Ramalan Etoo: Cameroon Singkirkan Belgium Dan Tewaskan Maghribi Untuk Bergelar Juara Dunia

Legenda Barcelona, ​​Samuel Eto’o membuat ramalan yang agak menakjubkan. Di mana dia meramalkan Cameroon akan bertemu dengan Maghribi di final. Dan kemudian Cameroon menang untuk menjulang trofi Piala Dunia FIFA 2022.

Cameroon kembali ke kejohanan berprestij itu selepas gagal melayakkan diri ke edisi 2018 di Rusia. Pasukan bimbingan Rigobert Song, yang kini menduduki ranking ke-35 dunia, telah diundi dalam Kumpulan G bersama Brazil, Serbia dan Switzerland.

Maghribi, sebaliknya, akan menentang naib juara edisi lepas Croatia, Belgium dan Kanada dalam Kumpulan F pertandingan itu.

Bercakap kepada ESPN, Eto’o mendakwa Cameroon akan menjadi pasukan Afrika pertama yang menjulang trofi Piala Dunia FIFA.

Dia berkata: “Afrika sentiasa mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan Piala Dunia tetapi kami tidak selalu menunjukkan wajah terbaik kami.”

“Selama bertahun-tahun, pasukan Afrika telah memperoleh lebih banyak pengalaman, dan saya fikir mereka bersedia bukan sahaja untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia tetapi juga untuk memenanginya.”

“Cameroon akan memenangi perlawanan akhir Piala Dunia menentang Maghribi.”

Eto’o, yang telah mewakili Indomitable Lions dalam empat edisi berbeza kejohanan itu, turut merancang laluan kedua-dua negara tersebut ke final.

Beliau meramalkan bahawa ketika Cameroon akan menewaskan England, Belgium dan Senegal dalam perjalanan ke Stadium Lusail.

Manakala Maghribi akan menyingkirkan Sepanyol, Portugal dan Perancis pada peringkat 16 terakhir, suku akhir dan separuh akhir.

Semasa bercakap menerusi laman FIFA, Eto’o menyatakan keyakinannya terhadap prospek Cameroon muncul sebagai Juara Dunia baru pada bulan depan.

Dia berkata: “Saya tidak nampak mengapa kami tidak boleh menang. Saya percaya bahawa untuk memenangi Piala Dunia anda tidak perlu menjadi raksasa atau makhluk asing, anda hanya memerlukan persiapan yang baik, mentaliti yang kuat, dan sedikit kegilaan.”

Eto’o’o menyatakan bahawa negaranya harus cuba mendapatkan inspirasi daripada pasukan Inter Milan yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada 2010. Dia menambah:

“Saya sentiasa mengambil Inter sebagai contoh: tiada siapa pada awal 2009-10 menyangka kami boleh memenangi Liga Juara-Juara Eropah, tetapi [Jose] Mourinho melakukan sesuatu yang gila, dengan sekumpulan lelaki dan pahlawan. Saya mahu perkara yang sama seperti itu untuk Cameron juga.”

Sejak penubuhan Piala Dunia FIFA pada 1930, tiada pasukan Afrika berjaya melepasi suku akhir. Hanya Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010) telah mara dari peringkat 16 terakhir.

Sebelum ini Etoo turut memberikan pandangannya tentang Thierry Henry. Dengan melabel pemain itu sebagai tidak cukup bagus berbanding dia dan Anelka.

Etoo: “Henry Bagus Tapi Not My Level, Anelka Lagi Bagus Daripada Dia”

Bekas pemain Arsenal dan Barcelona, ​​Thierry Henry dianggap antara pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana, jika dia bukan yang terbaik sepanjang zaman di mata peminat lain.

Pemain Perancis itu menjaringkan 228 gol dalam 376 perlawanan untuk Arsenal, memenangi dua gelaran Liga Perdana dan Piala FA dua kali bersama The Gunners.

Dia menjadi nadi penting Arsenal dalam menjuarai EPL dengan status tak kalah langsung atau invincible.

Namun Samuel Etoo menegaskan bahawa Thierry Henry tidak sebagus dirinya atau Nicholas Anelka. Terutama sekali versi Etoo di Barcelona.

Thierry Henry meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona pada 2007, di mana dia menyertai pasukan yang turut dibarisi Samuel Etoo.

Pada masa itu, pemain antarabangsa Cameroon itu adalah antara bintang terbesar di Nou Camp.

Bersama-sama mereka memenangi treble bersejarah di bawah bimbingan Pep Guardiola pada musim 2008-2009, selepas itu Samuel Etoo meninggalkan Barcelona untuk menyertai Inter Milan pada musim panas itu.

Henry kemudian didedahkan merupakan pembelian Pep Guardiola untuk menggantikan Samuel Etoo.

Samuel Etoo kini secara sensasi mendakwa dia adalah pemain yang lebih baik daripada Thierry Henry dan menegaskan penyerang Perancis itu tidak sehebat rakan sepasukannya di Perancis, Nicholas Anelka.

“Mereka [pemain] yang bermain dalam pasukan kebangsaan Perancis mempunyai tambahan [kekuatan] 70 peratus.”

“Ia bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana pasukan kebangsaan Perancis boleh menjadikan mereka lebih baik. Mereka menjualnya dan kami untuk meningkatkan lagi kualiti pasukan kami [Barcelona],” kata Samuel Etoo.

Samuel Etoo kemudian menambah bahawa Thierry Henry tidak sebagus Anelka dan sudah tentunya tidak setaraf dengannya.

“Saya rasa Henry tidak berada di tahap yang sama dengan Anelka.”

“Titi [Thierry Henry] bagus, namun saya kenal beberapa pemain lain lagi [yang lebih bagus].. saya pilih pemain lain [yang terbaik]. Dia juga tidak setaraf dengan saya, tidak!”

Komen Etoo itu benar benar mengejutkan ramai. Kerana mereka tidak menyangka Samuel Etoo akan bercakap sebegitu.

Selain itu, ada juga peminat menyatakan bahawa, Etoo di Barcelona ketika prime memang luar biasa.

Ada yang tidak berstuju dengan Etoo.

Seterusnya peminat membangkitkan statistik Henry dibandingkan dengan Etoo yang ternyata lebih baik.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil