Ramalan Klopp Empat Tahun Lalu Kini Hampir Pasti Menjadi Kenyataan

Jurgen Klopp sudah meramalkan Liverpool bakal memenangi Kejuaraan Liga pada tahun 2020 dalam sidang akhbar pertamanya menjadi pengurus Liverpool.

Liverpool kini berada di ambang kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana yang pertama dalam tempoh 30 tahun.

Jurgen Klopp kini hanya memerlukan enam kemenangan lagi untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana yang pertama Liverpool dalam tempoh tiga dekad ini. Ini lah hasil dari kerja keras empat tahun beliau sejak tiba dari Jerman.

Jurgen Klopp The Normal One

Klopp yang kini berusia 52 tahun itu telah membuktikan kehebatan beliau sebelum bersama Liverpool lagi.

Pengurus berkaliber ini sebelum ini pernah mengurus pasukan FSV Mainz 05 dan telah berjaya membawa pasukan itu bermain di Liga utama Jerman.

Pasukan itu berjaya bermain di Liga utama Jerman untuk tempoh pertama kali dalam sejarah mereka sejak tahun 2004.

Tahun berikutnya pasukan itu telah layak untuk bermain di kejohanan Eropah.

Selepas itu Klopp meneruskan kerjaya sebagai pengurus pasukan dengan menguruskan pasukan Borussia Dortmund.

Selama tujuh tahun mengurus pasukan itu Klopp berjaya memenangi dua Kejuaraan Bundesliga dan membawa Dortmund ke perlawanan Akhir Champions League.

Klopp kemudiannya telah dilantik menjadi pengurus pasukan The Reds pada 8 Oktober 2015 menggantikan Brenda Rodgers.

Sejak bersama Liverpool juga Klopp telah berjaya merangkul pelbagai anugerah sebagai pengurus terbaik.

Setelah tewas dalam beberapa perlawanan akhir, Klopp dianggap mempunyai badi “final” oleh segelintir penyokong.

Namun Klopp membuktikan dakwaan itu tidak benar apabila beliau berjaya membantu Liverpool memenangi Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan terbaru beliau mungkin menamatkan kemarau 30 tahun piala Liga perdana untuk Liverpool.

Perlawanan pertama Klopp sebagai pengurus Liverpool adalah bertemu Tottenham di White Hart Lane.

Perlawanan itu berkesudahan dengan seri tanpa jaringan. Klopp memperkenalkan dirinya sebagai “The Normal One”.

Ramalan Klopp Hampir Menjadi Kenyataan

Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Klopp untuk perlawanan pertama beliau sebagai pengurus The Reds.

Menurut beliau ketika itu, perjalanan beliau untuk membina semula pasukan Liverpool masih jauh lagi untuk mencapai menjadi pasukan yang terbaik.

Musim pertama beliau bersama Liverpool, beliau sekadar membawa Liverpool menghabiskan Liga di tangga ke lapan.

Diikuti dua musim berikutnya Liverpool berjaya menduduki tempat ke empat dalam Liga. Pada musim 2018/19 Liverpool berjaya menduduki tempat kedua dalam Liga.

Sentiasa ada perkembangan yang dibawa oleh Klopp ketika mengurus pasukan Liverpool.

Skuad yang kini nampak sempurna dan serba lengkap sebenarnya adalah usaha dan perancangan beliau sejak mula jejak kaki ke Anfield dan bukan dilakukan dalam satu musim sahaja.

Dalam tempoh beliau membina semula Skuad The Reds ini, Klopp melalui begitu banyak cabaran sehingga ada segelintir penyokong yang menganggap beliau gagal dan berkempen agar Klopp dipecat.

Kini segala usaha Klopp telah membuahkan hasil, Liverpool sudah hampir pasti bakal menjuarai Kejuaraan Liga.

Lebih manis lagi jika Liverpool mengekalkan rentak kemenangan, mereka bakal menjuarai Liga Perdana dengan tanpa kekalahan.

Klopp sudah meramal kejayaan ini sejak wawancara pertama beliau bersama Liverpool lagi.

Jurulatih berusia 52 tahun itu sudah meramal Liverpool akan memenangi Kejuaraan Liga Perdana dalam tempoh empat tahun akan datang, itu bermakna Klopp maksudkan ianya akan berlaku pada tahun ini.

https://twitter.com/FOARsite/status/1134928079497809920?s=19

Dan lihatlah hasil ramalan beliau sememangnya Liverpool kini menghampiri untuk mendakap erat Piala Kejuaraan Liga Perdana yang sangat diimpikan oleh para peminatnya.

“Malam tadi saya menandatangani kontrak dan pagi ini ketika bangun dari tidur,saya sudah bergelar pengurus Liverpool FC”

“Tolong berikan masa untuk saya melakukan kerja, apabila saya duduk di sini dalam tempoh empat tahun saya fikir kita mungkin mempunyai satu Piala”

“Jika tidak mungkin saya akan menang satu lagi di Switzerland!”

Klopp meramalkan Liverpool akan memenangi satu piala kejuaraan Liga dalam tempoh empat tahun.

Tetapi hasilnya?sebelum piala Liga sampai beliau sudah menyapu hampir semua piala utama seperti Champions League, Super Cup dan Club World Cup.

“menurut saya apabila saya meninggalkan Dortmund, tidak penting untuk anda fikir apabila seseorang masuk. Apa yang Penting untuk anda berfikir adalah sumbangan seseorang apabila dia pergi”

“Dua puluh lima tahun adalah masa yang panjang. Sejarah hanya asas bagi kami dan kami tidak seharusnya terus berpegang pada sejarah itu sahaja”

“Saya mahu melihat langkah pertama minggu depan dan saya tidak mahu dibandingkan dengan masa-masa lain”

“Liverpool adalah pasukan gergasi yang hebat dan memiliki segalanya yang saya mahu,semuanya ada disini”

Kenangan musim lalu masih segar diingatan penyokong Liverpool apabila mereka sekadar menduduki tempat Kedua Liga perdana hanya dibezakan satu mata saja dengan Manchester City.

Musim ini hanya memerlukan enam lagi kemenangan Liverpool bakal menjadi Juara Liga Perdana seterusnya menjadi pasukan terbaik dan terhebat di dalam lipatan sejarah Liga perdana Inggeris.

Ramalan Klopp tentang kejayaan Liverpool empat tahun lagi sangat tepat. Boleh dah suruh dia ramal bila Malaysia nak main World Cup nanti ni.

Baca yang lain