Rakyat Malaysia Pertahan Maruah Negara Dan Permaisuri Agong Yang Dihina Di Twitter

Jika sebelum ini tentera bawang berperang di facebook ahli politik Taiwan, kali ini mereka ada misi lebih besar.

Ini apabila sebuah akaun Twitter dengan akaun Imam Of Peace telah memuat naik propaganda dan fake news tentang Malaysia, sambil menghina permaisuri Agong.

Imam of Peace menulis: “Permaisuri Agong Malaysia adalah wanita paling hipokrit di Asia.”

“Masak untuk frontline ketika wabak koronavirus.”

“Dia akan sanggup memenang sudu untuk kamera tetapi tak bercakap sepatah apa pun tentang wanita Malaysia dan gay yang disebat, dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah.”

https://twitter.com/Imamofpeace/status/1245245026788990978

Kenyataan itu amat mengejutkan ramai pihak.

Ayam: “Gambar pertama itu bukan dari Malaysia la dumd****. Itu gambar di Indonesia.”

“Malaysia mana pernah hukum sebat orang di khalayak. Dan tak ada lagi hukuman mati dijalankan di Malaysia di bawah undang undang Syariah hanya kerana kesalahan gender dan orientasi seksual,”

Mus kekal di rumah: “Ini sangat tak betul. Berhentilah menyebarkan khabar angin. Kau bukan duduk di Malaysia pun, dan tak tahu langsung tentang permaisuri yang kami kasihi. Di Malaysia kami panggil ni fitnah akhir zaman.”

Pakai akal: “Saya duduk di Malaysia dan ini bohong dan mengarut. Malaysia lebih lenient berbanding dengan Singapura berkaitan hal hom*sksual. Dan tiada lagi kes h* ni dihukum bunuh. Ini penipuan secara langsung.”

“Malaysia berada di ranking ke-16 negara paling aman menurut Global Peace Index.”

https://twitter.com/slimshadyrap98/status/1245250799933853697

Rimau: “Imam palsu kantoi menggunakan gambar daripada negara lain untuk penceritaan kebenciannya.”

“Paling hipokrit! Report akaun ni.”

Lisa: “Pertama sekali, semak fakta dulu. Seperti dinyatakan oleh ramai orang, gambar itu bukan dari Malaysia, ianya dari Indonesia.”

“Malaysia dan Indonesia dua negara berbeza. Awak gagal geografi ke masa sekolah dahulu?”

Khalid: “Apa jenis Imam kedamaian ni menuduh orang hipokrit tanpa usul periksa? Kau pernah pergi sana [Malaysia] ke? Malah kau tak ada data langsung tentang apa yang kau kata dan semuanya tak betul.”

“Ini bukan sahaja bercanggah dengan Islam, ini satu hasutan dan tidak boleh diterima oleh manusia normal.”

Rita: “Saya tak peduli dah apa dia kata. Tetapi hari ni dia melampau sangat sampai mengutuk monarki kami.”

Macam biasalah, Mak Kau Ijau kena ada kan.

Berdasarkan pemantauan, akaun tersebut miliki Imam Tahwidi yang kini berpangkalan di Australia. Dia berasa dari Iran dan berfahaman Syiah.

Malah di Australia, sebuat portal abc.net – di sana melabel Tahwidi sebagai Imam Fake.

Ramai yang sangat kecewa dengan penyebaran berita tidak tepat tentang Malaysia dan penghinaan ke atas institusi diraja Malaysia.

Apa yang pasti Permaisuri Agong kita antara yang paling rendah diri dan sentiasa meyayangi rakyat jelatanya tak kira bangsa dan agama.