Raiola Sindir United Sekali Lagi

Nampaknya, Mino Raiola benar-benar marah dengan Man United. Dan beliau sekali lagi menyindiri bekas ‘rakan’ beliau itu.

Sebelum ini Man United pernah menjadi lubuk duit kepada Mino Raiola. Namun perubahan dasar ke atas Raiola telah membuatkan ejen itu gagal untuk menjual dua pemain ke United, iaitu Matthijs De Light, serta Erling Braut Haaland.

Alasan kegagalan rundingan dua pemain itu, dilaporkan sama. Iaitu usaha orang tengah / ejen yang cuba untuk memasukkan klausa pelepasan yang rendah daripada sepatutnya.

Namun begitu, Raiola menyatakan bahawa, Erling Haaland yang menolak Man United. Menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau sebagai punca kegagalan perpindahan pemain remaja sensasi itu ke United.

United menyatakan sebelum ini, usaha Raiola untuk memasukkan klausa pelepasan adalah punca kenapa perbincangan dengan ejen itu dihentikan.

Ole Gunnar Solskjaer juga menegaskan bahawa, dalam perbincangan seperti itu, segalanya serba rumit dan melibatkan banyak proses.

Ada sesetengah perkara perlu dipertimbangkan sedalamnya. Dan Ole menyatakan bahawa, Man United yang menamatkan usaha itu, bukannya pihak Erling Haaland.

Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. PA Photo. Picture date: Wednesday January 22, 2020. See PA story SOCCER Man Utd. Photo credit should read: Martin Rickett/PA Wire. RESTRICTIONS: EDITORIAL USE ONLY No use with unauthorised audio, video, data, fixture lists, club/league logos or “live” services. Online in-match use limited to 120 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.

Solskjaer menyatakan, mereka mahu kawalan penuh ke atas barang yang mereka beli.

Raiola yang bengang, terus menuduh Ole sebagai berbohong. Sebaliknya menurut Raiola, Erling Haaland sendiri yang memilih untuk ke Dortmund kerana tak mahu kariernya musnah.

Malah Raiola menjadikan Paul Pogba sebagai contoh. Pemain yang gagal membangun di Man United. Dan Raiola memberikan perbandingan, berikan United Maldini, Maradona mahupun Pele sekalipun, semua mereka akan mengalami perkara yang sama seperti Pogba.

Dan kemudian Mino Raiola berjanji tidak akan membawa masuk mana-mana pemain lagi ke Man United.

Erling Haaland kini sudah menjaringkan 8 gol dalam 4 penampilan beliau bersama dengan Borussia Dortmund.

Lalu Raiola sekali lagi menyindir United, yang gagal mendapatkan penyerang berprofil tinggi. Tetapi terpaksa mengambil Ighalo secara pinjaman.

“Saya sibuk dengan Erling Haaland hampir setahun. Ayahnya juga ikut terlibat. Saya ada berbincang dengan banyak pasukan, mendengar apa perancangan mereka, dan melihat apa yang ditawarkan dakam negosiasi. Saya kemudian menerangkan kepada Haaland.”

“Hal-hal seperti ini yang membuatkan Erling Haaland mampu untuk membuat keputusan dan pertimbangan yang sangat baik,” kata Raiola kepada Daily Mail.

Raiola gembira kerana Erling Haaland berjaya mempertimbangkan tawaran terbaik, dan menolak tawaran lumayan dari pasukan seperti Man United. Ini semua adalah demi kariernya.

Manchester United sebelum ini banyak sekali bekerjasama dengan Mino Raiola termasuk dalam pembelian Paul Pogba, Henrik Mkhitaryan, Romelu Lukaku (kini dah bertukar ejen) dan Zlatan Ibrahimovic.

Paling padu, Raiola dilaporkan berjaya menjana £20-25 juta hasil daripada perjanjian Pogba dari Juventus ke United. Rekod terbesar pernah diraih oleh ejen dalam penjualan pemain setakat ini.

Baca yang lain