Ramai Peminat Kecewa Rekaan Dan Harga Jersi Harimau Malaya, Ini Sedikit Perincian Jersi Ini

Share on facebook
Share on twitter

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Nike Malaysia hari ini melancarkan jersi baharu skuad Harimau Malaya edisi 2020-2022, dengan buat pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun jersi utama pasukan kebangsaan tampil dengan rekaan berkolar.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), majlis pelancaran jersi berkenaan berlangsung secara maya menerusi video yang disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi badan induk bola sepak negara itu.

blank

Video itu menampilkan beberapa tonggak utama skuad kebangsaan antaranya ketua pasukan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Brendan Gan dan Muhammad Syafiq Ahmad yang menggayakan kedua-dua rekaan baharu jersi utama dan ‘away’ atau tempat lawan selain penampilan istimewa ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata biarpun ringkas, rekaan jersi utama baharu itu tampak lebih kemas dengan reka bentuk berkolar manakala pemilihan warna baharu bagi jersi ‘away’ memastikan semangat Harimau Malaya kekal membara.

“Harimau Malaya pasti akan lebih garang selepas ini kerana bukan saja jersi utama, malah jersi ‘away’ juga menampilkan warna tradisi iaitu hitam dan kuning. Ini bermakna dalam kesemua aksi skuad negara nanti semangat dan aura Harimau Malaya akan sentiasa bersama pemain dan penyokong,” katanya.

Terdahulu, sebagai simbolik pelancaran jersi baharu itu, Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia Ernest Rodrigues menyerahkan kedua-dua jersi utama dan ‘away’ kepada Hamidin di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Sementara itu, Ernest berkata dengan mengekalkan logo FAM di sebelah kiri dada, dan warna kuning ikonik jersi utama itu dipadankan dengan warna hitam pada kolar, lengan serta garis corak terkini Nike di bahagian sisi, adalah bagi menampakkan lagi kekemasannya.

blank

blank

blank

Beliau berkata bentuk berjalur pada jersi ‘away’ diinspirasikan daripada Jalur Gemilang, namun kelainan ditampilkan adalah gabungan warna hitam dan kuning tanpa kehadiran warna biru, putih serta merah.

blank

blank

“Jersi ‘away’ ini mencerminkan semangat muda dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan dan pada masa sama untuk memberikan penghormatan kepada Harimau Malaya yang kaya dengan tradisinya,” katanya.

Kedua-dua jersi baharu skuad kebangsaan Malaysia dijual pada harga RM299 dan boleh didapati mulai hari ini di cawangan Nike terpilih selain secara dalam talian di www.nike.com/my dan www.al-ikhsan.com.

Sementara, penjualan secara fizikal di 24 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan semua cawangan Football Republic di seluruh negara akan bermula 11 Dis ini.

Respon peminat

Ada ramai peminat Harimau Malaya yang kecewa dengan rekaan oleh Nike pada kali ini.

Pengguna Twitter, Khairil Anuar berkata: “Harga RM299 untuk design yang macam ni, memang rasa nak baran.”

Dan rata rata jersi kali ini menuai kecaman daripada warganet.

blank

Namun ada juga yang memuji, kerana selera masing masing berbeza.

Misalnya, pemilik akaun Azlan Inc menyatakan:

“Selagi ada warna tradisi hitam kuning pada jersi pasukan Harimau Malaya, aku tetap nampak jersi ni lawa walaupun ada yang kata design sangat simple.”

Namun Azlan mengakui harga jersi ini agak mahal.

Ada juga beberapa peminat Harimau Malaya menyatakan mereka kurang berkenan dengan rekaan dan harga. Namun sebagai ekor harimau sejati, mereka tetap akan membeli jersi tersebut.

Sumber: BERNAMA

Baca yang lain