Ramai Tak Perasan Apa Yang Mo Salah Capai Ketika Menewaskan West Ham

Mungkin ramai yang tidak perasan apa yang dicapai oleh Mohamed Salah ketika perlawanan Liverpool menentang West Ham United semalam.

Jaringan ke-16 Mohamed Salah pada musim ini adalah antara jaringan yang sangat penting untuk Liverpool.

Liverpool telah memecahkan banyak rekod pada musim ini. Satu demi satu rekod berjaya dipecahkan.

Boleh dikatakan setiap perlawanan Liverpool akan buat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik sepanjang zaman.

Terbaru, pasukan yang telah bergelar pasukan Terbaik dunia itu telah mencipta sejarah baru.

Kemenangan ke atas West Ham semalam menjadikan Liverpool adalah pasukan yang berjaya menewaskan ke semua pasukan yang bertanding di dalam Primier League.

Liverpool kini selesa memimpin Liga dengan kelebihan 19 mata. Dan Liverpool kini telah mengumpul 70 mata selepas 24 perlawanan yang mana antara kutipan mata terbanyak yang pernah dilakukan Liverpool.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp telah menumpaskan West Ham dihalaman mereka sendiri semalam.

Gol jaringan pasukan Liverpool semalam terhasil dari sepakan penalti Mo Salah dan satu gol lagi hadir hasil umpanan Mo Salah dan disudahi oleh Oxlade Chamberlain.

Gol ke 16 Mohamed Salah musim ini datang dari satu sepakan penalti. Divock Origi telah dijatuhkan didalam Kotak penalti oleh Issa Diop dan telah menghadiahkan Liverpool satu sepakan penalti di babak pertama.

Mo Salah telah berjaya mengelirukan Lukas Fabianski lalu berjaya mendapatkan gol pertama untuk pasukan Liverpool.

Pemain kelahiran Mesir itu telah berjaya menjaringkan 9 sepakan penalti di anfield sejak kali pertama melakukannya ketika menentang Huddersfield pada October 2017.

Dan kadar jaringan itu telah direplikasikan oleh pasukan Liverpool secara keseluruhannya.

Malah, jaringan penalti Salah semalam adalah jaringan penalti yang ke-14 buat pasukan The Reds secara berturut-turut.

Sebelom ini Liverpool pernah melakukan 13 jaringan penalti secara berturut-turut iaitu pada tahun 1991 hingga 1993. Mo Salah telah berjaya memecahkan rekod yang bertahan selama 27 tahun itu.

Salah bertanggungjawab ke atas tujuh daripada 14 sepakan penalti milik Liverpool dan semuanya disudahi dengan jaringan.

James Milner pula telah mengambil enam sepakan penalti juga berjaya menjaringkan kesemuanya.

Satu lagi penalti milik Liverpool telah disempurnakan oleh Roberto Firmino yang pada ketika itu beliau telah mencatat hatrik ketika bertemu Arsenal pada Disember 2018.

Pemain Liverpool terakhir yang gagal menyempurnakan sepakan penalti adalah Sadio Mane yang gagal melakukannya ketika bertemu Red Star Belgrade dalam pertemuan peringkat kumpulan di Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, skuad yang ada sekarang perlu mengalahkan rekod peribadi milik pasukan Liverpool iaitu 21 jaringan penalti berturut-turut yang dilakukan pada 1986 hingga 1988 ketika zaman Jan Molby dan John Aldridge berada di puncak karier mereka.

Lebih manis kalau Liverpool berjaya mengekalkan rentak kemenangan untuk semua baki perlawanan Liga lalu mendapatkan “Golden Cup” seperti apa yang pernah di capai oleh pasukan Arsenal pada musim 2003/04.

Baca yang lain