Raja Bomoh Mahu Memagar Bumi Dari Ancaman Covid-19

Penularan Virus Covid-19 di Malaysia sudah berada di tahap yang kritikal selepas mencatatkan 10 kematian mengikut laporan terbaru dari KKM jam 6 petang 22/03/2020.

Untuk hari ini saja sudah 123 kes baru telah dilaporkan menjadikan 1,306 kes secara keseluruhannya.

46 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dan 139 dari pesakit sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari Hospital.

Kadar peningkatan dari segi kematian amat membimbangkan seluruh negara dan semua masyarakat sangat berharap
penularan virus Covid-19 ini dapat dibendung.

Namun sebalik pengharapan itu, rakyat sendiri seharusnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan dengan duduk diam dirumah dan tidak keluar jika tiada urusan mustahak.

Pengawalan pergerakkan ini diadakan bertujuan untuk membendung dari virus ini terus menjangkiti yang lain dan mengawal kadar penularan virus Covid-19 itu.

Walau ada segelintir rakyat yang masih belum memahami dan tidak sepenuhnya mengikuti saranan pihak berkuasa

sama-sama kita berpesan-pesan agar seluruh rakyat Malaysia boleh bersatu membendung penularan virus ini.

Dalam pada semua masyarakat bimbang dengan penularan virus ini, muncul satu sosok yang kononnya mahu melindungi bumi Malaysia menggunakan ilmu miliknya.

Sosok itu bernama Ibrahim Mat Zain yang mahu dikenali sebagai Raja Bomoh Malaya.

Ibrahim satu masa dahulu pernah muncul sebagai seorang bomoh versi koperat yang kononnya boleh mengembalikan MH-370.

Beliau sangat terkenal dengan alatan perubatannya yang pernah tular satu ketika dulu seperti tikar, kelapa dan teropong.

Macam-macam cara dia guna barang-barang tu, teropong sini sana, duduk bersila atas tikar seolah tikar itu adalah tikar terbang.

Beliau juga pernah hendak menampar seorang ahli politik dengan gerakkan penampar buaya. Hebat bukan?

Kini beliau muncul kembali kononnya mahu memagar bumi Malaysia agar dibendung dari Virus Covid-19.

Dengan memegang helaian daun tapi tak pasti daun apa, beliau mengetuk globe sambil berkata:

“Saya Dato Ibrahim Mat Zain Raja Bomoh berusaha dan bertanggungjawab kerana saya rakyat Malaysia, tanah tumpah darah saya, saya berusaha menyelamatkan seluru umat manusia supaya terus sihat.”

“Atas sifat kemanusiaan saya akan bantu semua umat manusia seluruh dunia untuk hidup sihat sentiasa.

Beliau turut menyokong usaha kerajaan melaksanakan pengawalan pergerakkan dan menyeru semua umat manusia di Malaysia agar duduk diam di rumah dan tidak keluar.

Selebihnya korang tengok lah sendiri ritual dia mencuba untuk selamatkan bumi. Apa agaknya perasaan bomoh planet lain tengok situasi ini?

Baca yang lain