Rakyat Argentina Kecam Tindakan Selfie ‘Thumb Up’ Dengan Mayat Maradona, Pelaku Berdepan Saman

Ejen dan peguam Diego Maradona telah mendakwa dia akan mengambil tindakan undang-undang setelah ‘selfie pengebumian’ yang menjijikkan diambil ketika pengembumian legenda.

Sementara itu pihak yang ‘bersalah’ sudah memohon maaf di atas kesilapannya. Di mana tindakan mereka membuatkan rakyat Argentina dan peminat Maradona di seluruh dunia merasa marah.

Legenda bola sepak, Maradona, yang dianggap salah seorang terhebat sepanjang zaman, dan meninggal dunia ketika berusia 60 tahun, dengan ribuan penghormatan di Buenos Aires pada hari-hari berikutnya.

Dua hari selepas kematiannya, seorang pekerja rumah pengebumian dipecat setelah selfie yang diambilnya dengan mayat Mardona dengan keranda yang terbuka.

Peguam Maradona, Matias Morla, ada pesanan buat lelaki tersebut: “Demi ingatan kepada rakan saya, saya tidak akan berehat sehingga dia membayar kemarahan ini.”

Seorang ayah dan anak lelakinya mengambil gambar dengan ‘thumb up’, aksi yang sama dilakukan oleh pelaku sebelum ini.

Tindakannya dianggap tak sensitif dan tidak menghomarto kelarga si mati.

“Kami bersiap-siap untuk membawa Diego [untuk dikebumikan], dan anak saya, dia seorang anak muda yang biasa membuat tanda thumb up ketika mengambil fotonya,” kata Claudio sambil meminta maaf. Sambil mejelaskan tanda thumb up daripada anaknya itu tidak membawa maksud negatif kepada si mati.

“Saya meminta pengampunan daripada semua orang. Saya pernah bekerja untuk ayah Maradona dan kakak iparnya.

“Saya pernah dekat dengan Diego ketika dia masih hidup. Saya tidak akan pernah tidak menghormatinya — ketika dia masih hidup kerana dia adalah idola saya dan itu bukan niat saya setelah dia meninggal.

“Saya tahu banyak ramai merasa tersinggung dan telah mengecam perkara ini dengan teruk sekali. Saya tahu ini membuat mereka kecewa.”

“Saya meminta mereka semua untuk memaafkan kami.”

Morla pada mulanya menyiarkan gambar lelaki pertama yang ditunjukkan dengan gambar Maradona di keranda di media sosial, yang menyatakan bahawa nama lelaki itu adalah Diego Molina, sebelum gambar kedua muncul.

Sejak itu Molina dituduh melakukan salah laku dalam tugasannya, dan menerima banyak ancaman bunuh dari peminat Maradona atas tindakannya

Matias Picon, pemilik rumah pengebumian tempat kesemua mereka bekerja, berkata, “Ayah saya berusia 75 tahun dan dia menangis. Saya menangis. Abang saya juga menangis. Kita semua hancur.”

Picon juga mendedahkan dia menelefon mantan isteri Maradona, Claudia Villafane mengenai kejadian itu, sambil menambah, “Dia [Claudia] sangat marah dan mengatakan kepada saya bahawa tidak semestinya terjadi dan ini bukan foto yang mereka mahukan.”

“Saya menjelaskan apa yang telah terjadi dan meminta maaf.”

Baca yang lain