Semalam kerajaan Gibraltar mengecam keraian pemain pemain Sepanyol setelah Rodri menyanyikan lagu: “Gibraltar adalah Sepanyol”.
Ianya dianggap menyentuh isu politik dan menyinggung hati rakyat Gibraltar. Negara tersebut sudah lama di bawah naungan Britain. Dan rakyat di negara mereka masih majoriti mengundi untuk dinaungi Inggeris berbanding Sepanyol.
Alvaro Morata sempat mengingatkan Rodri bahawa pemain itu bermain di England, dan ia mungkin akan menyebabkan Rodri dikecam rakyat England. Namun Rodri membalas: “Ada aku kesahhh”.
Terbaru satu lagi video sekumpulan penyokong Sepanyol menimbulkan kontroversi. Ini apabila mereka mencipta satu lagu untuk Lamine Yamal yang berbunyi: “Lamine Yamal makan babi.”
Ianya benar benar sukar diterima oleh peminat Lamine Yamal kerana pemain itu beragama Islam dan sudah tentu makan babi itu perbuatan yang haram di sisi agama Islam.
Ham atau bahagian kaki babi adalah salah satu makanan paling popular di kalangan masyarakat di Sepanyol. Namun ramai yang berharap bahawa chant itu tidak akan dinyanyikan lagi selepas ini.
Ianya sebagai tanda menghormati kepercayaan dan agama yang dianuti oleh Lamine Yamal. Mungkin peminat peminat tersebut hanya mahu bergurau, tetap ramai yang berharap chant itu tidak akan pernah wujud lagi untuk Lamine Yamal.
In the midst of Spain’s Euro celebrations, several Spanish fans chanted “Lamine Yamal, eat ham.” pic.twitter.com/MpQwis1lEt
— Zach Lowy (@ZachLowy) July 16, 2024
Lamine Yamal yang baru berusia 17 tahun menjadi bintang remaja sensasi membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024 yang lalu. Gandingannya dengan Nico Williams dianggap sangat luar biasa. Lamine Yamal adalah graduan La Masia. Yang menjadi pemain penting Barcelona sepanjang musim lalu.