Rakyat Madrid Mahu Laksanakan Dasar Cukai Baharu, Mbappe Law Yang Mirip Beckham Law

Kerajaan tempatan Madrid kini sedia untuk membahaskan undang undang cukai baharu untuk diwartakan di Parlimen negara itu.

Ini selepas Kylian Mbappe secara rasminya menyertai Real Madrid. Sebelum ini Sepanyol mewartakan akta cukai baharu digelar Beckham Law yang kini sudah dimansuhkan. Di mana ianya adalah cukai yang membolehkan pemain bintang dari luar negara menikmati kadar cukai lebih rendah daripada sebelumnya.

Ketika itu, Sepanyol mahu menarik lebih ramai pemain bintang luar datang ke La Liga. Salah satu sebab pemain tak suka bermain di Sepanyol adalah kadar cukainya terlalu tinggi untuk pemain asing.

Dan pada masa yang sama, peraturan cukai di negara itu sangat rumit. Ramai pemain seperti Messi, Ronaldo, Alonso malah pengurus seperti Mourinho pernah bersalah kerana kesalahan cukai.

Biasanya ia melibatkan cukai pendapatan di luar negara Sepanyol. Di mana kerajaan Sepanyol masih mahu menuntut cukai tersebut walaupun Abang Do membuat penggambaran dan membuat job dengan penaja di Amerika sekalipun, itu contoh.

Kini kerajaan tempatan Madrid, mahu mewujudkan Kylian Mbappe Law selepas pemain itu menyertai Real Madrid dari PSG.

Peraturan cukai itu akan membolehkan Mbappe dikenakan cukai ke atas warga asing yang bekerja di Madrid pada kadar lebih rendah.

Sebelum ini Madrid mengenakan cukai tinggi kepada warga asing asing dan pelabur yang melabur dan meraih hasil pendapatan luar biasa di Madrid.

Mbappe Law ini mirip kepada Beckham Law yang diperkenalkan pada 2005. Di mana ketika itu Beckham Law mengenakan cukai tetap 24% sahaja tidak kira berapa jumlah pendapatan mereka.

Menurut Mundo Deportivo cadangan ini kini akan dibawa ke Dewan Perhimpunan Madrid untuk diwartakan.

Cadangan itu akan melibatkan pembayar cukai dari kalangan warga asing, termasuk pelabur warga asing baharu yang akan menikmati kadar potongan cukai yang baharu.

Seterusnya, golongan ini, termasuk Mbappe tidak akan dikenakan cukai jika membeli rumah di Madrid. Sebelum ini ramai pemain asing sukar membeli rumah di Madrid untuk tempoh lama.

Namun begitu, profesor di Universiti Rovira i Virgili, berpendapat, cukai baharu yang mahu dikuatkuasakan itu akan menjadikan Madrid sebagai syurga baharu buat pembayar cukai dari kalangan orang asing. Dan ianya akan lebih mengkayakan orang luar, berbanding manfaat kepada komuniti Madrid itu sendiri.

Sebagai tambahan, gaji tahunan Mbappe adalah sekitar  £12.8 juta selepas cukai. Dan ianya kurang  £8 juta berbanding yang dia dapat di Real Madrid.