Arsene Wenger memang dikenali dengan kepakarannya dalam berteori tentanbg bola sepak. Sebelum meninggalkan Arsenal, ramalan terakhir Wenger selaku pengurus adalah menjangkakan bahawa satu liga yang berbentuk elitis akan terbentuk. Ajaibnya Wenger menggelarkan bahawa liga itu mungkin akan diberikan nama Liga Eropah.
Wenger meramalkan perkara itu 11 tahun yang lalu, dan dia mengingatkan seluruh peminat bola sepak sekali lagi sebelum dia meninggalkan Arsenal.
Peringatan Wenger kepada pesanannya
Bercakap dalam satu sidang media pra perlawanan dengan Huddersfield pada 2018, Wenger menyatakan bahawa kelab kelab besar akan berusaha memisahkan diri mereka daripada kelab kelab kecil dan menubuhkan liga sendiri untuk mendapatkan lebih banyak duit.
“Dalam beberapa tahun lagi, kamu hampir pasti akan melihat Liga Eropah sendiri pada hujung minggu. Ianya tak boleh dielakkan. Kenapa? Pertama sekali, kelab kelab besar ini akan mulai merasakan ianya satu masalah dan bebanan untuk berkongsi duit dengan kelab kelab kecil.”
“Kelab besar akan berkata: ‘Jika dua kelab kecil berlawan sesama mereka, siapa nak tengok? Mereka mahukan perlawanan berkualiti. Jadi kita kena kongsi duit kita dengan pasukan yang tiada orang peduli pun.”
“Liga domestik akan dianjak kepada hari Khamis, Selasa atau Rabu. Sebab hujung minggu untuk liga besar ini. Rasanya langkah seterusnya perkara seperti ini, kita akan tengok.”
& 2018: “Arsène Wenger is convinced that a seismic change to the game is afoot and that the coming years will witness the inception of a European Super League.”https://t.co/3T3Bs0seVp
— trinigod (@trinigawd) April 19, 2021
“Dan ianya dah semakin hampir, kerana cara kelab kelab lain menentang kelab dari EPL. Lihat audien UCL, ada kontras yang besar [banyak game kelab kecil lawan kelab kecil tak ada orang tengok – terutama peringkat kumpulan].”
“Tetapi apabila Real Madrid vs Barca ataupun Real lawan Arsenal ataupun Manchester United vs Bayern setiap minggu, audien akan bertambah banyak.”
“Jika kamu kan EPL ini lebih menarik, kecilkan jumlah pasukan kepada 16. Dan jadikan ianya lebih kompetitif.”
Namun sebenarnya, sebelum itu, pada 2009, Wenger sudah menyuarakan ramalan yang sama. Cuma pada 2018 itu beliau mengingatkan semula akan perkara itu kepada generasi muda yang baru.
Ramalan Wenger 11 tahun lalu
Dalam artikel The Guardian: European Super League Will Be Here In 10 Years, Says Arsene Wenger
Arsène Wenger percaya, idea itu akan menjadi realiti.
Pengurus dari Perancis itu tidak menentang idea pertandingan elit Eropah dalam format yang ada sekarang [UCL dan UEL]. Namun beliau menyatakan akan ada orang akan cuba menawarkan pertandingan, trofi dan wang yang lebih besar.
Wenger memberitahu pandangan itu ketika dia diminta mengulas idea Rangers dan Celtic masuk ke Liga Inggeris kerana dua pasukan tersebut sahaja yang menarik perhatian publisiti di Scotland. Wenger berkata tak perlu, kerana idea membentuk liga kaya raya sedang berlangsung. Berbentuk antarabangsa.
“Saya melihat lebih banyak liga Eropah berkembang dari masa ke masa dan bukannya satu pasukan keluar dari negara ini.”
“Liga kebangsaan akan bertahan tetapi mungkin dalam 10 tahun, anda akan mempunyai liga Eropah sendiri.”
“”Saya tidak pasti 100% bahawa saya betul tetapi saya rasa di dalam permainan kami ada beberapa suara di belakang tabir yang datang untuk melakukan sesuatu mengenai perkara itu, terutama jika peraturan menjadi terlalu ketat untuk kelab-kelab ini.”
Kekhuatiran bagi Wenger adalah jika liga Eropah dibuat oleh kartel elit atau, menggunakan istilahnya, “francais”, bermotifkan, hanya mahu melepaskan diri untuk membahagi kekayaan daripada dibina berdasarkan sistem berdasarkan merit, yang melibatkan promosi dari pelbagai liga kebangsaan.
“Secara peribadi, saya percaya hanya pada merit kesukanan. Oleh itu, jika liga seperti itu dibuat, ia harus dilakukan dengan melakukan pertukaran ke atas dan ke bawah, walaupun itu sangat sukar untuk diselesaikan dan kita tidak mahu membunuh liga kebangsaan.”
“Pasukan ini akan bermain di kedua-kedua liga Eropah itu dalam minggu pertengahan dan liga kebangsaan pada hujung minggu. Ini bermaksud semua pasukan ini mempunyai dua pasukan.”
“Cara kita melihat aspek kewangan, bahkan wang yang akan masuk dari Liga Juara-Juara tidak akan mencukupi bagi beberapa kelab kerana mereka menghabiskan terlalu banyak wang.”
“Pendapatan pada dasarnya dimiliki oleh UEFA dan mereka mengagihkan wang itu ke kelab . ”
Hari ini benar wujud
Menariknya, pada hari ini, ramalan Wenger itu menjadi kenyataan. Di mana ada satu gagasan terdiri daripada 12 pasukan mengumumkan mereka menjadi pemula kepada pembentukan Liga Super Eropah.
12 kelab telah bersetuju untuk menyertai kejohanan yang bakal memberi ancaman kepada pertandingan terulung eropah, UEFA Champions League.
Antara kelab pengasas terdiri daripada AC Milan, Internazionale, Juventus dari Itali, Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid dari Sepanyol dan Chelsea, Liverpool, Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Totenham Hotspurs.
BREAKING: 12 teams announce the formation of a midweek competition, the ’Super League.’
Clubs:
▪️ AC Milan
▪️ Arsenal
▪️ Atletico
▪️ Chelsea
▪️ Barcelona
▪️ Inter
▪️ Juventus
▪️ Liverpool
▪️ Manchester City
▪️ Manchester United
▪️ Real Madrid
▪️ Tottenham pic.twitter.com/uV09v6WxV9— B/R Football (@brfootball) April 18, 2021
Gagasan ESL ini diketuai oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez sebagai tuan Presiden dan ahli majlis tertinggi terdiri daripada Joel Glazer (Pemilik Manchester United), Stan Kroenke (Pemilik Arsenal), John Henry (Pemilik Liverpool) dan Andrea Agnelli (Presiden Juventus)
#SuperLeague official statement 🚨
Chairman: Florentino Perez (Real Madrid)
Vice-chairman: Andrea Agnelli (Juventus)
Vice-chairman: Joel Glazer (Man United)Also: Andrea Agnelli is set to resign as president of ECA.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 18, 2021
Format
Menerusi pengumuman tersebut, terdapat beberapa perkara yang boleh difahami.
ESL akan mempunyai 20 pasukan yang terdiri dari 12 ahli pengasas ditambah 3 kelab yang tidak disebutkan namanya yang diharap akan menyertai gagasan tersebut dalam masa terdekat dan lima pasukan yang layak setiap tahun mengikut pencapaian domestik mereka.
Kaitkan dengan ramalan Wenger. Memang sistem ini lebih kepada wang berbanding sistem merit. Di mana ada pasukan kebal penyingkiran.
BREAKING: The Super League president Florentino Perez has informed all clubs that he wants the competition to start THIS August. (Source: Sky Italy) pic.twitter.com/53Ap6nBUkd
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 18, 2021
Ia dijangkakan akan bermula pada bulan Ogos 2021, dengan perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu. Kelab akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang setiap satunya mempunyai 10 pasukan, yang akan bermain dalam pusingan round robin.
Tiga teratas dalam setiap kumpulan layak ke suku akhir, dengan pasukan di tempat keempat dan kelima bermain play-off secara timbal balik untuk 2 slot yang terakhir.
Proposed format for Super League:
– 20 participating clubs (15 Founding Clubs, five qualifying teams)
-Two groups of 10 with home and away fixtures
-Two-legged knockout format beginning with quarter-final round
-Final at neutral venue
Thoughts? 🤔
— Goal (@goal) April 18, 2021
Selepas itu, ESL akan menggunakan format kalah mati dua pusingan yang sama yang digunakan dalam UCL sebelum final satu perlawanan pada bulan Mei di tempat yang neutral.
Dari Sudut Kewangan
Dari segi kewangan, ESL meramalkan “komitmen jangka panjang terhadap pembayaran solidariti yang belum dilengkapkan” akan jauh lebih tinggi daripada yang dihasilkan oleh persaingan Eropah semasa dan dijangka melebihi €10 biliun (RM49,384,190,000) selama jangka masa komitmen awal kelab “.
From the official European Super League founding club statements:
"In exchange for their commitment, Founding Clubs will receive an amount of €3.5 billion solely to support their infrastructure investment plans and to offset the impact of the COVID pandemic."
— Squawka News (@SquawkaNews) April 18, 2021
Akan ada kerangka perbelanjaan bagi para pengasas, yang akan menerima “€3.5 miliun (RM17,290,745,500) semata-mata untuk menyokong rancangan pelaburan infrastruktur mereka dan untuk mengimbangi kesan pandemik Kobid”.
Ramalan Wenger tentang free agent
Seterusnya satu lagi ramalan Wenger pada hari hari terakhirnya ketika mengendalikan Arsenal adalah trend pemain yang akan sengaja tak nak melanjutkan kontrak kerana mahu mendapatkan wang daripada bonus menandatangani pemain selaku free agent.
Wenger ketika itu berkata, jika sebelum ini ramai pemain panik nakkan kontrak baharu sebelum tamat, ianya akan berubah.
Pemain akan lebih suka menjadi free agent kerana mereka boleh mendapat wang perpindahan dan ejen mereka boleh menikmati komisen yang memenuhkan poket masing masing.
Trend ini sudah mulai menjadi semakin popular pada ketika ini. Wenger berhadapan dengan situasi itu ketika Alexis Sanchez melengahkan kontrak dengan Arsenal dan meminta United memberikannya bonus atas tandatangan kontrak. Ketika itu Sanchez masih belum free agent. Tetapi Wenger sudah melihat pattern tersebut akan menjadi popular.
Ketamakan ejen dan juga pemain juga memainkan peranan dalam perkara ini. Kuasa ejen ke atas pemain semakin kuat berbanding kelab.
Baca juga: 3 Teori Power Wenger Yang Awalnya Ditertawakan Tetapi Benar Benar Terjadi
Wenger telah menjadi pengurus Arsenal dari tahun 1996 hingga 2018, dan telah menjadi pengurus terpanjang dan paling berjaya di Arsenal dari segi kemenanga gelaran utama.
Pakar bola sepak menghargai Wenger atas sumbangannya dalam merevolusikan bola sepak di England pada akhir 1990-an melalui pengenalan perubahan dalam latihan pemain dan diet dalam pengurusan pemain.
Sejarah awal
Wenger dilahirkan di Strasbourg dan dibesarkan di Duttlenheim. Wenger belajar bola sepak dari ayahnya, yang merupakan jurulatih pasukan bola sepak di kampung setempat.
Selepas kerjaya amaturnya, di mana dia muncul di beberapa kelab amatur, Wenger memperoleh diploma pengurus pada tahun 1981.
Wenger melatih Nancy yang namun gagal memberikan hasil memuaskan dan dipecat pada tahun 1987. Dan pada tahun yang sama Wenger meneruskan kariernya dengan melatih AS Monaco, dan berjaya memberikan impak dengan memenangi kejuaraan liga pada tahun 1988.
Pada tahun 1991, Wenger memimpin Monaco ke gelaran Coupe de France, tetapi mereka gagal mempertahankan kejuaraan liga pada musim berikutnya, yang menyebabkan dia dipecat dari kelab dengan persetujuan bersama pada tahun 1994.
Kemudian Wenger melatih kelab Liga Jepun Nagoya Grampus, dan berjaya memenangi Piala Maharaja dan Piala Super Jepun.
Pada tahun 1996, Wenger dilantik sebagai pengurus Arsenal dan dua tahun kemudian, Arsenal memenangi kejuaraan berganda dengan memenangi liga dan Piala FA.
Wenger memimpin Arsenal untuk tampil di Final Piala UEFA 2000 dan Final Piala FA 2001, dan memenangi kejuaraan berganda kedua pada tahun 2002.
Arsene Wenger terus cemerlang
Arsenal mengekalkan gelaran Piala FA pada tahun 2003 dan setahun kemudian memenangi gelaran liga sekali lagi, dan menjadi kelab pertama yang menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah pada era moden – selepas Preston North End melakukannya pada era klasik.
Arsenal kemudian mencipta rekod 49 perlawanan tanpa kalah yang berakhir di tangan Man United Oktober 2004.
Arsenal membuat penampilan pertama mereka di final Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2006, namun mereka tewas di Barcelona. Pada tahun 2012, Arsenal berjaya mencatat penampilan selama 15 musim berturut-turut di Liga Juara-Juara Erpah semasa tempoh dikendalikan Arsene Wenger.
Sebab Wenger pernah berkata, piala pertama kamu kena menang adalah dapat top 4. Sehingga dia dibahan kerana sasarannya itu. Wenger merasakan layak ke UCL sangat penting kerana wang yang besar dijanjikan.
Tapi pada era Wenger beliau tidak diberikan dana yang sangat besar seperti didakwa Guardiola baru baru ini.
Lebih membuatkan Wenger kedekut apabila dia membantu dalam projek Arsenal berpindah ke pusat latihan baru dan berpindah ke Stadium Emirates pada bulan Ogos 2006, setelah 93 tahun di Highbury.
Nama panggilan “Le Professor” digunakan oleh peminat dan media Britain untuk menggambarkan sikap rajin Wenger dan kemampuannya menerangkan aspek bola sepak dengan sangat baik seperti pensyarah.
Pendekatannya adalah bermain permainan dengan mentaliti yang menyerang, dengan tujuan bahawa bola sepak harus menghiburkan di atas padang selain daripada menang.
Wenger sangat suka mengembangkan bakat muda namun seringkali juga ‘dikhianati’ pemain pemain muda yang dah menjadi bintang.
Namun selepas itu Wenger mulai ditentang oleh segelintir penyokong Arsenal dengan kempen Wenger Out. Ini selepas Wenger dilihat terlalu ego dan tidak menerima perubahan dan pandangan orang lain.
Wenger dan teori
Tapi lupakan isu Wenger Out itu, sebab ternyata ianya tak membunuh legasi beliau langsung di Arsenal.
Kita cerita hal teori teori Arsene Wenger yang power dalam bola sepak.
Salah satu kepandaian Wenger adalah penaakulannya dalam bidang bola sepak.
Beliau seringkali mengeluarkan teori dan menyatakannya dengan terbuka. Namun ramai juga yang menggelakkan teori yang dianggap mustahil.
Berikut adalah 3 ramalan dan teori luar biasa Arsene Wenger.
1. Juara tanpa kalah bukan mustahil
Pada 2002 Wenger menyatakan beliau mahu membentuk skuad menang liga yang tanpa kekalahan.
Ramai orang gelakkan Wenger kerana menganggap itu bukan perkara yang boleh dilakukan lebih lebih lagi dengan skuad Arsenal yang ketika itu ramai pemain muda.
Penyokong Man United yang menganggap Wenger seteru utama Alex Ferguson telah membandingkan Wenger dengan Sir Alex. Dengan menyatakan Wenger adalah satu jenaka.
Sir Alex sendiri yang power nokharom pun tak pernah terfikir soal invincibles.
Selepas itu, Wenger benar benar menutup mulut pengkritiknya. Ini apabila beliau memenangi liga dengan Arsenal dengan rekod invincible pada 2003/04.
Di bawah ni gambar Wenger menentang baju T yang digunakan fans United untuk mengejek kenyataan beliau. Masa tu rivalry Arsenal dan Man. United mulai panas melibatkan SAF v Wenger.
2. Pemain £200 juta
Ketika Real Madrid mendapatkan Gareth Bale dengan nilai €91 juta dan beberapa tahun kemudian Man. United mendapatkan Pogba dengan nilai €100 juta juta.
Wenger menyatakan keresahannya kepada trend pada pasaran perpindahan. Dalam perkiraan Wenger, para peminat bola sepak di seluruh dunia kini semakin hampir melihat pemain bernilai €200 juta.
Wenger menyatakan bahawa angka £200 juta tu ibarat £50 juta dulu dulu.
Wenger: "Clubs are now asking too much for normal players. They say, 'If this player is worth £200m, then this one has to be worth £50m'." pic.twitter.com/Y8ubq4YpHS
— afcstuff (@afcstuff) September 23, 2017
Wenger turut menyatakan bahawa selepas ini (selepas perpindahan Pogba), perpindahan pemain untuk £100 – £150 juta akan menjadi biasa (bukan luar biasa lagi).
Teori ini juga disangkal ramai pihak. Malah menurut mereka Wenger terlalu melebih lebih dalam penilaiannya.
Mana mungkin ada pasukan akan sanggup membayar £200 juta hanya untuk seorang pemain? Dan bagaimana Wenger boleh menyatakan harga €100 juta akan menjadi harga biasa dan bukan luar biasa.
Setahun kemudian, selepas kenyataan Wenger itu, realitinya ramalan Wenger benar benar berlaku.
PSG membeli Neymar dengan nilai €222 juta ataupun sekitar £200 juta.
Dan tak lama selepas itu Barcelona membeli 2 pemain dengan nilai €120 juta (Dembele) dan €140 juta (Coutinho).
PSG mengumumkan juga Kylian Mbappe dengan nilai €180 juta.
Musim lalu Juventus mengumumkan Cristiano Ronaldo yang sudah dianggap veteran dengan nilai €108 juta.
Atletico Madrid menandatangani Joao Felix dengan nilai €126 juta.
Atletico turut menuntut Barca membayar €120 juta untuk Griezmann. Namun Barca hanya membayar €80 juta kerana menurut mereka Griezmann sudah memasuki tahun di mana klausa pelepasannya berkurang.
Atletico pula menyatakan seharusnya Barca membayar €120 juta kerana rundingan dengan pemain tersebut sudah dibuat setahun lalu.
Dan tidak lupa Real Madrid membayar Eden Hazard yang kontraknya tinggal beberapa bulan lagi dengan nilai £130 juta.
Borussia Dortmund meletakkan harga £120 juta untuk Jadon Sancho yang mereka kata harga yang sepatutnya.
3. Liverpool akan bangkit di Anfield
Ketika Liverpool ketinggalan 3-0 di Nou Camp pada separuh akhir pertama UCL 2018/19. Ramai pundit menyatakan Liverpool sudah out.
Mourinho berkata beliau tak akan bet walau sesen pun Liverpool akan mara.
Namun Wenger meramalkan Barcelona akan menderita di Anfield dan masih ada peluang untuk kalah kerana menurut Wenger: “Anfield adalah satu satunya tempat yang paling anda tak suka main second leg.” Ramai fans memperlekehkan kenyataan Wenger.
Dan anda tahu kan, pada perlawanan kedua Barcelona benar benar menderita dan tegas 4-0. Liverpool mara ke final dengan agregat 4-3.
Kekalahan itu sangat sukar ditelan, dan perkara itu diakui oleh Messi sebagai salah satu impak yang sangat besar kepada mereka.
Wenger before Liverpool vs Barcelona second leg: "Anfield is the only place you don't want to go to for the return leg".
Spot on yet again.pic.twitter.com/lhXCRefitZ
— P™ (@SemperFiArsenal) May 7, 2019
Ramalan lain
Itu antara yang sudah jadi. Yang belum terjadi, pada Oktober 2018, Wenger merasakan pengaruh luaran semakin kuat dalam bola sepak.
Dan beliau meramalkan suatu hari nanti penyokong boleh mengundi pemain yang mereka ingin lihat masuk sebagai pemain gantian. Peminat akan mengundi pada rehat separuh masa.
Ketika ini sudah ada yang hampir berlaku, di mana ada trend segelintir peminat mulai mengikuti pemain lebih daripada kelab. Kuasa media sosial antara yang membawa kepada perkara ini.
Wenger menegaskan: “Bola sepak akan menjadi lebih international dan penyokong tempatan mungkin hanya mereka sahaja yang kekal setia.”
“Manakala penyokong lain akan ikut pemain. Misalnya Ronaldo ke Juventus dan semua penyokong beliau mengikut beliau ke Juventus.”
“Orang akan lebih setia dan fanatik menyokong pemain kerana kuasa media sosial. Misalnya Neymar ada 170 juta pengikut, itu akan menjadi ukuran bahawa beliau lebih kuat daripada liga Perancis.”
Le Professeur sebenar!