Walaupun orang Malaysia dari berbilang bangsa dan agama seringkali bergaduh manja di ruangan komen facebook dan media sosial lain, namun ia bukan cerminan sebenar orang Malaysia di alam nyata.
Malaysia masih lagi ternyata negara contoh di Asia apabila isu perpaduan dibangkitkan.
Slogan kita jaga kita ini sebenarnya bukan sekadar retorik kosong. Berikut adalah beberapa peristiwan yang membuktikan slogan #KitaJagaKita adalah pratikal di dalam kehidupan seharian orang Malaysia.
Sebuah portal bernama Mashable SEA [Southeast Asia] yang diakses jutaan pembaca di Asia Tenggara – telah berkongsi beberapa peristiwa yang membuatkan Malaysia adalah contoh kepada dunia semangat saling tolong menolong ketika darurat kesihatan COVID-19.
Here's a pick-me-up in case you need one, Malaysia. 🤗#coronavirus #COVID19#Malaysia https://t.co/m0Yz4U7Cv9
— Mashable Southeast Asia (@MashableSEA) March 27, 2020
COVID-19
Covid-19 telah membuatkan negara kita dalam kesulitan. Namun kita semua berjuang bersama-sama untuk keluar daripada wabab ini seperti mana masyarakat lain di dunia.
Malaysia sudah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, sehingga 14 April 2020. Ianya dilanjutkan daripada tarikh sebelumnya.
Ketika berdepan dengan krisis kesihatan ini, amatlah penting untuk kita saling menyokong dan tolong menolong di antara satu sama lain.
Berikut adalah beberapa peristiwa yang menunjukkan betapa mulianya hati rakyat Malaysia dan saling berganding bahu; berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
Pemuda bagi makan anjing
Seorang pemuda Melayu bernama Muhammad Faiz telah berkongsi detik beliau memberikan anjing jirannya makan.
Faiz percaya jirannya ada masalah untuk balik awal mungkin kerana tersekat Singapura.
Lalu beliau pergi ke rumah jirannya dan memberikan anjing itu makanan dan air.
Jika korang lihat reaksi anjing itu, iya kelihatan kenal dengan Muhammad Faiz dan tidak menyalak langsung.
Sebenarnya Faiz mendedahkan anjing tu dulu tak boleh nampak beliau langsung. Namun hubungan tercipta ketika sedang susah ni.
Faiz dalam statusnya berkata: “Jiran depan rumah aku rasanya terkandas dekat SG, tak dapat Balik…. Sehari dua kali aku bagi makan anjing peliharaan dia ni.”
“Dulu tengok aku pun tak boleh, sekarang manja yang amat-amat.”
“Update : Air jangan risau, kawan dah sediakan. Cuma xde dalam video!”
Dermawan di Sibu, Sarawak
Seterusnya, di Sibu Sarawak, ada dermawan yang mendermakan alat pengesan COVID-18 kepada Hospital Sibu.
Kos alatan tersebut adalah US$34,062 atapun lebih RM147,400.00.
Penderma tersebut menyerahkan sumbangannya kepada Timbalam Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak – Dr Annuar Rapa’ee.
Siapa nama penderma? Beliau tak mahu namanya didedahkan.
Mesin tersebut adalah ‘Real Time Polymerase Chain Reaction (PCR) Detection System’, dan ianya mampu meningkatkan lagi kecekapan petugas hospital untuk mengesan COVID-19.
Polis baik hati
Di Johor, laman facebook Polis Johor berkongsi kisah dua anggota polis membantu satu keluarga yang kesusahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut laman tersebut: “Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan.”
“Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.”
“Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.”
“Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik. Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja.”
“Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.”
“Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.”
Kisah petugas perubatan bersara kembali
Mendengarkan berita ramai petugas kesihatan yang ada dijangkiti oleh COVID-19. Dilaporkan seramai 3,000 pesara daripada kalangan bekas petugas perubatan memohon untuk kembali membantu.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan mereka akan memulakan tugasan di 44 buah hospital awam di seluruh negara.
#AGENDA #JENAYAH 3,000 pesara perubatan kuatkan barisan hadapan rawat pesakit Covid-19 https://t.co/kY8omEUxWl pic.twitter.com/bmsmaiBZ5P
— Media Selangor (@Media_Selangor) March 26, 2020
Malaysia adalah Malaysia
Sebenarnya banyak lagi kisah orang Malaysia yang saling berganding bahu dalam menjaga satu sama lain ketika berhadapan dengan darurat kesihatan COVID-19 — seperti yang diisytiharkan oleh WHO.
Teruskan semangat saling bantu membantu sesama kita semua tanpa mengira latar belakang, darjat, agama dan bangsa.
Ini buktik bahawa Malaysia masih Malaysia yang dikenali oleh dunia luar, yang terkenal dengan semangat perpaduan di antara rakyat berbilang kaum.