Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich.

Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu gagal memujuk Xabi Alonso menyertai mereka.

FA Austria sendiri sudah memberikan kebenaran untuk Bayern dan Rangnick berunding.

Rundingan antara kedua dua pihak berlaku. Dengan Rangnick dilaporkan meminta kawalan penuh dalam perpindahan pemain.

Perkara itu sukar diberikan Bayern yang sudah lama mengamalkan polisi, di mana pengarah sukan berhak campur tangan dalam jual beli pemain.

Kuasa yang diminta Rangnick itu akan membuatkan Pengarah Sukan Baharu Bayern, Mark Eberl dan Christoph Freund dikurangkan kuasa mereka dalam perpindahan.

Sedangkan sebelum ini Bayern melantik 2 individu tersebut untuk membantu dalam pembelian dan penjualan pemain dengan kuasa yang besar diberikan kepada mereka, sama seperti Pengarah Sukan sebelum ini.

Rangnick menyatakan bahawa dia tidak mahu dipengaruhi oleh Pengarah Sukan dalam isu pengurusan pemain. Rangnick sendiri merupakan antara Sporting Director unggul dalam sejarah Eropah. Dia memiliki jaringan scouting yang sangat besar.

Rangnick sebelum ini pernah menjadi pengurus dan pengarah sukan di RB Leipzig dan RB Salzburg serta di Hoffenheim. Jika Bayern menerima permintaan ini, barulah Rangnick sedia berunding ke fasa seterusnya.

Masalahnya, ianya konflik dengan polisi Bayern. Di mana Pengarah Sukan dan CEO seringkali campur tangan dalam urusan jual beli pemain. Beberapa tahun lalu, Hansi Flick dengan terbuka mengkritik kuasa Sporting Director di Bayern yang terlalu kuat dalam campur tangan untuk jual beli pemain.

Ketika itu Pengarah Sukan Bayer ialah Hasan Salihadmidzic. Flick kemudian memutuskan untuk meninggalkan Bayern walaupun memenangi treble bersama mereka.

Musim panas lalu, Tuchel menyindir pengurusan tertinggi Bayern bahawa dia tidak begitu tahu siapa pemain yang akan keluar masuk. Kerana dia perlu melalui banyak prosedur untuk meminta pemain yang dia mahukan.

Selain itu, kuasa pemain senior dan bintang di Bayern juga kerap mempengaruhi Pengarah Sukan mereka dalam membuat keputusan. Membuatkan pengurus kerap berada di pihak yang tidak disokong oleh Pengarah Sukan dalam isu konflik dengan pemain.

Carlo Ancelotti, Julian Nagelsmann antara dua nama yang berdepan dengan masalah ini. Tuchel pun sama. Misalnya dalam konflik dia dengan Kimmich, kelab tidak mahu Tuchel melepaskan atau menjual pemain itu. Tetapi perkara itu menjadi semakin reda kerana, Tuchel akan meninggalkan jawatannya pada akhir musim ini.

Terbaru, BILD mengesahkan bahawa Rangnick akhirnya menolak tawaran daripada Bayern Munich dan memutuskan untuk meneruskan projeknya bersama skuad kebangsaan Austria.

Rangnick menyatakan: “Saya adalah pengurus kebangsaan Austria dengan sepenuh hati saya. Ini bukan kerana penolakan oleh Bayern Munich, namun lebih kepada keputusan demi pasukan dan matlamat kami.”

Sebelum ini Bayern sudah ditolak oleh Xabi Alonso. Kemudian Nagelsmann turut menolak sebarang kemungkinan untuk kembali semula ke Bayern pada musim hadapan setelah dia menerima lanjutan kontrak daripada pasukan Bayern Munich.

Kini Ralf Rangnick pula menolak tawaran mereka.

Â