Korang pernah terminum air laut? Masin dia lain macam kan. Di Thailand sekarang mereka sedang minum air laut dekat air paip diorang.
Ini kerana Thailand sedang kemarau teruk. Dan ianya paling teruk dalam tempoh 40 tahun.
Fenomena ini sedang berlaku di Bangkok,di mana Sungai Chao Phraya menjadi cetek, ianya telah memerangkap air laut yang pasang di dalamnya dan tidak dapat mengatasi kepekatan air laut tu tadi.
Ketua Jabatan Meteorologi Thailand, Surapong Sarapa, bercakap kepada Bloomberg: “Kemarau telah melanda Thailand pada awal tahun ini, dan ia menjejaskan kedua-dua air untuk kegunaan pertanian, dan juga untuk air minum.”
“Lebih banyak bahagian negara ini akan terjejas dan terkena selepas ini.”
Kerisauan utama Thailand adalah kesan kepada pertanian. Ia akan memberikan impak kepada 11 juta petani di negara mereka. Sekaligus menjejaskan ekonomi Thailand.
Ketika ini kerajaan Thailand sedang giat mengingatkan rakyatnya untuk menjimatkan penggunaan air.
Sebanyak $198 juta ataupun sekitar RM803 juta telah diperuntukkan kepada pusat air untuk membantu masalah kekurangan air ini.
Thailand bukan satu-satunya negara yang mengalami masalah perubahan iklim. Indonesia mengalami banjir pada awal 2020 Sementara itu, hutan masih terbakar di Australia.
Semoga segalanya akan kembali pulih selepas ini.
Sumber: Mashable