Semalam merupakan detik berduka untuk peminat badminton di Malaysia.
Ianya selepas kita dikejutkan dengan berita sedih, jurulatih badminton, Izuan Ibrahim, 35, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Izuan merupaka bekas jurulatih pemain nombor satu dunia Kento Momota semasa remaja.
Izuan mungkin bukan jurulatih badminton sepopular yang lain, namun sumbangannya pernah mengejutkan dunia. TV3 pernah mengangkat dokumentari beliau satu ketika dahulu.
Memaparkan kegigihan jurulatih muda ini dalam kariernya ketika di Jepun sehingga melahirkan pemain no.1 dunia.
Beliau menjadi nadi penting dalam pembentukan skuad juara Piala Thomas pasukan Jepun.
Presiden Persatuan Badminton Kelantan, Dr Naharuddin Hashim berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam semalam.
Izuan dimasukkan ke hospital tersebut sejak Khamis minggu lalu.
Izuan dalam proses untuk melaporkan diri untuk menjadi jurulatih pasukan junior BAM dalam masa terdekat.
Dipetik dari sumber Bernama, Dr Naharuddin berkata: “Allahyarham dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian selepas mengadu sakit kepala dan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak dan darah beku.”
Bekas jurulatih pemain nombor satu dunia Kento Momota semasa remaja, Izuan Ibrahim, meninggal dunia di HUSM Kubang Kerian.
Presiden Persatuan Badminton Kelantan Dr Naharuddin Hashim berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke hospital itu Khamis lepas. pic.twitter.com/Xuhh6Xgu8w
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) December 24, 2019
“Allahyarham sepatutnya melaporkan diri untuk bertugas sebagai jurulatih skuad junior BAM dalam masa terdekat.”
Takziah kepada keluarga coach Izuan.
Ramai yang terkesan dengan pemergian beliau. Menurut pemilik twitter Ainin, Izuan Ibrahim merupakan seorang cikgu yang sangat disenangi dan disayangi para pelajar.
Al-Fatihah to Cikgu Izuan Ibrahim. I’m sure to all the students he once taught, he was more of a friend than he ever was a teacher; and everyone loved him dearly. May Allah grant him jannah, aamiin. pic.twitter.com/nAJVS0tXWS
— nins (@bubblylilnin) December 23, 2019
Ramai lagi yang terkesan dengan pemergian arwah yang dianggap seorang yang tidak lokek ilmu.
Menerima berita sedih tentang pemergian sahabat Izuan Ibrahim. Pernah satu pentas bersama beliau bercakap tentang pembangunan sukan anak muda di Kelantan.
Innalillah. Al-Fatihah. pic.twitter.com/OwFHXUd5Sp
— Shahir Adnan (@shahir_adnan) December 23, 2019
Innalillahiwainnailaihirojiun…
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونSalam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Izuan Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah.
Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, Moga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT pic.twitter.com/HuzXjMZ54U
— Nusa Mahsuri (@nusamahsuri) December 23, 2019
Kisah yang akan kami ingati sampai bila bila, bagaimana anak Malaysia menjadi arkitek penting pembentukan generasi emas badminton Jepun.