dia [Paul Pogba] mahu kembali semula ke Juventus.”

“Namun kita [hanya] akan melihat benda tu direalisasikan selepas tamat Euro.”

“Pogba mahu bermain di peringkat tertinggi yang dia mampu. Namun Pogba tidak boleh keluar daripada Man United, jika mereka berterusan dalam keadaan yang sukar.”

Paul Pogba kini sedang dalam proses akhir untuk pemulihan untuk kembali cergas sepenuhnya.

Ole masih sayangkan Pogba

Ole Gunnar Solsksjaer sudah menyatakan pemain itu merupakan antara pemain utama dalam projek beliau. Malah Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan membeli Bruno Fernandes kerana mahu membantu ‘unlock’ yang terbaik daripada Paul Pogba.

Namun situasi di Man United pula kerap diganggu oleh hubungan dingin di antara Man United dengan Mino Raiola.

Sikap Pogba

Selain itu, sikap Paul Pogba sendiri kerap membuatkan penyokong United kecewa. Beliau seringkali meluahkan perkara yang mengguris perasaan.

Pogba antara pemain tengah terbaik di dunia pada ketika ini. Musim lalu, beliau pernah meminta Mino Raiola untuk cuba mendesak perpindahan ke Real Madrid.

Hal ini membuatkan Jose Mourinho bengang. Pogba juga sangat berpengaruh di bilik persalinan. Sehinggakan beliau digelar virus oleh Jose Mourinho.

Kemudian, Pogba meminta agar Man United menaikkan gajinya, merombak kontrak yang sedia ada, bukan lanjutan ye. Biasanya nak naik gaji ni masa extend kontrak.

Kes Pogba pula, Mino Raiola meminta rombakan kontrak dan menjadikannya pemain bergaji paling tinggi di dalam pasukan, ataupun at least sama dengan Alexis Sanchez.

Ini kerana menurut ejen Mino Raiola, pemain terbaik dalam pasukan haruslah menerima gaji tertinggi.

Hotak dia punya teori la. Kalau macam tu ramai pemain muda yang terbaik di dalam setiap pasukan patut dapat gaji lebih besar kan?

Baca yang lain