Rakyat Kanada Gulingkan Patung Ratu Victoria & Eliazabeth II Pada Hari Kemerdekaan Kanada

Di Kanada satu protes dilakukan oleh rakyat mereka, membantah layanan teruk kepada kanak kanak peribumi ataupun orang asli di sana.

Protes itu dilakukan pada Hari Kanada ataupun hari kebangsaan mereka. Satu perhimpuan berlangsung di Winnipeg, Manitoba – di mana ramai turun melakukan protes ke atas sistem sekolah.

Di mana kanak kanak peribumi Kanada telah dizalimi sekitar kurun ke-19 dan 1970-an.

Tugu Ratu Victoria dan Ratu Elizabeth II telah dirobohkan dan ditarik sehingga menyembah bumi. Ini kerana sistem persekolahan satu ketika dahulu yang cuba menghakis budaya asal masyarakat asli Kanada.

Anak peribumi Kanada diminta bersekolah di sekolah mubalig Inggeris dan dilarang bercakap dalam bahasa ibunda mereka jika mereak mahu berasilmilasi dengan penduduk Kanada yang lain.

Ramai anak perempuan yang dirogol, ramai juga kanak kanak yang didera, sama ada secara fizikal dan mental melalui kata kata kesat. Kesannya, kira kira 6,000 orang mati kerana penyeksaan tersebut.

Lebih 150,000 kanak kanak dipaksa bersekolah di institusi tersebut yang dibuka ketika pemerintahan Ratu Victoria. Dan akhirnya ditutup pada 1970-an.

Rabu lalu merupakan hari kebangsaan Kanada, yang menandakan kemerdekaan mereka sebagai sebuah negara. Lebih mengejutkan terdapat hampir 1,000 kubur di sekolah tersebut yang tidak beridentiti di sekolah British Columbia serta Saskatchewan.

Ketika tunjuk perasaan, penunjuk perasaan melaungkan: “Tiada yang harus dibanggakan kepada genosid [genocide – pembersihan etnik] sambil tugu Ratu Victoria dan Ratu Elizabeth II dipijak dan disimbah cat. Kemudian mereka menggulingkan patung tersebut sebagai simbolik kepada penggulingan ke atas bangsa kolonial.

Satu plakad bertulis: “Kami dulu kanak-kanak, bawa mereka pulang”.

Tidak lama selepas itu, sebuah monumen monarki yang ada sekarang ditarik oleh para penunjuk perasaan.

Laporan tempatan mengatakan bahawa seorang lelaki ditangkap, tetapi ini nampaknya tidak berkaitan dengan patung yang dirosakkan.

Pada hari Rabu, sebuah kumpulan orang asli Kanada mengatakan bahawa mereka telah menjumpai 182 tulang manusia di sebuah bekas sekolah yang dikendalikan oleh Geraja Katolik dekat Cranbrook, British Columbia dan kubur itu tidak bertanda.

Berikutan penemuan itu, Jason Louie dari Lower Kootenay Band memberitahu CBC Radio: “Ayuh macamana kita nak sebut perkara ini apa sebenarnya. Ini pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk asli.”

“Nazi pun [diminta] bertanggungjawab atas kejahatan perang mereka,” tegas beliau yang mempersoalkan, adakah mereka ini akan diadili selepas ini?

“Saya tidak melihat ada perbezaan dalam mencari para ahli agama dan biarawati dan saudara-saudara yang bertanggungjawab atas pembunuhan besar-besaran ini untuk dipertanggungjawabkan atas peranan mereka dalam kejahatan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang asli ini.”

Suruhanjaya Kebenaran dan Pendamaian Kanada pada tahun 2015 menyebut sistem sekolah berasrama pada era itu sebagai “genosid budaya”.