Ramai Kongsi Gambar Miliki Kotak PS5, Sebenarnya Ini Filternya

Share on facebook
Share on twitter

Semalam media sosial dimeriahkan dengan post kawan kawan korang yang berkongsi gambar kota PlayStation 5 di rumah mereka.

Walaupun konsol permainan generasi terbaru hanya akan dikeluarkan pada 12 November 2020. Lalu, bagaimana mereka memilikinya lebih awal?

Rupa-rupanya, ia adalah filter dari Instagram Stories yang disebut PS5 Box.

Filter IG Stories ini menggunakan teknologi augmented reality (AR) yang dapat memaparkan kotak PS5 yang macam asli dan korang boleh ejas letak di mana mana.

Kesannya, pengikut anda di Instagram dan media sosial yang lain akan tertipu ingatkan korang sudah membeli PS5 terlebih dahulu.

Walaupun gambar AR kotak pembungkusan PS5 kelihatan serupa dengan yang asli, jika anda melihatnya dengan lebih dekat dan lebih terperinci, warna dan ukurannya adalah tak logik.

Ada yang terlalu besar dan ada yang terlalu kecil. Tapi ye la, ramai yang tak terperinci sangat kan dalam bermedia sosial.

View this post on Instagram

Thank you @tlyap for the early Xmas gift..

A post shared by Andrew Chan Lek Ka (@andrewchan90) on

Bagi anda yang ingin kelihatan seperti anda mempunyai PS5 di IG Stories dengan filter unik ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah.

  • Buka aplikasi Instagram, kemudian tekan tab “Your Story”.
  • Pilih filfter dan browse effect
  • Lepas tu taip “PS5 BOX ” dalam carian filter korang
  • Kemudian, ejas la mana mana tempat dan saiz korang nak dan ambil gambar
  • Kirim dan kongsi

Jadi selamat mencuba. Boleh try letak gambar sebesar gajah ni depan rumah korang:

blank

 

Baca yang lain